Wednesday, November 30, 2011

Pau 3S



Assalamualaikumm~~

hari ni hari last dlm bulan november, esok dh masuk bulan terakhir 2011.. cepat betul masa berlalu.. dah dekat setahun rupa2nya tun menetap di bumi kenyalang ni. apa yg tun buat, tun pun x sure.. perlu selalu muhasabah supaya x sia2kan usia yg dipinjamkan Allah..

nway, pau ni buat utk minum petang semalam.. mula2 tgk kt dapur kak maz, pastu kak Q naik jet agaknyer skodeng resepi, pantas je dh buat.. hehe... ingat nk buat isnin aritu, tp berjaya buat inti je. pastu disibukkan dgn urusan dunia. huhu.. senang, sedap dan simple -> 3S.. mmg sangat simple resepi nih. bahan2 kompom ada kat dapur. nk buat pun kejap je. tun godek2 guna mixer, pastu proffkan jap, bulat2 isi inti, tunggu 10minit pastu kukus..  TAPIIII... ada tapi tu, pastikan letak air separuh dulu, pastu baru tambah air sikit2, sbb tun letak sedebuk semua air tu, pastu adunan tu terlembik dan melekat ditangan dgn hebatnya.. sbb tu la jd bentuk dinasor, sbb adunan dh terlembik jd sgt leceh nk bulatkan kecik2, tun wat beso2 terus.. hoho...

** update: kak maz dh betulkan sukatan air.. bukan 120, tp 110ml =) so kalau ikut sukatan ni iA x lembik dah.

pucat lesi inti. hehe.. tun x suka mkn manis, gula sikit je dlm inti
tun dapat 7 biji beso2.. 6 biji habis sekali hadap ngan enchik H (patut laa makin bam bam ;p) sebijik lg share ngan my laling mlm tu. sejuk2 pun still lembut. tq for the resepi, next time nk guna sukatan yg kak Q bagi kt bawah tu pulak..

PAU 3S
sumber: kak zana, kak Q

Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil) - tun wat saiz dinasor dpt 7 biji ;p
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
  • 110ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.  -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit2 supaya x terlembik ye..

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.  - tun guna mixer mata cangkuk

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.

7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.

(nota dr kak Q: saya buat dua adunan dapat dlm 12 biji saiz sedang...tepung saya guna  500gm...lepas tu air dlm 270ml kot rasanya....doh saya..dia lembut....bila kita tumbuk2 lepas dia naik tu..doh cam melekat2 skit..jadiknya..saya lumur tgn dgn minyak skit bila nak bentuk kan pau tu...supaya senang nak bentuk kan dia....)


12 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Tun,

Salam maal hijrah buat Tun seisi keluarga....wah ada kuih pau...kak nur suka mkn pau kacang merah...kalau yg berdaging atau ayam ke..kak nur tk suka...suka yg kacang merah...tekak org dolu2...hehe.

Gee® said...

dah lam k.gee tak makan pau...mintak sket

dZana said...

aslmkum tun.. akk dah 2x buat pau3S ni.. smpi malam pun elok lembutnya.. akk letak air sikit2 smasa mguli (BM yg mguli).. agak2 dah bgumpal akk biarkan saja.. klau buat roti pun akk buat cara camni jugak..

Liza said...

salam tun...akak pun pernah buat pau yg guna baking powder ni, mmg gebu dan lembut kan....bestttt

cik cek said...

Tunnnn....
Salam Maal Hijrah...hope masih lum lambat lagi nak wish salam2 maal hijrah ya...baru merajinkan diri bw ghumah kengkawan....tgk2 ada pau kat sini...akak memang lama dah tak buat pau2 ni...selalu nak mkn beli yg segera tu je...he he...vitamin M byk dalam badan...adoiai...:)

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaa...ta-paukan akak pau2 tu sikit Tun....amboiii, gebusss jek tgk :) akak suka inti kacang merah/kacang hijau... :)

Zalieda Zaliedana said...

Tun gebu gebas nyer pau tuh..Tuhla kalo letak gula sikit,inti nmpak pucat jer,kalo byk nak bgi cantik,kang manis lak kan..Nanti leh try resepi nih pula,inti kentang n kelapa parut da lagi frozen..

maz said...

ooo dh smpai bntulu pau 3S ni..mksih ye tun sdi try rspi xsbrapa ni...smga kena dgn slera tun..tun gna BM ye..rsanya tu yg buat trlembik skit..kmaz gna bm cap 5 jri je..hehee..anwy mksih ye sdi cba pau ni..

EmbunRosaliza said...

assalam tun, kalo akk buat pau ke kuih ke mesti nk buat saiz xl hehehe cepat siap haha, nmpk gebu pau tu

Unknown said...

wah kat sini pun ada pau...sedapnya. kalau dpt mkn ni maunya 3-4 ketul ni...haha akak suka pau kacang merah ni:)

quinnie said...

kita pun cam hb awak..lepas satu2 duk ngap pau ni..sedar2 dah 4 biji sekali hadap..hahahha...suka pau ni...:)

Anna Qawina said...

Tun..akak lom terbuat lg ni, kelapa dah beli, dok tenung2 pastu masuk esbox balik, tenung je dulu kot2 leh bertukar jadi inti manis kan mana tahu..kehkeh..