Sunday, May 8, 2011

Cheesy Chicken Roll


Assalamualaikummmm!!!


dh petang baru nk bukak lappy nih.. smlm kuar smp ptg bershopping2. arini gi taman tumbina, pastu singgah kedai beli dada ayam. aritu tgk iklan yg TLC, ada laa sorg TV host ni duk mkn ayam goreng dgn cheese yg meleleh2 kuar. my laling sibuk suruh me wat.. haha.. me tgk iklan tu seimbas lalu je, nmpk mcm dia deep-fry ayam tu, then tgh2 ada melted cheese. mmg nmpk sgt sedap! so, sbb 4-5 kali my laling duk sebut tu kan, me pun bereksperimen laa kt dapur. try pound dada ayam tu jd leper, pas tu letak cheese kt tgh2.. tp susah nk gulung n mmg kompom bila goreng abih terkeluar cheese tu. nk salut ayam tu ngan breadcrumbs wat style nugget pun x jd gak.. last2 me teringat kt chicken roll yg me penah mkn kt restoran, dia balut guna tauhu kering. so jadi laa chicken roll nih.. me godek2 sesuka hati je nih, tp my laling mkn dgn laju nyer. siap ckp 'pesal wat sikit sgt?' hehe..

ni tauhu kering yg me guna. mcm fucuk tu, tp keping2 lembut

Cheesy Chicken Roll
by tun_telani ^^

Bahan2:

  • 1 keping dada ayam- boneless
  • 3 keping tauhu kering (potong lbh kurang 15x20 cm)
  • 1/2 cwn breadcrumbs
  • 1 sk serbuk lada hitam AJIOSHO
  • 1 sk parsley
  • 1 keping slice cheese- bahagi 3
  • sedikit garam

Cara-cara

  • Dada ayam di dadu kecil atau di kisar
  • Gaul ayam dgn lada hitam dan garam.
  • Campurkan ayam dgn breadcrumbs dan parsley. Ramas2 dan bahagi 3.
ni rupa ayam yg dh gaul
  • letak adunan ayam kt hujung tauhu, pastu letak cheese kt hujung.
  • Gulungkan spy cheese duk tgh2 ayam. Basahkan sikit kat hujung spy agak melekat (dia mmg xkan melekat mcm popia ye)

  • Goreng atas api yg sederhana. Letakkan bahagian lipatan kt bawah masa mula2 goreng supaya xterbuka nnti.

  • Goreng smp keperangan. angkat dan toskan.
  • Boleh dimkn dgn sos cili dan mayonis.

nmpk cheese dh meleleh tuu.. mkn panas2 sedap weyhh...


mlm ni MU lawan Chelsea.. kawan2 my laling nk dtg umah tgk bola. huhu.. nmpk gaya me berkurung dlm blk la mlm nih.. xkn nk wat muka xtau malu join tgk bola pulak kan.. hehe.. tgh pk nk masak ape.. brp org yg dtg pun x sure. kalau 3-4 org blh wat pizza sebijik. kalau 10 org?? payoh gak nih.. apa yg senang, cepat, dan sedap utk dibuat? dn sesuai dimkn smb tgk bola??

18 comments:

Nazrah said...

sedap tu..ada lagi ker

Deliah's Deli said...

yummy!!letak cis ni mmg x dpt dinafikan kesedapnnya..meh sini skit..:p~

slmt hri ibu!!

Sheila Shafeareen said...

Salam
sdp ni ank akk minat mkn-makan cam ni..akk pun suka..bak try le but nnt
x tahan negoknya..merat sdp ni

Unknown said...

waalaikumusalam

ya ampun.. menyelerakannya..
pandai kamu..

tun_telani said...

kak nazrah: hehe.. dh habis.. sekali hadap je nih.

kak Dell: yes! nyummmyyyy!! tun blm jd ibu lagi, so selamat hari ibu kat akak ^^

kak sheila: 'merat' sedap?? merat tu mende? hihihi

kak ayu: hehe.. tp tun x reti hias santapan beradap nyer lauk..

Mas said...

wahhh...sedappnya ayam tu tun...

Mas said...

lupa lak.....selamat hari ibu tun....

Kak Sam said...

Menggoda gitu

Wattie said...

Assalamualaikum Tun,
Singgah nak makan chicken roll yang gojes itewwww.. Happy Mother's Day ya

cikmanggis said...

satu idea yan ukup bagus ni..fucuk makanan yang sihat serta berkhasiat.Boleh cuba ni..selamat hari ibu Tun..

nOOrsha said...

waa speselnyer..bnmpak sedappppp...mintak segulung!~8/

tun_telani said...

kak mas: selamat hari ibu =)

kak sam: mmg nk menggoda akak nih. hihi

kak wattie: sila2 =) selamat hari ibu

CM: yup! full with protein and calcium ^^

kak noorsha: bila rajin masak spesel sket. hihi.. dh hbs dah nii..

Umie said...

jalan-jalan ni..ingat nak rasa tp puasa la pulak..nanti balik nak try la...tq

tun_telani said...

umie: tun pun puasa arini =) tq sudi singgah

Subhan Kamilullah said...

assalamualaikum kak tun..klu tauhu kering tu tukar dgn kulit popia ok ke?

tun_telani said...

subhan: waalaikummussalam dik.. akak x penah try lagi guna kulit popia.. boleh rasanya, cuma nnti garing laa. jgn masak api kuat, nnti kulit popia dh hangus, ayam x masak.

mimi said...

salam. sgt sedap. x sabar nak wat ni. Tp tetibe bl sampai masa sedia bahan2 tu riso lak coz tauhu kering tu kan rapuh. Huhuhu.. camno nk gulung tu.
nak kene rendam air dulu ke ek?

Unknown said...

Sedap...sedap...sedap
Wajib kne wt esk ni..

Tapi..mn nk beli tauhu kering tu ek?