Thursday, June 30, 2011

Ayam Goreng Ala-KFC dan Mash Potato


Assalamualaikumm~~

malam hari baru bersiaran.. hari ni me sgt rajin wat keje sekolah.. semalam sent kat supervisors, pagi td, dapat yg di komen2, me pun mengedit jgn jayanyer.. Alhamdulillah, berjaya sent kat journal public health.. skrg tawakkal je dan doa moga2 editor tu berlembut hati dan approve journal me tu. ada lagi satu journal yg dlm process, pastu pulun thesis.. insyaAllah.. chaiyok2!! me buleh! hihi.. my supervisor ckp 'moga bermotivasi'.. huhu.. insyaAllah.. ^^

arini nk tayang dgn cepatnyer menu berbuka semalam. menu berbuka arini x amik gambar.. me terliur tgk kak Madihaa@Ratna tayang aritu. pastu godek2 myresepi cari resepi mash potato.. sbb nk gi BW lak, so me cnp je laa ye..


Ayam Goreng Ala-KFC
Resepi: kak Ijan
Sumber: kak Madihaa

Bahan Untuk Perap Ayam

  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap tu)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
  • 1 bj telur
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan
Mash Potato/ Kentang Putar
Sumber: ujenzz@myr

Bahan2
  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sk lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa
Cara2:

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos Kentang Putar
Sumber: daunpandan@myr

Bahan2
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam
Cara2:

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

11 comments:

ijayuji said... [Reply]

Salam tun! akak dtg dgn mata yg tak berapa nak sihat ni huh! asal hari khamis mata ni buat hal sampai isnin :D akak lapo pulak bila nmpk ayam tun nii dah lah skrg mmg tak makan malam haish! sajerr buat org kecurrrr :D

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
wah sedapnya ayam tu tun.. x yah lg p KFC kan... hehehehe... buat sendiri lg seronok n puas ati kan kan...
Alhamdulillah dah selesai yer.. moga tun berjaya yer... ;)

YANA SHAIFUL said... [Reply]

salam..

bestkan ayam goreng nii..semlm br yana try bt mkn dgn nasi goreng.. lepas ni xyah p kfc dah..hehee

Mas said... [Reply]

tun..kak mas suka makan ayam goreng ngan kentang putar tu...
sedapppnya...

Anna Qawina said... [Reply]

Tun nak aym 4 ketol...

chikadakbiru said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
chikadakbiru said... [Reply]

Tun..lepas ni pakat tutup la KFC..masing2 dh bole bikin sendiri...ihihihi sedap benor nampak...rajin adik tun sorang ni

tun_telani said... [Reply]

kak ika: tipuuu!!! tipuuu!!!!!!!! tu rajin je masak tu.. hehe

kak diana: ha'ah. cuma kene xtra rajin laa.. hehe... tq kak ^^

yana: sedap! =)

tun_telani said... [Reply]

kak mas: tun pun sgt suka =)

kak anna: alaa kak, dh hbs.. akak tepon kepci suruh anta kt umah ye.. tun belanja.hihi

kak CB: haha.. cian kepci.. len kali nk wat zinger berger pulak. hihi

kak ijan said... [Reply]

Wow bestnye ayam goreng kfc.. lama tak makan ni. psst, good luck, hopefully journal tu will be accepted. :)

tun_telani said... [Reply]

kak ijan: resepi dr blog lama aka ni.. amiinn... insyaAllah.. wat solat hajat mintak di-accept. huhu