Thursday, June 23, 2011

Ikan Kembong Tumis Tempoyak


Assalamualaikum~~

arini lambat sket bersiaran.. pagi bgn lambat, past sahur dan subuh td try gak utk tak tido, tp punya laa ngantuk, tewas jugak akhirnya.. huhu.. pastu, kemas2 umah jap, then kuar gi bandar. perlu post some stuff to my supervisor. pastu dh alang2 kuar tu kan, pergi round2 laa kan.. hihi.. balik dh penat dah..

pagi td nmpk cik mat gebu msk ikan bawal tumis tempoyak nih.. terliur je tgk, sbb xde ikan bawal, me guna ikan kembung je lah. sedap jugak.. me tgk CMG ada jugak wat kembong masak tempoyak b4 this. xnak tulis byk2 sbb pasni nk marathon BW.. xleh kalau x BW, nnti windu. hihi..

me cnp je laa =). tq wat CMG sebab selalu share resepi best2.



Ikan Bawal Tumis Tempoyak
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor ikan bawal putih, disiang dan cuci bersih* <- tun guna 2 ekor ikan kembong
Sedikit kunyit serbuk*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit, mayang halus, tinggal kan sedikit untuk hiasa
2 biji cili padi, hiris halus, untuk hiasan <- lupa nk letak
1 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*
20 biji cili padi merah thai*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal digoreng hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan susun dalam bekas sesuai. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan tempoyak, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
  2. Masak dengan api kecil hingga garing. Masukkan daun kunyit hiris, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi dan ratakan. Tabur dengan hirisan cili padi dan juga hirisan daun kunyit yang diasingkan tadi. Hidangkan segera...

ps: gambar x omey langsung sbb td dh masuk maghrib baru sibuk nk amik gambar.. hehe

10 comments:

Citarasa Rinduan said... [Reply]

tun..
awat lambat update blog..
kalau tak, boleh kak ayu tumpang makan berbuka posa..

menyelerakan..

Anna Qawina said... [Reply]

errkkk..kenyang makan umah tun rini..macih yer...pinggan tu tun basuhla..hehe

suri solehah said... [Reply]

wangi nya tun,,,semerbak sampai ke dapur akak. suke tempoyak,

tun_telani said... [Reply]

kak ayu: hihi.. umah akak ada satay.. lg sedap..

kak anna: ish ish ish.. emak sapa laa mkn x basuh pinggan nih.. tun tangan tu dh basuh blom tu? hihi

kak suri: hihi.. kombinasi tempoyak ngan daun kunyit mmg bau smp luar umah =)

AZLITA AZIZ said... [Reply]

sedap tun ikan kembung masak cam ni.. makan pulak dgn nasi panas2..
adoiii... lapar lah pulak!..

Kak Sam said... [Reply]

Tun!!!! akak suka tempoyak. tapi tak pernah le pulak masam cam gini

Nieza said... [Reply]

sedapx2..layan ngan nasi putih memang best ni...hehe

kak ijan said... [Reply]

Tengok ikan tempoyan tun ni, teringat kat stok tempoyak kat ijan dlm botol nun..berharga..macam emas disimpan. wakakaka.... nk makan pun kena jimat cermat :)

tun_telani said... [Reply]

kak ita: mmg sedap mkn panas2 kak ^^

kak sam: ha, akak suka tempoyak, so resepi ni mmg sesuai akak cuba =)

kak nieza: sedap mmg sedap kak, akak ada tempoyak ke kat sana tuuu? hihi

kak ijan: hahhaha... tun memahami.. tp hebat aa akak blh seludup stok tempoyak. kalau tun dulu sure dh kene buang kat epot, kastam x lepas..

Nuridah said... [Reply]

Tun 3 pinggan nasi bertambah,confirm mkn tk ingat org lain nie...hehehe