Showing posts with label Laksa Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Laksa Sarawak. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Laksa Sarawak


Assalamualaikum ^^

Sambil2 tunggu my laling amik my family kat epot, sempat lg berblogging.. sbb dh jd org sarawak slm beberapa bulan kan, org semenanjung dtg kene laa hidang hidangan sarawak. hihi.. nk wat kek lapis kan x lulus lagi. n menu yg sesua utk dinner is laksa sarawak. me dh beberapa kali buat b4 this. my laling ckp sedap ^^ n siap kasi kat jiran-tetangga lagi.. hebat x? (puji diri sendiri laa pulak.. layankan aje laa..).

Beli pes laksa sarawak HJ MANAN. sbb setakat yg me survey2, mcm pes ni je yg di jamin kesedapan dia. xtau laa kalau ada org pandai wat pes sendiri, tu mmg tabik spring laa. Cara-cara masak mmg dh ada dlm peket pes laksa sarawak ni, cuma me tambah-tolak ikut sedap tekak me yg nk makan nih =)

Bahan2 (6 0rg):
  • 1 peket bihun - celur
  • 1 peket perencah/pes laksa sarawak
  • 2 ketul dada ayam tanpa tulang
  • 500 g udang <- kali ni me xletak
  • 2 liter air
  • 250 ml santan
  • 2 btg serai
  • 1 kiub ayam
  • Garam

Bahan tabur
Tauge- celur
Daun ketumbar - jika suka <- me xsuka bau daun ketumbar
Telur - didadar dan hiris nipis
Limau nipis
Sambal belacan <- me serve dgn sambal ikan bilis.. hihi

Cara2:

Rebus ayam, serai dan pes sampai mendidih (me x rebus asing sbb nk rasa pes laksa serap dlm ayam). Toskan ayam, hiris halus dan ketepikan.
Celur udang (jika guna) dalam kuah sebentar dan toskan.
Masukkan santan dan kiub ayam ke dlm kuah dan masak menggunakan api sederhana.
Perasakan garam (dan msg jika guna). Masak sampai mendidih.
Hidang bersama bihun dan bahan tabur =)

ni la pes yg me guna