Tuesday, November 10, 2015

Egg and Vegi Dumpling



Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah... alhamdulillah... ada masa menjenguk blog kesayangan slps hampir 2 bulan tinggal.. tak sempat lgsg nk menjenguk.. rindu kat kawan2 GMM, especially yg xde @ x aktif kat fb.InsyaAllah start bln ni akan ada lebih masa untuk ber-blogging :)

Lama sgt x pegang kamera, skill amik gmbr pon dh lari (walaupon sblm ni pon xde la pandai sgt).. tp rasa2nya kamera tu merajuk kot, kelabu je gambar eventho dh cuba meng-edit.. huk huk.. nway, lamaaaa sgt tak mendumpling, sampai lupa cara nk kelim.. haha...1st dumpling jadi bentuk karipap :p


Tun suka guna gyoza pastry ni utk skin dia.. tp ni pun rasa2nya kualiti dia dh jd agak 'kureng' berbanding sblm ni.. sblm ni skin dia putih je, skrg dh jd kuning ala2 wonton skin dah. but still better dari mnguli sendiri. haha... xcukup kerajinan nk mencanai nipis2.

Amik gambar yg kelim cantik je.. yg lain hancusss
Dumpling try n error namanya nih.. sbb mode INSAP lps lunch pizza mkn tahap tak ingat dunia.. huhu.. dinner egg n vegi je.. kalau nk mkn salad xlalu, tp bila sayur2 tu isi dlm dumpling or popia, lajuuuu makan.

Egg & Vegi Dumpling
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • Dumpling skin (tun prefer guna gyoza pastry, 1peket ada lbh kurang 30 keping)
  • 2 biji bawang merah- dadu kecil
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji telur
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil
  • 1 cawan kubis - cincang dadu halus
  • 1 batang carrot - sagat
  • 1sk minyak bijan 
  • 1sk gula 
  • 1 sk garam
  • 1 sk tepung jagung
  • lada hitam

Cara-cara
  • Pukul telur dan masak telur hancur (scrambled egg)
  • Campurkan semua bahan2 inti. 
  • Masukkan inti dakam skin pastry dan kelim kemas.
  • Panaskan non-stick pan dgn sedikit minyak, susun dumpling dan biar hingga sedikit garing di bahagian bawah.
  • Tuang sedikit air, dan tutup kuali untuk steamkan dumpling. Biarkan hingga kering.
  • Boleh hidang dengan dipping sos atau sos cili.

Cara kelim boleh refer SINI


Sblm ni skin dia cantik je lps steam, tp skrg dah x cantik

Dumpling Dipping Sauce
sumber: tun telani

bahan2:
  • 1/4 c kicap manis
  • 1/2 icnh halia- tumbuk
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj cili padi- tumbuk
  • 1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar
  • 1 sb minyak bijan

Cara2
  • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.

Monday, September 21, 2015

Congo Bar Coklat Sedap


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah berjaya meluangkan masa mengapdate blog.. menaip laju2 ni takut harith tersedar.. hehe.. biasa mlm2 harith masuk tido pkl 9 lebih.. tp duk menenen/mengempeng dgn lamanya sblm betul2 lena. kdg2 dgn tun sekali tido lama sgt tunggu dia lena. minggu depan dah setahun sebulan.. kejap betul besar. semoga menjadi anak yg soleh.

nway.. back to the recipe. dah lama duk save resepi nih.. sbb tun suka coklat.. hehe.. pastu tun pernah buat congo bar biasa sblm ni, tp xberapa menepati citarasa. bila tgk resepi ni senang sgt, pastu kak norlie ckp mcm sedap je.. tun nk baking utk kasi hadiah kat students, jd alang2 dh lama teringin nk buat nih, tun bg ni je kat student. biasa every sem mmg baking kasi hadiah kat grp yg markah paling tinggi time group presentation.



xde apa nk tabur, bantai je tabur coconut coated peanuts.. kih kih... texture dia ala2 brownies, tun suka mkn bars yg sedikit dense mcm nih. nnti nk buat topping coklat jugak ^^



tun cnp resepi ye.. tq kak for the simple and delicious recipe ^^

CONGO BAR CHOCOLATE SEDAP
Resepi: kak norlie
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 280 g Tepung Gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking powder
  • 30 g serbuk koko
  • 250 g butter - cair / 1 cawan minyak - tun guna marjerin je
  • 300 g gula caster
  • 3 biji telur B - tun guna telur A
  • 1 sudu kecik Esen Vanilla
  • 1 cawan coklat chip - jk suka - tun xde stok
  • Kekacang pilihan utk tabur di atas

Cara2:
  • Pukul telur dan gula caster. Pukul sekadar sebati je, tak perlu hingga kembang.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan serbuk koko dan baking powder dengan cara kaup balikkan adunan dengan spatula.
  • Masukkan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan Coklat Chip (jk suka).
  • Tuangkan dalam loyang yang sesuai. Ratakan kesemua bahagian. Taburkan coklat cip/ kekacang pilihan (jk suka)
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven.


Monday, September 14, 2015

Kuih-Muih Utk PotLuck Jamuan Perpisahan Jiran


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah, selepas sekian lama, berkesempatan utk update blog. kesian blog kesayangan tun ni dianak-tirikan sejak makin bz dgn harith + PhD tun.. huhu...

Arini letak resepi byk2 terus.. hahaha.. semalam buat jamuan dgn jiran2 yg rapat.. jiran tun selama 4tahun kat Bintulu ni akhirnya ada rezeki pindah semenanjung...(sob sob.. nk pindah jugak TT .. *nanges).  kami kaum2 ibu ni duk berbincang dlm WA. mula2 nk gi makan2 kat kedai, last2 bincang punya bincang decide utk wat potluck.. end up dgn jamuan yg sgt meriah dan ramai org.. hahaha...

Sebab tun sgt2 kesuntukan masa, encik laling pon outstation, jd tun volunteer utk kuih je. akak2 lain buat main dish.. best ooo.. ada nasi kerabu, satay, nasi himpit kuah kacang, laksa johor, soto.. mmg puas hati makan.. siap mkn bungkus utk bekalan 2 hari. kih kih.. bila encik laling outstation, tun mmg malas nk ke dapur. tiap2 hari dapur berasap masak bubur harith je.



skrg tgh glemer corak mcm ni kat fb.. tp sbb ni resepi apam feveret tun, jd tun mmg xguna resepi lain.. why use milk when u can use santan, rite? kih kih...

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan lompang


  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) 
Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.(tun asing 3 warna, yg plain campur coklat rice)
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. (tun guna acuan lompang, kukus dalm 10-15 minit)




Dah lama simpan resepi nih.. baru berkesempatan nk cuba.. sbb ada curah coklat kat atas tu, mmg cepat la laku kek nih :)

Kek Black Beauty Chef Zubaidah
Sumber: maklangazie
Sumber: tun telani

BHN A
  • 2 cwn tepung gandum/superfine - tun guna tepung gandum
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2st soda bikarbonat
  • 2st b/powder

BHN B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan
  • 1 cwn air panas suam
  • 1sb emulco - tun letak coklat paste
  • 3 biji telur

Cara
  • Ayak Bhn A, ketepikan
  • Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  • Masukkan Bhn B dan gaul rata
  • Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
  • Guna loyang 8x8


Topping Jimat :
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula - tun xletak
  • 2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair)  - tun guna susu pekat separuh cawan
  • 1/2 cwn tpg jagung - tun xletak
  • 2sb majerin - tun letak byk sket marjerin

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.



ni resepi paling cepat.. hahaha...

Puding Roti Marble
Resepi: kak hana@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2- tun guna 10g
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.- tun letak 4cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Last minit buat puding jagung ni sbb susah hati bila dgr ramai pulak yg dijemput. kebetulan ada frozen corn kernel dlm peti. tun blend kasar jagung tu. resepi ni sedappp, tp xtau salah tang mane, lembek sket.

PUDING JAGUNG KASTARD
Resepi: Filla
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung (creamy)- tun blend kasar corn kernel.. haha
Cara2:
  • Bancuh tepung kastard dan air.. kacau hingga larut.. 
  • Kemudian masak secara api perlahan.. tuangkan susu cair, gula dan 1 tin jagung.. 
  • Kacau rata hingga menjadi likat dan pekat.
  • Tutup kan api dan tuangkan ke dalam bekas.. Biarkan sedikit sejuk kemudian letakkan dalam peti ais.. Pastu boleh dimakan sejuk-sejuk..

Alhamdulillah.. seronok sgt potluck.. cuma spoil sbb jerebu sket, so tun susah hati nk stay lama2, kesian kat harith. insyaAllah next time blh ber-potluck lagi ^^

Thursday, August 13, 2015

Kari Kuning Udang Indonesia


Assalamualaikummm..

Alhamdulillah berjaya update lagi sekali.. smlm dh taip2 resepi, pastu sibuk harith nak tekan2 jugak, duk berebut laptop dgn dia, last2 tun save draft n simpan laptop.. huhu..

Seminggu ni duk umah jaga Harith. Sayang mama x berapa sihat, kene jangkit HFMD. mula2 tu kesian sgt, meraung nk nenen, tp bila bg letak mulut, xnk nenen, duk meraung je.. pastu baru tun nmpk ulcer bawah lidah. Kesian sgt TT  Gi klinik Dopto bagi ubat spray. Tp bila spray siap muntah2, tun pon try spray dlm mulut sket. ya Allah... disaster sgt rasa dia. pastu rasa mcm kene bius nk cabut gigi.. last2 kakak tun suggest gi beli oral gel. encik laling gi farmasi, dan pharmacist tu suggest gel nih. utk teething but can use for ulcer. and it works wonder! ^^ sapu kat bawah lidah tu, dan lepas tu terus blh nenen :) alhamdulillah..

Muka kenyang lepas nenen :)

nway.. arini nak share resepi yg tun cuba dari buku yg encik laling belikan. dah lama beli buku nih, tp baru beberapa resepi yg bjaya dicuba. alhamdulillah, sedap2 resepi yg tun cuba setakat nih. buku klasik masakan indonesia :)



Bahan2 simple je.. tp sedap nih.. sila la cuba :)

Kari Kuning Udang Indonesia
(Indonesian Yellow Prawn Curry)
Resepi: Buku Resepi Classics Recipe of Indonesia
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 500 g udang
  • 2 bj bwg merah - tumbuk
  • 2 ulas bwg putih - tumbuk
  • 2 bj bili besar - hiris 
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 inch halia - tumbuk
  • 2 btg serai - ketuk
  • 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk belacan
  • 1 bj lada benggala merah
  • 4 helai daun limau purut
  • 400 ml santan 
  • Garam

Cara2:
  • Tumis bawang, bawang putih, halia, serai dan lada sampai wangi. 
  • Masukkan daun limau purut, belacan, serbuk ketumbar, dan lada benggala. kacau sebentar.
  • Masukkan udang dan santan. Masak hingga mendidih.
  • Perasakan garam.

ps: doakan harith cepat sembuh ye kawan2 ^^

Monday, August 3, 2015

Asam Pedas Ikan Pari


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah berjaya mengapdate blog kali ni.. arini ada 'drebar' anta dtg uni. dah pkl 5 ni dh malas nk wat kerja, sementara tunggu my laling smp kita mngadap blog kesayangan yg lama sgt dah xde resepi nih.. godek2 folder nmpk gmbr yg dh berbulan peram. kih kih... sblm puasa lagi buat nih. mcm yg gmm selalu ckp, xpe, gambar xbasi.. haha... yg penting, gmbr sendiri, bkn gambar cilok org nyer.

Asam pedas ikan pari ni antara menu yg encik laling tun suka mkn. Tun suka mkn ikan goreng ngan kari ikan je, so menu kuah2 air mcm ni tun amik kuah je. Ikan pari encik laling yg habiskan. Pastu asam pedas gini, tun tambah sayur asin jugak, ni pon sbb mr.H suka mkn. tun mmg xleh terima rasa sayur asin tu. xkene ngan tekak. tp bila mkn asam pedas kuah mesti penuh pinggan sampai banjir. hihi..


Resepi tun olah dari resepi kat myresepi. Biasa campak2 je masak nih.. nk letak kat blog mesti sukat la kan. hehe

Asam Pedas Ikan Pari
Resepi asal: Junjs11@myr
Sumber: tun telani

  • 4-5 keping ikan pari - tun beli kat pasar dia dh potong2
  • 4 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 2cm kunyit hidup-ditumbuk - xde, tun letak sikit serbuk kunyit
  • 1 btg serai dititik
  • 3 btg daun kesum - tun letak secekak.. lagi byk lg sedap
  • 1 bunga kantan-dibelah dua
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa - tun xletak asam jawa, tun letak 2 keping asam keping
  • 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
  • 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
  • garam dan gula (ikut rasa)
  • minyak masak
  • sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan) 
  • bendi - tun tambah
  • sajur asin - tun tambah

Cara-cara
  • Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
  • Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih. (tun skip step ni)
  • Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. (tun masukkan asam keping sekali ngan air). Biar mendidih.
  • Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan. *bila ikan dh masak, tun masukkan bendi dan biar kejap.

Friday, July 31, 2015

Salam Aidilfitri..yg sedikit terlewat :)


Assalamualaikumm :)

Walaupon sedikit terlewat, tun ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua pembaca blog qurrataaayun ^^ Maaf kerana ramadhan yg lepas x dpt update resepi berbuka spt tahun2 sudah sbb tun berpuasa di Sweden dan Turki. Tp dh share kompilasi kuih2 kat FB harap2 bermanfaat. Owh, dan baru share album menu2 Open House raya yg selalu tun buat kat FB juga. Kalau nk xde idea nk masak apa blh rujuk album gambar kat fb ye ^^

InsyaAllah lepas ni tun akan try update blog.. harap2 dpt la cari masa. sayang sgt kat blog ni dan kawan2 GMM ^^

Sblm tu meh nk belanja gambar harith.. Harith dah masuk 11 bulan skrg. kejap kan dah besar. Dah pandai bertatih.. Smlm pecah rekod jalan 7 langkah ^^

Gaya Bos posing ngan lib balm mama.. haha

Harith suka duk Sweden sbb sejuk ^^


Tuesday, June 16, 2015

Ramadhan Kareemm~

Assalamualaikumm...

Sumber: ismaweb


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)


Sedar tak sedar dah hampir 2 bulan tak update blog.. huhu.. mmg kesibukan melanda skrg.. lagi2 encik laling sgt kerap outstation.. jd dapur jarang berasap. kdg2 xsempat pon nk masak. masuk dapur utk masak bubur harith je.

bermula minggu pertama puasa, tun akan ke Uppsala, Sweden utk attend summer school. Jadi tahun ni xdpt nak sama2 berkongsi idea juadah berbuka mcm tahun2 lalu. insyaAllah resepi2 yg ada harap2 sedikit sebanyak dpt juga bantu mereka2 yg xde idea nk masak apa utk diri dan keluarga..

apa2 pun.. tun doakan supaya Ramadhan ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah.. tun harap semua readers dpt doakan tun juga spy berjaya manfaatkan Ramadhan kali ini eventho dlm kesibukan summer school nnti :x

insyaAllah.. panjang umur tun update lagi :)

Till then.. may Allah bless



Tuesday, April 7, 2015

Puding Roti Karamel


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah, sekali lg berjaya meluangkan masa utk mngapdate blog kesayangan. Skrg kehidupan agak kelam-kabut, lagi2 encik laling sepanjang bulan ni xde kat bintulu.. :( balik kejap je wiken nih, pastu sambung outstation kat semenanjung.. uhuk uhuk.. sedih.. 

tun bila encik laling xde, mmg dapur sgt laa susah nk berasap. berasap pon utk wat bekal harith je. huhu.. skrg ni alhamdulillah kebetulan pak sedara ada kerja kat bintulu, jd masa hntr husben tun ke epot, elok2 flight pak sedara sampai.. hihi.. tp xlama pon, 2-3 hari je. lepas ni duk 2 org je laa dgn ontel cayang mama.. akhir bulan ni baru adik tun dpt dtg teman. sementara tu, chaiyok2.. mama harith kuat!

xde gambar cantik.. amik gambar puding yg hidang utk anak usrah husben

Puding roti karamel ni antara dessert yg tun plg suka makan dan paling suka buat. sbb sangaaattt la senanggnyer.. bila dpt resepi yg blh masuk semua dlm blender, mmg duk ulang2 resepi ni la.. kih kih.. bulan puasa last year 3-4 kali jugak tun buat puding ni bg kat jiran tetangga. time buat makan2 kat umah pon, ni antara menu yg akan dibuat :) tp encik laling tun xberapa layan puding cam gini, so kalau buat mmg akan bagi kat jiran2 la. tp op kos separuh dh berjaya jd lemak tun.. muahahaha... 

ok la.. kalau ada roti lebih blh la cuba ye :)

PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, 
K.Nor
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  • Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  • Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je  ** tun masukkan semua dlm blender dan blend sekali harung.