Monday, October 31, 2011

Kuih Puteri Ayu

len kali letak byk sikit kaler hijau


Assalamualaikummm~~~

mai bekfes puteri ayuu ^^ tun wat mlm sabtu masa tgh tgk final bola Ganu vs N9. buat utk bw bekal ke usrah. satu adunan dpt byk jugak, so tun frozenkan jugak separuh (abih semua pun nk di frozen kan. huhu.. )..


nk ckp pasal bola dulu laa.. tun bukan peminat tegar bola. tp bila ganu masuk final tu, terasa la jugak nk tgk.. nk bila dh stat tgk tu, sah2 laa dgn penuh semangat patriotik. haha... kali last ganu menang malaysian cup, tun still sekolah.. ingat lagi, dah sampai sekolah dah, pastu announcement hari tu cuti sbb ganu menang bola. hehe... nway, frust jugak bila n9 sumbat 2 gol.. tp nk wat camner, dh adat pertandingan kan.. utk team ganu, berusaha lagi!


hari isnin seharian ke Miri (2 n half hour drive fr bintulu). saje galok sbb buhsan tgk bandar bintulu. xde la byk sgt shopping, toys baru pun x byk utk ditambah, tp berjaya la jugak capai few things termasuk lah acuan puteri ayu nih. kaler pink! suke!! balik just in time utk tgk bola.. sambil2 nunggu bola stat tu, godek2 dapur kak ros jintanmanis.. tun mmg x pandai sgt wat kuih tradisional, ingatkan susah.. bila tgk2 senang je rupa2nya wat kuih nii.. mcm wat apam biasa je. to biasa la, first time buat, xreti lg nk agak byk mana nk letak kelapa tu. nx time tun nk letak byk sket, baru sedap gigit masin2 kelapa tuh =)

x cukup acuan, letak dlm acuan apam.. pink lagi! ^^

kuih ni sgt lembut!! lepas sehari suntuk pun lembut lagi... =)

Kuih Puteri Ayu
Resepi: rohaya1710@myr
Sumber: ros@JM

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam
( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

** utk kelapa tun guna:
1/2 c kelapa kering campur dgn 2 sb santan + 6 sb air
1/2 sb tepung ubi
1 sk garam

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

Sunday, October 30, 2011

~interlude~


my laling loves cats.. me so-so je.. but when he saved these 2 cats from the office when we moved here, i end up looking at these 2 all day longg..  

Oyen sleeping skills never fail to amuse me ^^



** n3 saje2 supaya blog x berdebu time wiken ;p



Friday, October 28, 2011

Donat Pisang



Assalamualaikumm~~~

Donat lagii!!! skrg musim mendonat.. hoho.. rasa mcm semua pun nk di donatkan. boleh tak? ;p pisang ni xtau laa yg zaman bila beli. rasa2nya masa tu kak nor bagitau pasal diet pisang, hihi.. bulan lepas kan? byk sgt beli pisang time tu, x sempat nk mkn dh ada yg nmpk cm nk lembik2. so cepat2 selamatkan mereka, which is chunk everything into freezer.. haha.. ye, tun mmg simpan pisang yg x habis dalam freezer. jadi keras kejung gitu.. tp dgn cara ni, mmg xde pisang yg dibazirkan, n x perlu marathon resepi pisang utk selamatkan pisang. tun biasa simpan dgn kulit2, nnti nk guna utk wat kuih, kupas kulit dia, dan lenyekkan je.

ok laa.. resepi donat pisang tu angkut dr dapur kak izah.. masa baca tu, mmg pelik habis, pesal kak izah ckp indon nih? haha.. rupa2nya, resepi adaptasi dr resepi donat yg owner dia indonesian. apa2 pun, mmg sgt lembut dan sedap sangat! rasa2nya  texture dia jd sgt lembut dan lemak sbb ada kuning telur tu.. mmg berbaloi buat nih ^^





pejam mata ye tgk itam sket tu.. muahhaha,... tun rasa 50g utk sebiji donat agak besar kot. donat ni jadi gemuk2. yg 1st tun goreng tu tgh2 dia x masak, jd yg lain tu tun slowkan api dan goreng lama sket. tu yg hitam tu. dan sah2 la pisang n gula tu caramelized bila goreng (compare ngan kaler cengkodok pisang, xde la itam sgt donat tun ni kan.. hihi). tp xde rasa hangus tau... 

DONUT PISANG
adaptasi drp: Donat Kentang Fatmah


Bahan-bahan

  • 250 gm tepug gandum
  • 1 sb susu tepung
  • 5 gr ragi instant
  • 2 biji pisang - 2 biji pisang tun berat lbh kurang 120g
  • 50 gr gula psir
  • 40 gr mentega *saya guna marjerin
  • ½ sdt garam
  • 2 btr kuning telur
  • sedikit essence vanilla- tun lupa nk letak

Cara-cara

  • Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan pisang ,tuang telur dan , uli hingga rata dan setengah kalis.
  • Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
  • Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  • Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  • Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Thursday, October 27, 2011

Mood ke laut + Menu campak-campak je...

Assalamualaikumm!!!


tulunn!! tulunn!!! mood tun dh bersiap nak ke laut... huhu..  payoh betul laa kalau suka emo nih.. (marah kat diri sendiri)... punya laa xde mood smp malas nk nengok blog nih.. tp letak jugak la n3. kesian kat blog ni kalau tinggal lama2. takut naik sawang2 pulak. huhu..

semalam hantar 1 journal, tgh bersemangat nk wat keje sekolah, hari ni ngadap lagi 1 journal. idea susah pulak nk datang. pastu laptop nk rasa mcm nk campak dari balkoni je.. huh! tgh2 nk masukkan citation, boleh hang pulak.. pastu nk refresh x buleh.. last2 force exit. selalu buat hal laptop nih. nk salahkan laptop pun xleh gak. dh dekat nk 5 tahun umur dia. abah ckp, laptop ni expect bertahan 2 tahun je, the extra years are bonus. betul jugak. pastu yang ni ada statistical software ngan software utk citation reference utk tulis journal ngan thesis. mmg software 2 tu sgt heavy. memory penuh ngan dia je..

nway, better stop membebel.. nnti org yg singgah ke dapur ni sama2 tension. huhu... malas nk pikir byk2.. nama ayam pun malas nk pikir, muahaha..

malas nk pk, bahan perap campak2 je.. huhu

Ayam Bakar Campak2

  • 6 ketul ayam
  • 2 ulas bawah putih
  • 1/2 inch halia
  • 1 sk jintan putih
  • 1 sk jintan manis
  • 1 btg serai
  • Sedikit kunyit, garam n gula



  • Blend semua bahan2 perap. perap ayam dlm 20-30 min. 
  • Bakar 200 C, 35-40 min. balik2 kan..

ni gambar kecik sbb hudus.. hehe.. semalam tgk epal hijau dh nyawa2 ikan dlm peti. pastu ada sedikit kulit karipap yg x guna sbb x cukup inti. last2 gaul2 epal ngan gula perang n cinnamon powder. letak dlm kulit karipap, sapu atas dia dgn susu pekat n bakar 180 C 10 minit. nyummyy!! rasa rangup2 n wangi cinnamon tu tun suka! hihi..


ok.. nk try bukak lg sekali journal yg duk hang n pending dr tadi nih..

Wednesday, October 26, 2011

Nasi Ayam Penyet


Assalamualaikumm~~ ^^


arini saya jadi budak baik. dari pagi ngadap kerja sekolah.. dh submit 1 correction utk di semak, pasni nk ngadap second journal. semoga Allah permudahkan lagi =) 

sementara ada semangat nk menulis ni, baik focus kan.. so n3 cepat2 je ye.. nasi ayam penyet ni my laling yg nk makan. jd, walaupun x cukup bahan, buat jugak laa.. tgk la sayur tu, patutnya ada mcm2 ulam kan, ni pucuk paku je yg ada. hihi.. sambal pun x cukup lada besar. tp alhamdulillah, sedap sangat.. tq kak ijan for the recipe. muaaakkksss!!

ps: tun buat 1/4 ekor ayam, tp bahan2 rempah2 tun guna separuh.

Nasi Ayam Penyet

Bahan-bahan ( 6 orang )

 Untuk Ayam

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

 

Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging 
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) 
  • tun gun beras perang   

 Cara2:
 
Untuk ayam

·  Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
·  Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
·  (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
·  Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
·  Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 

Untuk Sambal
 
·  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
·  Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
·  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
·  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
·  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
·  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
·  Masukkan gula merah dan gaul rata.
·  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

 Untuk Sup
 
·  Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
·  Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

Untuk Nasi
 
·  Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
·  Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
·  Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
·  Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
 

Tuesday, October 25, 2011

Pumpkin Ball @ Pumpkin Donat Ball



Assalamualaikumm~~

morning! ^^ dh breakfast ke blom? kalau blom, meh join tun makan bebola labu nih.. pelik je bila eja bebola labu. kui kui.. actually, masa mula2 defrost puri labu tu, plan nk wat donat, pastu tiba2 angin M dtg melanda.. godek2 ala cengkodok je.. haha.. tp alhamdulillah, kejadian dia gebu dan lembut sgt! *hepi*

gebu kan =)

1 adunan ni dpt banyak la jugak. tun goreng tu, dapat dlm 2 pinggan. haha.. dh la 2 org je kt umah ni kan. so, 1 pinggan tu simpan utk minum petang.. panaskan dlm microwave jap. alhamdulillah, still lembut je. maybe sbb labu kan family ngan kentang, jd mmg sesuai utk lembutkan kuih. n kaler golden sangat cantik!

Pumpkin Ball
Resepi: tun_telani

Bahan2:
  • 1 cawan labu lecek - blh rebus, microwave, atau bakar labu tu, pastu lecek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk yis
  • 50 ml air suam
  • 1 sb susu tepung
  • 2 sb gula
  • 2 sb marjerin- cairkan
  • gula icing

Cara2:

  • campurkan yis, air suam dan gula. biarkan sampai berbuih.
  • masukkan labu, tepung, susu tepung, dan marjerin. Gaul hingga sebati. adunan sedikit lembut ye. perapkan dalam 20-30 minit.
  • amik sejemput adunan dgn jari yg basah (supaya x melekat kt tangan) dan goreng dlm minyak panas. 
  • angkat, tos, dan gaul dgn gula icing.

Ila_cheqSue : 1st Anniversary Giveaway

-link ke Blog sini-

Assalamualaikumm~~~

pagi2 dh ngadap intenet ye.. baru je siap masak sarapan.. pastu tiba2 teringat yg semalam ckp kt cheq sue nk join GA, tp terlupa.. sblm terlupa, tun nk post n3 GA ni.. 1st ly congratulations utk 1st anniversary ^^ semoga terus memeriahkan dunia blogging. rasa2nya mcm baru je kenal cheq sue nih. tun pun lupa mcm mana perkenalan kita ye. 

tgk syarat2 dia dulu...

SYARAT-SYARAT :

GA ni khas untuk BLOGGER MASAKAN SAHAJAcheck
kalau ada 2 blog pun (peribadi & GA) sila sertai melalui blog peribadi - satu ni je blog, rojak semua dlm ni.. hihi...
- cuma buat satu n3 tentang GA ni dan dalam n3 tu perlu ada
"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
apa2 resepi dalam blog korang tu, dan sertakan link resepi tersebut - nnti letak kt bawah
- jangan lupe masukkan gambar kat atas tu  - dh letak
- kemudian masukkan link n3 korang tu kat komen box ni - nnti dh post gi letak

TARIKH TUTUP :
30 Oktober 2011 - Midnite


"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
 
 hmmm.. yg ni kan, mula2 nk suruh cheq sue try nasi dagang, tp tgk2 dh buat dah.. then pk, suruh try up-side down pizza laa.. tp ni pun cheq sue dh buat.. jadi, tun pilih ni lahh..
 
 

Saya rekemen cheq sue untuk cuba Cookie 'n' Cream Aiskrim ^^
ferevet tun nihhh =) resepi refer SINI ye
haaa.. cuba, jangan tak cuba.. hihi


ps: GA yg tun janji nk wat tuu nx week ye iA.. wiken ni tun nk gi miri, alang2 tu blh cari2 hadiah yg sesuai utk GA ^^

Monday, October 24, 2011

Petang ni layan ni je laaa...


Assalamualaikumm~~~

tengah minum petang ke? tun kalau xde idea sgt nk masak ape (atau bila virus M dtg melanda), masuk dapur godek2 tepung, goreng cekodok.. hihi...

ni cucur udang geragau kering.. tun mmg xleh makan udang kering yg biasa tu, mesti bersin x henti2. dtg bintulu ni, jumpa udang geragau yg dikeringkan.. masa mula2 tu, takut jugak nk try, tp my laling mmg dh biasa ngan udang kering, jd tun try je la masak.. bila makan tu.. wahhh.. xde gatal2 langsung! hahahaha.. *hepi* jd bila resepi2 yg perlu guna udang kering tu, tun guna udang geragau kering la.. alhamdulillah.. xde bersin2 atau sakit kepala pun..

xde resepi pun nk letak. main campak2 je. kali ni tun guna yis.. udang tun tumbuk dulu, pastu campurkan dlm adunan tepung. biarkan dlm 20 minit dulu pastu baru masukkan tauge dan goreng. makan ngan kuah rojak pecal. sedap!