Friday, April 29, 2011

Ayam Kicap Berempah Harum

Assalamualaikum ^^

ni lauk lunch.. mmg x sangka rasa dia sgt sedap! haha.. ingatkn rasa ala2 masak kicap je.. tp kombinasi all the spicess campur ngan lada hitam dan sos2 tu.. perghh... sampai x cukup lauk nk simpan utk dinner..

mmg resepi kak dayang ni sgt marbeles! me dh usha2 kt dapur iza akma, tp masak ikut cara kak ummi.. time kasih buat semua =)

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak) - me goreng garing
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni) - me ikot
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)- ni pun ikot gak
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.


fuhh.. sedap bangat.. ngan kuah2 licin!

4 comments:

Iza Akma said... [Reply]

sedap kan tun ayam kicap berempah harum ni..akak baru lepas mkn, bila tengok ayam ni jd lapar balik..menyelerakan nampak..

Mas said... [Reply]

tun....kak mas dah try ayam ni...
sedapppkan.....
wangi jerk baunya masa menumis tu...

Anna Qawina said... [Reply]

tun...sah2 lauk tu dah habis kan..hihi..akak dok salin nih, nk masak jap lg tuk ank2..hehe..akak ercuti sampai senin kot..huhu..ooooooooooooooo..kelik kapong...**bestnye kalo dpt kelik klate...*

tun_telani said... [Reply]

kak akma: ha'ah.. sedap sgt!! tq sbb kasi idea

kak mas: haha, semua resepi pun akak pernah buat. mantap betul akak nih.

kak anna: ha'ah.. dh hbs licin, kejap je licin nyer tuu. hehe.. kalau nk masak kt bkd2 kurangkn lada hitam tu =)
bestnyer balik kg!!!!!!!!!!!!!!!