Showing posts with label Sambal Udang dan Petai. Show all posts
Showing posts with label Sambal Udang dan Petai. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Sambal Udang dan Petai


Assalamualaikum ^^

Still mengayukan diri di rumah dgn kehadiran mertua ku.. hihi... (bayangkan me ala2 prpn melayu terakhir tgh memasak di dapur.. kui kui..).. menu lunch dan dinner adalah pilihan mama dan abah mertua. so jgn memandai nk wat ala2 iron chef wat menu pelik2, ye.. menantu yg baik ikut selera mertua.. huhu..


arini my FIL nk makan sambal udang dan petai. kt umah x pernah wat nih, xde org makan. petai tu mkn jugak laa sikit2, tp x masak. kiteorg makan wat ulam.

nway, me masak mcm masak sambal udang biasa je. cuma letak petai =)

Bahan2:
  • 500 g udang
  • 1 mangkuk kecil petai (atau ikut suka letak byk mana)
  • 1 labu bawang besar (kalau saiz kecik guna 2 labu, ye)
  • 1/2 labu bawang besar- hiris tebal
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 5-6 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Gula
Cara2:
  • Blend bawang, bawang putih, dan halia, dan tumis bersama cili giling sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap manis . Kacau sebentar.
  • Masukkan air asam jawa, udang, petai, dan bawang yg dihiris kasar. Masak hingga semua udang dh bertukar warna merah.
  • Perasakan garam dan gula.
  • Siap =)
udang yg gemuk2.. geram tengok..

Oleh kerana me allergic udang, me asingkan sambal dan buat sambal ikan bilis dan petai.. hihi..
ada 3 biji je petai utk 1 mangkuk.. hehe... tu pun bau dia kuat dah (bg org yg mkn sebiji petai utk 1 pinggan nasi.. huhu)