Showing posts with label brownies. Show all posts
Showing posts with label brownies. Show all posts

Sunday, February 14, 2016

Chewy Gooey Brownies




Assalamualaikummmm :)

Haaa... 2 entries sekali arini ni.. hahahaha... sempena bday encik laling ku terchenta (walaupon daku sgt degil kadang2 suka cari gaduh tanpa sebab, merajuk pon xpasal2, terima kasih kerana selalu bersabar menghadapi nya.. hehe..) 

Sebab masa mencemburui.. cewah.... mcm bz beno.. ekceli tun terlupa yg encik laling outstation, n flight tghari td, so xde la sempat nk buat cheesecake kegemaran encik laling ku itu.. jd ganti dgn brownies (yg sebenornya tuan badan yg nk makan.. hahaha).. xpe la, asalkan ada kan. 

Ni resepi yg sangat2 sedap di tekak tun.. siyes tak tipuu... kalau tipu dose.. sesuai dgn nama dia.. chewyy gooeyy hevenly chocolatyyy.. sekali makan kene jogging 2km. hehe...


texture yg dense, padat dgn coklat.. kerat kecik2 je sekali makan ye.. jangan baham mcm makan kek, nnti kene diet seminggu..

Chewy Gooey Brownies
Resepi: Sister's Cakery, Ourkizuna
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8")

A:

  • 170g cooking chocolate
  • 90g butter
  • 35g coco powder
B:
  • 100g tepung
  • 1/4ts garam
  • 1/4ts baking powder
C:
  •  2 biji telur + 1 kuning telur
  • 180g gula castor
  • 1sk esen vanilla


Cara2:

  • Cairkan bahan A secara double boiler atau guna microwave. tun guna microwave, senang kije.
  • Ayakkan bahan B.


  • Pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Masukkan bahan A (coklat) yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Masukkan bahan B (tepung yang telah di ayak).
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit.
tak cantik pulak gambar ni.. terang sgt.. utk corak tu, gunting bentuk love kat kertas, then ayak gula icing



Nyum nyum.. nampak tak berkerak kat atas, pastu dalam dia lembab dan padat.. sedap oooo... ni bungkus kasi kat anak2 usrah encik laling.

Monday, September 21, 2015

Congo Bar Coklat Sedap


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah berjaya meluangkan masa mengapdate blog.. menaip laju2 ni takut harith tersedar.. hehe.. biasa mlm2 harith masuk tido pkl 9 lebih.. tp duk menenen/mengempeng dgn lamanya sblm betul2 lena. kdg2 dgn tun sekali tido lama sgt tunggu dia lena. minggu depan dah setahun sebulan.. kejap betul besar. semoga menjadi anak yg soleh.

nway.. back to the recipe. dah lama duk save resepi nih.. sbb tun suka coklat.. hehe.. pastu tun pernah buat congo bar biasa sblm ni, tp xberapa menepati citarasa. bila tgk resepi ni senang sgt, pastu kak norlie ckp mcm sedap je.. tun nk baking utk kasi hadiah kat students, jd alang2 dh lama teringin nk buat nih, tun bg ni je kat student. biasa every sem mmg baking kasi hadiah kat grp yg markah paling tinggi time group presentation.



xde apa nk tabur, bantai je tabur coconut coated peanuts.. kih kih... texture dia ala2 brownies, tun suka mkn bars yg sedikit dense mcm nih. nnti nk buat topping coklat jugak ^^



tun cnp resepi ye.. tq kak for the simple and delicious recipe ^^

CONGO BAR CHOCOLATE SEDAP
Resepi: kak norlie
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 280 g Tepung Gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 30 g serbuk koko
  • 250 g butter - cair / 1 cawan minyak - tun guna marjerin je
  • 300 g gula caster
  • 3 biji telur B - tun guna telur A
  • 1 sudu kecik Esen Vanilla
  • 1 cawan coklat chip - jk suka - tun xde stok
  • Kekacang pilihan utk tabur di atas

Cara2:
  • Pukul telur dan gula caster. Pukul sekadar sebati je, tak perlu hingga kembang.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup balikkan adunan dengan spatula.
  • Masukkan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan Coklat Chip (jk suka).
  • Tuangkan dalam loyang yang sesuai. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip/ kekacang pilihan (jk suka)
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven.


Saturday, August 23, 2014

Chewy Gooey Brownies


Assalamualaikumm :)

Dah lebih sebulan rupa2nya x update blog.. huhu.. kesian kat blog kesayangan tun nih, bersawang2.. jarang2 memasak skrg, kesihatan kurang mengizinkan.. biasa harapkan mama, dan kdg2 abah tun yg masak. hahaha... teruk sungguh.. orang lain pon pegnen gak, xde la manja mcm nih kan.. dh masuk 39minggu.. 9 bulan dah, tp alahan still ada.. dugaan betul. false contraction pon sgt2 kerap, dh few weeks menghadapi false contraction, kdg2 smp xleh berdiri. solat pun duduk. jarang2 masak tu, nk siang ayam pon mmg angkut kerusi ke singki, xleh nk berdiri lama. harap2 xlama lagi kuar la si kecik nih.. doakan tun selamat deliver a healthy boy with ease.. aminn...



Brownies ni tun buat last week dah.. kdg2 mari angin gatal tangan nk membaking tuh, cramp ke, sakit perot ke, mmg ke dapur jugak.. huhuhu.... geram nengok cooking coklat duk dlm peti dh berminggu pon ye jugak.. pastu geram jugak nengok marshmallow kat dapur xde org makan.. adik tun la nih, balik cuti suka betul gi membeli brg2 baking, byk pulak duk membeli, cuti kejap je, bkn sempat nk baking byk2 pon. last2 penuh peti ngan brg yg dia beli.. huhu.. 

tun godek2 resepi berkenan kat resepi nih.. mostly sbb nama dia.. haha... xleh makan byk2, muak dan risau gula mencanak tinggi nnti :p  sekali makan seketul kecik je nooo..



Chewy Gooey Brownies
Resepi: Sister's Cakery, Ourkizuna
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8")

A:
  • 170g cooking chocolate
  • 90g butter
  • 35g coco powder

B:
  • 100g tepung
  • 1/4ts garam
  • 1/4ts baking powder

C:
  •  2 biji telur + 1 kuning telur
  • 180g gula castor
  • 1sk esen vanilla

Cara2:
  • Cairkan bahan A secara double boiler atau guna microwave
  • Ayakkan bahan B.
  • Pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Masukkan bahan A (coklat) yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Masukkan bahan B (tepung yang telah di ayak).
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit.

*** tun letak marshmallow lepas bakar.. dan masukkan dalam oven sekejap supaya sedikit cair :)