Friday, June 24, 2011

Gelama Masak Sambal


Assalamualaikumm~~

Morning ^^ pagi ni nk tayang lauk yg dh terperap 2 hari dlm folder. huhu.. n3 tertunggak sbb kasi laluan kt cookies aritu. xnk ckp byk2, me nk mengemas umah pastu nk wat pudding cheese ^^ ingat nk wat semalam, tp terlekat dpn TV tgk bola ngan my laling.. tahniah harimau muda, kerana berjaya menewaskan lebanon 2-1 ^^ semoga berjaya ke olympic.

meh tgk menu yg sgt2 simple, sesua di buat time kehabisan idea ataupun bila brg2 dapur dh nk habis. hihi..

Ikan Masak Sambal
by: tun_telani

Bahan2:
  • 3-4 ekor ikan - tun guna ikan gelama
  • 1 bj bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inch halia *
  • sedikit belacan- goreng dahulu *
  • 4 sb cili giling- lebihkan jika suka pedas
  • sedikit air asam jawa
  • garam
  • gula

Cara2:
  • Goreng ikan bersama garam dan kunyit. ketepikan.
  • Blend bahan yg bertanda *.
  • Tumis bahan2 yg diblend bersama dgn cili boh sampai pecah minyak. Masukkan gula sedikit dan tumis lagi.. (tujuan utama masuk gula ialah supaya warna dia jd cantik, merah pekat).
  • Masukkan sedikit air asam jawa, dan perasakan garam.
  • Bolehlah digaul ikan dalam sambal, atau just tuang sambal atas ikan tu =)

** tun akan makan lauk ni dgn sayur air, baru laa sedap ^^

11 comments:

suri solehah said... [Reply]

hehe..ingatkan pagi2 ni tun dah masak ikan sambal bagai...sedap tu,,akak suka gaul ngan nasi tanpa kuah..

izahdaut said... [Reply]

ikan senohong, gelama, ikan duri....
pipi tersorong sorong nak rasa ikan tun telani...

ewaahh.. pandai hakak berpantun tau. tak kuasa. hamboii menu ikan je ko tun.. lori ikan tergolek depan umah ye.. ikikiki

Mas said... [Reply]

tun.....kak mas dah lama tak makan ikan gelama..
sedapnya tengok..
amboii...makcik ijah tu berpantun lak..

Wanieyra said... [Reply]

salam Tun....

ira ni kalau bab nama2 ikan ni tak berapa kenal sgt.....kadang2 nama tahu tp ikannya asyik tertukar je....yg pasti ikan cencaru ira kenal..hehehe

tun_telani said... [Reply]

kak sari: mmg masak sambal selalu laku ^^

kak izah:

ikan senohong, gelama dan siakap
meh sini tun nak suap..

hahahaha.. masuk tanding pantun kompom kalah 'p

kak mas: tun ni 1st time makan ikan gelama.. byk isi dia..

kak ira: sama laa kita.. tanya org kat pasar nama ikan nih.. hihi

nuwairani ismail said... [Reply]

wah...nani baru je masak sayur bayam air...leh la lagakan dengan ikan ni...sedapnya...

chikadakbiru said... [Reply]

sedapnyee sambal ikan gelama ni..kalau dapat makan dgn nasi lemak halbaa lagi beshhh!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

sedap ni masak sambal gini.. lamanya tak makan ikan gelama... kalau mkn pun gelama masin.. almaklum.. ikan2 ni selalu en. suami yg beli.. akak tukang masak jer.. hehee.. kalau teringin satu2 jenis ikan akak kena mention barulah dia belikan jenis2 ikan yg akak nak.. :-D

tun_telani said... [Reply]

nani: awalnyer nani masak =) akak baru je masak nasi.. ikan duk dlm sinki lagi.. mmg sedap mkn ngan sayur air nih..

kak CB: ish.. kak CB ni gi sebut2 nasi lemak halba pulak nih.. dh la dh lama x makan.. lemak2 dlm badan ni dh seru2 suruh wat nasi lemak nih.. huhu

kak madihaa: tun pun biasa hasben tun yg pilih ikan. ni dia la yg beli. beli ikut apa yg ada kt pasar je.

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

tgk ikan nie meleleh air liur tgk tau tun... sedapnya... tgk sambalnya tu mmg x tahan d buatnya...

Adam BuLLet said... [Reply]

rancak kak.. sy dah try.. makasih.. hahahaha..