Sunday, May 8, 2011

Cheesy Chicken Roll


Assalamualaikummmm!!!


dh petang baru nk bukak lappy nih.. smlm kuar smp ptg bershopping2. arini gi taman tumbina, pastu singgah kedai beli dada ayam. aritu tgk iklan yg TLC, ada laa sorg TV host ni duk mkn ayam goreng dgn cheese yg meleleh2 kuar. my laling sibuk suruh me wat.. haha.. me tgk iklan tu seimbas lalu je, nmpk mcm dia deep-fry ayam tu, then tgh2 ada melted cheese. mmg nmpk sgt sedap! so, sbb 4-5 kali my laling duk sebut tu kan, me pun bereksperimen laa kt dapur. try pound dada ayam tu jd leper, pas tu letak cheese kt tgh2.. tp susah nk gulung n mmg kompom bila goreng abih terkeluar cheese tu. nk salut ayam tu ngan breadcrumbs wat style nugget pun x jd gak.. last2 me teringat kt chicken roll yg me penah mkn kt restoran, dia balut guna tauhu kering. so jadi laa chicken roll nih.. me godek2 sesuka hati je nih, tp my laling mkn dgn laju nyer. siap ckp 'pesal wat sikit sgt?' hehe..

ni tauhu kering yg me guna. mcm fucuk tu, tp keping2 lembut

Cheesy Chicken Roll
by tun_telani ^^

Bahan2:

  • 1 keping dada ayam- boneless
  • 3 keping tauhu kering (potong lbh kurang 15x20 cm)
  • 1/2 cwn breadcrumbs
  • 1 sk serbuk lada hitam AJIOSHO
  • 1 sk parsley
  • 1 keping slice cheese- bahagi 3
  • sedikit garam

Cara-cara

  • Dada ayam di dadu kecil atau di kisar
  • Gaul ayam dgn lada hitam dan garam.
  • Campurkan ayam dgn breadcrumbs dan parsley. Ramas2 dan bahagi 3.
ni rupa ayam yg dh gaul
  • letak adunan ayam kt hujung tauhu, pastu letak cheese kt hujung.
  • Gulungkan spy cheese duk tgh2 ayam. Basahkan sikit kat hujung spy agak melekat (dia mmg xkan melekat mcm popia ye)

  • Goreng atas api yg sederhana. Letakkan bahagian lipatan kt bawah masa mula2 goreng supaya xterbuka nnti.

  • Goreng smp keperangan. angkat dan toskan.
  • Boleh dimkn dgn sos cili dan mayonis.

nmpk cheese dh meleleh tuu.. mkn panas2 sedap weyhh...


mlm ni MU lawan Chelsea.. kawan2 my laling nk dtg umah tgk bola. huhu.. nmpk gaya me berkurung dlm blk la mlm nih.. xkn nk wat muka xtau malu join tgk bola pulak kan.. hehe.. tgh pk nk masak ape.. brp org yg dtg pun x sure. kalau 3-4 org blh wat pizza sebijik. kalau 10 org?? payoh gak nih.. apa yg senang, cepat, dan sedap utk dibuat? dn sesuai dimkn smb tgk bola??

Saturday, May 7, 2011

Ikan Tongkol Goreng Kicap


Assalamualaikum ^^

weekend kembali.. me expect nnti mesti sunyi je dapur2 nih, kn. hihi.. me pun nnti nk kuar jalan2 =) owh, smlm me hantar 1 abstract baru ke supervisor.. alhamdulillah, semangat sikit utk teruskan kerja bila ada progress.. then conference yg akan me attend hntr email offer utk publish full paper presenters. hopefully me sempat siapkn paper tu b4 ke Bangkok. bestnyer bila ada semangat wat keje sekolah. hihi.. masalah nyer semangat dan idea dtg sekali-sekala je.. huhu

Ok laa.. ni nak tayang lauk yg simple, tp sekali sekala mkn ni rasa mcm sedap laa pulak. ikan yg direbus, bila goreng ni mmg xtra sedap sket. teringat masa kecik2 dulu nenek kt kampung selalu rebus dulu ikan, pastu goreng. perghh.. sedap btolll.. tp mmg malas betul nk wat nih, sbb kompom dh meletup2 dlm kuali tuh.

nway, me share resepi dr makyong ni yg tlh diubai sesuka hati oleh mek sue, n me duk terliur2 kt dapur si mas nuh..

Ikan Tongkol Goreng Kicap
resepi: makyong@myr
sumber: haSue, Mas


Bahan-bahan ( - )

* >>Bahan untuk rebus
* 5 keping ikan tongkol
* 3 sudu makan asam jawa(yang masih berbiji) - tun guna 2 asam keping
* 2 cm halia atau lengkuas(hiris) - tun guna lengkuas
* 1 sudu teh garam
* sedikit manisan/gula melaka

* >> Bahan untuk goreng kicap
* 1 labu bawang besar-hiris
* 2 ulas bawang putih- hiris
* 5-10 cili padi- hiris(ikut tahap kepedasan)
* 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
* 2 sudu besar(atau secukupnya) kicap
* 2 sudu besar(atau secukupnya) sos tiram

Cara-cara

1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
3. Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas


ok.. selamat berhujung minggu.. bg yg ada anak2 tu, sekali-sekala bw laa gi mandi pantai ke, picnik kt air terjun ke.. hihi... windu nyer nk blk kg.. nk konvoi beramai2 dgn pak sedara n mak sedara gi air terjun..

hv a great wiken! me nk wat keje sekolah jap, then kuar dating ngn my laling~

Friday, May 6, 2011

Crsipy Potato Wedges


Assalamualaikum ^^

n3 pantas ni. sbb nk siapkan abstract baru utk supervisor. bila dh siap abstract blh laa dgn senang hatinyer ke library pinjam novel. my laling izinkan pinjam novel dan baca time weekend je. hehe..

kali ni nk tayang Crispy Potato Wedges nih. biasa beli je, ni terajin pulak nk buat. hehe.. resepi dr mek sha.. hehe... me usha resepi ni kat myresepi, pastu google la jugak cr link kt blog.. sedap nih.. pastikan rebus kentang betul2 empuk baru sedap.

apa2 pun, tq wat kak noorsha.. me lap you!

cnp sini ye..

Crispy Potato Wedges
by Noorsha@myr, Noorsha.blogspot

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.- tun buang kulit
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Giveaway From Moscow by Mizslullaby


Assalamualaikum...

1st n3 arini me nk siapkan homework Giveaway from Moscow Mizslulaby.com dari kak wanierya dan noorsha. me nk pergi usha2 Mizslulaby ni, dgr kata final year medic student. me x penah ada lg kwn2 yg dihantar bljr ke moscow nih (nk kene tanya enchik Google moscow ni duk kt mana sebenarnya.. muahaha.. spm me xamik geography..). hadiah giveaway dia made in Russia tau.. me nk gi kenal2 jugak, tp tiap2 kali me bukak page Mizslulaby nih, lappy me hang. xtau laa nape.. huhu..

nway, me perlu tag 5 org utk GA nih. me pilih random dr me nyer Drooling list kt sebelah ye walaupun mcm ramai je yg dh di-tag.


xde paksaan utk masuk GA ni tau. tun smp skrg blm bjaya bukak lg page tuan punya GA nih =)


Thursday, May 5, 2011

Upside-Down Pizza


Assalamualaikummm ^^

ni nk tayang resepi dinner yg sgt sedap, cepat, dan senang.. ni hasil me duk tengok foodnetwork kat astro la ni. nmpk sedap je makcik tu masak. owh, lupa lak, me tgk Quick Fix Meals with Robin Milller. masa tgk tu, me x salin betul2 sbb dia ckp blh tgk resepi kt website, tp bila buka website x jumpa pulak. so me wat versi sendiri je laa.. kui kui.. yg pasti, my laling rasa semulut je, terus ckp "uish.. sedapnyer! nama dia ape nih?".. n me yg konon2nya nk diet pun mkn dgn hebatnyer xleh nk berenti. haha.. tp siyes sedap (puji diri sendiri..)

nama dia upside-down pizza sbb filling dia duk bawah, pastu 'dough' dia cuah kt atas filling. sgt senang sbb xyah nk uli2 dough. kalau ada semua bahan, blh prepare dlm masa x sampai setengah jam. filling dia me wat sama ngn me wat filling pizza.

Upside-Down Pizza
loyang 9x9 inch

Dough

2 bj telur
1 cawan susu
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2
3 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar oregano
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang (tgk gmbr)tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.


nyum nyum...

Kek Pisang Mak Lang & Gold Card kak CT

Assalamualaikum..

2-3 hari ni tenet prob. tensen betol, ingatkan psg streamyx dh xde prob tenet.. tp bila org telekom psg tenet ngn tepon umah sblh, tiba2 line umah kiteorg putus. smp skrg dia x dtg baiki lagi. haish..

nk tayang kek pisang yg wat 2-3 hari lepas nih. lepas wat blended orange kek yg x jadi tuh, wat kek pisang utk menggembirakan hati.. sedap betol kek nih. hepi je makan.. hihi.. tq kak annaqawina =) me terliur tgk kak ana wat aritu, terus gi beli pisang. hehe..

cnp terus dr page kak ana (me xde link maklang and yatie cooking.. sorry utk kedua2 penyumbang resepi)

Kek Pisang MakLang
Sumber : MakLang & Yatie Cooking & Dari dapur CT

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (saya ubah suai bubuh lebih sikit)
  • 1/2 cawan minyak
  • sedikit esen pisang..*takde, letak esen vanila je - tun pun sama
  • 50 grm coklat rice * tun letak choc chip

CARA MEMBUATNYA:
  • Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat + garam
  • Pukul telur & gula hingga kembang
  • Kemudian masukkan pisang & esen
  • Masukkan minyak
  • Akhir sekali tepung bersama yang diayak tadi.
  • Tambahkan coklat rice, *masa ni kacau guna senduk je.
  • Bakar/kukus *tun and k'Ana bakar 180'C 40 minit..

stok choc chip x byk.. hihi..



loyang pun nk interprame..silikon nyer kt kg, sini guna yg murah2 je.hihi

lastly, ni gold card dr kak CT.. me xpenah ada gold card nih, jakun x reti nk guna. ni valid for a life time ke nih? hihi.. tq ye kak..

ps: n3 ni mengambil masa 2 jam utk siap tulis + upload gmbar.. mmg menguji kesabaran, kn.. huh.

Tuesday, May 3, 2011

Simple bekfes...

Assalamualaikum ^^

morning! arini semua dh kembali bekerja spt biasa.. me pun kene rajin2 wat keje sekolah. kejap je dh masuk bulan 5, dh terasa cuaknyer kerja x siap2.. haish.. nk seru2 idea pun susah gak. kdg2 rasa mcm nyesal sambung master.. haish, x baik betul (and to think that kalau my laling x di transfer ke sarawak, me dh sambung phd skrg.. ).. nway, apa yg dh dimulakan tu, perlu laa buat betul2, x? nnti byk pulak org yg susah sbb me wat kerja sambil-lewa..

nway, tayang bekfes dikala me lazy busy.. this is soo yummy! really! masa kt uni dulu selalu bawak sandwich ni utk lunch kalau x blk umah. nk gi cafe bkn semua halal, n makanan mat salleh ni bkn nyer sedap sgt pun.. alih2 mkn cookie monster atau energy bar.


Banana and peanut butter sandwich


  • 2 keping roti sandwich- toast kn dgn butter
  • 1 bj pisang berangan/pisang montel- kerat2
  • peanut butter

  • sapu roti dgn peanut butter dan letak pisang.
  • siap!

hahahha.. ni pun letak n2 ka? ;p

i looove this sandwich! hihi

okie dokie.. me nk berusaha wat keje sekolah.. kalau x byk pun, asal gerak sikit pun ok laa dr xwat langsung..

Monday, May 2, 2011

Pasta with Garlic and Chili


Assalamualaikummmmmm~~~~~~~~~

haha.. maghrib2 ngadap tenet.. sugguh kurang sopan.. 2 hari duk sunyi sepi.. org len sunyi blk kg, ni x blk kg pun berpura2 blk jugak. kui kui.. sbb dengki org blk kg kn, so 3hari ni duk kuar berjalan2, walaupun xde sgt tmpt nk berjalan2 kt bintulu nih.. pastu hujan pulak, duk berjalan2 kt kedai je laa..

ptg sabtu gi public library. lama x masuk library, rindu la pulak.. ni kata2 budak nerd zaman sekolah nih..haha.. besar gak library bintulu nih. me wat kad, pinjam novel 2 bijik.. rindu nk baca novel, pindah sini bw 2 biji novel je. pastu, me ni bila dpt novel, selagi x khatam selagi tu x letak. hari ni dh hbs dua2 buah. haha.. my laling ckp blh gi library wiken je, kalau tak, me xwat keje sekolah. huhu..


nway, me nk tayang menu bekfes yg sgt simple. tgk ingredient pun pelik sbb simple sgt.. tp dlm buku resepi me nih, dia ckp 'one of the simplest of pasta dishes and one of the best'.. betul jugak. rasa dia mild, but blh mkn 2 pinggan. haha..

me translate kot melayu, ye..

Bahan2:

  • 400g spagetti- rebus dlm air + 1 sk garam
  • 7 sb olive oil
  • 2 bj cili padi kering - me guna yg fresh, kerat halus
  • 6 ulas bwg putih- me guna 3 ulas besar
  • 1 sb origano
  • 1 sb parsley
  • garam
  • lada hitam

Cara:
  • tumis bawang putih dan cili padi dgn api perlahan selama 2 minit.
  • masukkan origano, parsley, dan spagetti.
  • gaulkan sebati.
  • tambah garam dan lada hitam

haaa.. senang,kn? hihi..


ps: tgh duk bakar kek pisang sbb kecewa blended orange kek rasa pahit.. huhu