Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Explorasi Gua Niah



assalamualaikumm... :D

xde n3 masak2 arini sbb berkobar2 nk menunjuk2 yg tun berjaya menakluki gua niah :>  hihi... dh lama teringin nk masuk niah, cuma x berkesempatan je. last wiken pegi dgn kawan2.. sgt cantik!! siyess!!  :D 

trekking dr pintu gerbang ke pintu gua nearly 3km.. so, make sure u are fit..tp jalan cantik lah, mcm laluan jambatan kayu gitu. masuk dlm gua tu pun turun naik tangga dgn hebatnya.



just lets the pics tell you.. yg betul2 lagi cantik dr dlm gambar tau ^^






gmbr rosak masa upload, maleh nk re-upload




how is it? cantikkan :D kiteorg sgt kagum masa mula2 masuk dlm gua sbb rasa mcm duk dlm dunia yg lain. hihi... 

for those yg nak pegi, there are few things that you need to bring:
1- torch-light - laluan dlm gua sometimes sgt gelap gelita.. siyes! xnmpk apa2 without torchlight
2- rain-coat - for those yg sayang baju n seluar.. owh, dn kepala. hihi... sbb sgt byk kelapa kelawar, so byk la bgn buangan dia kan. hihi... nk duduk2 bila penat tu, bila pakai raincoat, blh duduk selamba je atas bats droppings. haha.. -tun beli raincoat pakai buang dua inggit setengah. beli kt kedai mesra petronas ^^
3- air! dan air!
4- coklat atau apa2 makanan yg senang dimakan sbb bakal trekking dgn lama n menggunakan tenaga yg banyak.
5- kawan2.. kalau pegi sorang2 sgt scary masa jln kt laluan yg gelap gelita ;)

ps: painted cave still tutup utk renovation laluan..

Sunday, October 30, 2011

~interlude~


my laling loves cats.. me so-so je.. but when he saved these 2 cats from the office when we moved here, i end up looking at these 2 all day longg..  

Oyen sleeping skills never fail to amuse me ^^



** n3 saje2 supaya blog x berdebu time wiken ;p



Tuesday, October 25, 2011

Ila_cheqSue : 1st Anniversary Giveaway

-link ke Blog sini-

Assalamualaikumm~~~

pagi2 dh ngadap intenet ye.. baru je siap masak sarapan.. pastu tiba2 teringat yg semalam ckp kt cheq sue nk join GA, tp terlupa.. sblm terlupa, tun nk post n3 GA ni.. 1st ly congratulations utk 1st anniversary ^^ semoga terus memeriahkan dunia blogging. rasa2nya mcm baru je kenal cheq sue nih. tun pun lupa mcm mana perkenalan kita ye. 

tgk syarat2 dia dulu...

SYARAT-SYARAT :

GA ni khas untuk BLOGGER MASAKAN SAHAJAcheck
kalau ada 2 blog pun (peribadi & GA) sila sertai melalui blog peribadi - satu ni je blog, rojak semua dlm ni.. hihi...
- cuma buat satu n3 tentang GA ni dan dalam n3 tu perlu ada
"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
apa2 resepi dalam blog korang tu, dan sertakan link resepi tersebut - nnti letak kt bawah
- jangan lupe masukkan gambar kat atas tu  - dh letak
- kemudian masukkan link n3 korang tu kat komen box ni - nnti dh post gi letak

TARIKH TUTUP :
30 Oktober 2011 - Midnite


"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
 
 hmmm.. yg ni kan, mula2 nk suruh cheq sue try nasi dagang, tp tgk2 dh buat dah.. then pk, suruh try up-side down pizza laa.. tp ni pun cheq sue dh buat.. jadi, tun pilih ni lahh..
 
 

Saya rekemen cheq sue untuk cuba Cookie 'n' Cream Aiskrim ^^
ferevet tun nihhh =) resepi refer SINI ye
haaa.. cuba, jangan tak cuba.. hihi


ps: GA yg tun janji nk wat tuu nx week ye iA.. wiken ni tun nk gi miri, alang2 tu blh cari2 hadiah yg sesuai utk GA ^^

Thursday, October 20, 2011

Cabutan Bertuah LCS

Assalamualaikuummm~~~

bosan dh ke tgk scone tun yg x jadi tuu?? hihi.. mmg ada scone yg doh dia cam cekodok ye? xpe la.. dr tgk scone x jadi tu baik tgk kamben omey nih... hihi...



LCS buat cabutan bertuah.. dr last week lg tun tgk nih, tp sbb mendemamkan diri, pastu tenet wat hal pulak, ni baru laa blh join. utk ke LCS, sila klick..



pastu kene tag "tagkan 3 geng kamceng tak kamceng korank :P" <- ayat jiya nih.. hihi

tun duk pikir2, sapa yg x kisah di taq utk GA camnih.. so tun tag 3 org nih ye.. tp bak kata jiya lagi "Tiada paksaan samada nak join atau tidak walaupon di'tag' :)"

3 org yg tun taq ialah:


hihi.. x kisah kan kene tag? tarikh tutup malam esok ye... (jumaat)..

Friday, July 15, 2011

Alhamdulillah... terima kasih semua

Assalamualaikum~~~

Terima kasih atas semua ucapan dan doa yg diberikan.. terharu je rasa.. sampai je miri bukak2 FB tgk byk wish =) bawak beg besar gi angkut hadiah..

kek dr kak CB.. tq kak CB.. terliur tun yg tgh puasa nih...

Pastu tun memenuhkan pasu2 di rumah dgn pelbagai jenis bunga.. wangii satu umah.. nnti dh lama wat jd bunga kering penanda buku.. hihi



ni dr kak gee... tq kak ^^


ni dr kak noorsha saya ^^ hntr laa dgn puding jugak =)


ni sejambak dr kak nor ^^ hadiah dh smp awal2 lagi.. hihi


pastu dapat jugak bekal utk buka puasa dr kak ros.. tq kak ros ^^


pastu dapat jugak kad omey dr kak sheila ^^ tq kak =)



last sekali nk membalas pantun kak anim =)

ni kak anim jual..

Uda dan Dara makan sedulang
Sambil di intip olek mak nani
Apakah resepi istimewa setelah pulang?
sebagai meraikan majlis hari ni?

tun jawab yer... (abaikan rima di tengah yg x kena.. hihi)

izah dan hasue jalan berlenggang
dikejar oleh mas dan anna
ku tunggu-tunggu abangku pulang
ingin ke bandar makan berdua..

Mari Membeli Pantun

Assalamualaikumm~

*** n3 ini akan menggunakan bahasa yang kurang rojak, harap maklum.. hihi~~ **

Alhamdulillah, masuk jumaat minggu ke 2 di bulan Syaaban. Terima kasih kepada kak nor yg mengingatkan semua ttg nisfu syaaban. nyaris2 sy terlepas puasa sempena nisfu syaaban hari ini (tersilap kira hari dan menyangka nisfu syaaban jatuh pd hari ahad- sy sudah bercadang utk puasa hari sabtu).. alhamdulillah, ada roti dlm bilik hotel ni utk saya bersahur mengalas perut utk perjalanan hari ini. iA hari ini akan pulang ke Bintulu setelah 5 hari berkampung di Miri.

owh, pasti ada yang hairan kenapa saya berbahasa agak baku.. hihi.. masih didalam mood memperkasakan bahasa melayu setelah merenung bait-bait pantun selama beberapa hari (saya tidak merenung laptop saya sepanjang hari ye..).

Selain sains, saya juga meminati bahasa (selagi tidak berkenaan dgn sastera klasik yg memeningkan kepala saya).. walaupun dizaman sekolah, markah bahasa melayu saya agak kurang berbanding bahasa inggeris (mama saya cikgu bahasa inggeris). Tetapi, dr segi puisi, pantun, dan apa sahaja yg seangkatan dgn nya, mmg saya minat. walaupun bagi saya mengarang serangkap 'poem' adalah lbh mudah dr serangkap 'puisi'.

dah besar2 ni, baru saya tau mengarang serapkap pantun tdk la semudah yg dijangka. biasanya, bila saya mengarang pantun, saya hanya akan memilih rima yg sama dihujungnya. selepas membaca tips2 dr blog uncle AL, baru saya sedar yg perkatan di tengah2 jua memerlukan rima yg sama! selain itu, utk menyedapkan pantun, sy gemar memilih pembayang yg indah2 dan bersifat positif.. rupa2nya, ini jua satu kesilapan! (sy agak terkejut ttg ini..hihi..). rupa2nya, kalau pantun itu bermaksud negative, pembayang juga harus laa negative.. Ooo.. faham ke? nnti akak2 boleh la mengajar anak2 ttg cara yg betul utk menggubah pantun yang baik =)

ok laa, kembali kepada pantun yg ingin di beli dr uncle AL di blog KomenSen ( <- apakah maknanya ini? ).


ini adalah pantun yang dijual;

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat

Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?



saya beli ye uncle;

Menggulai sepat di dalam kawah
Disimpan jua pada kekanda
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk berjasa usah dilupa.

Hinggap merbuk di atas dahan
Jeratnya mahu namun tak sampai
Kayu mereput jadi tambatan
Hanyut perahu dilanda badai.

Bunga di taman tidak dibaja
Sudah suram pudar warnanya
Bila iman tipis di dada
Halal haram mudah dilupa.


ok x? boleh laa tu kot.. ada rangkap yg sy rasa blh diperbaiki, tp sbb tarikh tutup esok, dan sy takut tak sempat nk hantar, jd saya pertaruhkan jawapan ini =)


ps: terasa mcm bahasa indonesia je yg sy tulis... ye laa, kali terakhir mengarang bahasa melayu masa SPM. masuk matrix dan uni mmg bahasa inggeris memanjang. huhu..

pps: dapur akan kembali berasap malam nnti.. beberapa hari ni dh bertambah list menu dlm queue. windunyer nk masuk dapur...

Wednesday, July 13, 2011

GIVEAWAY BLOG RYO ..Jom Join Contest !!

Assalamualaikum....

Setelah gelak sorang2 sepanjang pagi dlm bilik hotel nii.. tiba laa masa tun mengarang.. penat pk nk karang apa.. haha.. eh, lupa nk wat intro betol2. kali ni me join GA dr Ryo.. padahal bukan peminta pasu pon, n me ni duk sarawak.. (hadiah dia pasu sarawak yg comel..). tp me nak memeriahkan dan bg sokongan kat rakan2 blogger.. me di taq oleh kak mas.. terasa pressure utk mengarang aft baca n3 kak sue n kak mas td.. kui kui.. me cuba je laa.. owh, b4 that, ada syarat2 dia..


Syarat mudah:
  1. Mesti ada blog,senang la Ryo nak jenguk2 bawak buah tangan ke blog korang
  2. Copy and Paste banner 'start' kat atas,buat entri bertajuk GIVEAWAY BLOG RYO,link ke laman blog hijau ni. x reti nk letak link kt banner tu, link SINI ye.
  3. Taip sedikit kisah pendek yang kreatif bermula dengan ayat 'Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian.....'(sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.)
  4. Tag sekurang-kurangnya 2 orang blogger lain dan pastikan mereka tahu.
  5. Tarikh tutup :17/7/2011
ps: cerita di bawah adalah rekaan semata2.. huhu.. tiada kene-mengena dgn personaliti sebenar watak..

'Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian saya melihat sekeliling dewan makan mencari2 tempat yg sesuai. hari2 minggu mcm ni, x ramai student yg breakfast di dewan makan. ramai yg pagi2 mcm ni masih qada' tido ataupun marathon basuh kain.. waktu saya turun td pun ternampak kelibat kak sari berjalan bersama kak sheila dan kak naz ke bilik air membawa sebaldi baju. maklum laa, asrama kami tidak menyediakan mesin basuh.. setelah berfikir2, saya mencapai lagi sebungkus nasi lemak, mmg sedap nasi lemak yg dimasak kak ayu, pemilik tender dewan makan ini.

di hujung dewan, saya ternampak akak se-dorm saya, kak izah n kak hasue.. bkn main rancak lg bersembang.. sy menuju ke arah mereka utk bersarapan bersama2.. kak izah, seperti biasa, membawa bekal muffin chocolate gardenia. mmg suka betul makan muffin akak senior saya sorang ni. saya pernah melihat locker kak izah, ada sekotak muffin, bekalan utk sepanjang minggu. kak sue pulak makan nasi lemak seperti saya, tp didepannya terdapat 1 tupperware kek lapis sarawak. owh, rupanya, inilah yg ada dalam parcel kiriman kakaknya di kampung. jd, saya bersarapan dgn nasi lemak dan kek lapis yg sedap.

selesai makan, saya menyiapkan tugasan yg diberikan cikgu nor azmihah. subjek ekonomi rumah tangga mmg subjek kegemaran kami. hampir semua budak dorm saya ambil subjek ini. saya melihat soalan tentang contoh masakan yg boleh dibuat menggunakan senarai herba2 yg diberi. hmmm...oregano, parsley,.. senang je nih.. soalan no 3, cajun.. cajun? selepas beberapa minit berpikir, saya surrender.. budak kg mcm saya mmg x penah melihat cajun ni.. sy lihat kak lieza dan kak nieza sedang membaca majalah Jelita, menandakan mereka telah menyiapkan kerja sekolah. jd, tanpa segan saya meminjam buku latihan mereka utk mencari idea.. alhamdulillah, akhirnya siap tugasan yg diberikan..

esoknya, kami ke kelas ERT pagi2 lagi. sbb sy tido lewat semlm, sy terkocoh2 bgn. itupun setelah di kejut warden mamahawa dan pn. Ct Delima yg membuat rondaan pagi. saya mengejutkan nani di sebelah, dan berlari2 anak menuju ke sekolah. risau juga, takut di tahan pengawas yg garang, tapi, kami bernasib baik pengawas yg bertugas di gate arini kak CB dan kak anim, kami sengih2 sambil membuat muka yang sedih dan comel, jd tidak diambil nama.. alhamdulillah.. hari ni ada kelas membuat bahulu ajaran cikgu nazrah. kami membuat bahulu pelbagai bentuk dan filling ^^ saya lihat kak noorsha membakar bahulu bentuk love. di dlm hati, saya mengagak dia ingin hadiahkan kepada buah hati dia, senior ajib dr kelas engineering. kak ika pula hias bahulu dia ala-ala bento, saya melihat ada bauhu kak ika yg dibalut dgn seaweed.. tgh2 sy membakar bahulu, tiba2 saya terbau roti yg sedap.. laaa, rupa2nya orang lain bakar bahulu, kak anna dan kak mas melanggar arahan cikgu, dan membuat projek roti mayonis di hujung makmal ERT. tetapi, oleh kerana mereka buat roti yg banyak, semasa waktu rehat kami sekelas tidak ke kantin, tp berpiknik di tepi kolam ikan sambil makan roti bersama-sama..

sambil memakan roti mayo yg sedap, dalam hati, saya bersyukur kerana berpindah ke sekolah ini dan mendapat kawan2 baru yg sgt baik.. alhamdulillah...

....
...
....

hahahahaaha~~~~~~~~ penat pikir.. cerita tanpa climax dan anticlimax. plot pon ntah apa2.. hihi.. =)

eh.. perlu tag 2 orang ye.. adoii.. siapa yg x busy skrg dan sudi mengarang ye? risau gk nk suruh org wat karangan ni.. nnti tun pk nk tag sape. dh berejam mengadap n3 ni, nk post dulu.. haha..