Saturday, June 18, 2011

Ikan Kukus Asam Boi



Assalamualaikumm~~~

pagi ni nk tayang ikan kukus, ni dh hbs makan dh ni tau. n3 tertunggak. hihi... ni sbb my laling ni batuk x henti2, pastu bila gi klinik doctor ckp makan makanan yg kukus2 je. dah lama me usha2 resepi kak hana ni, sbb dh xde idea nk kukus apa, me pun wat je la walaupun x cukup bahan. tgk laa, ikan yg ada pun ikan kembong je. tp mmg senang msk ni, campak2 je =)

xnk ckp byk2.. arini hari mengemas rumah.. mop senang menunggu.. huhu..

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Source: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

  • Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )<- tun guna ikan kembung je
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar <- xde, so xletak
  • 1 sudu sos ikan <- x suka, so x letak
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin. <- tun letak sbb xletak sos ikan
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak <- tun pun x letak


Cara-cara

  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

14 comments:

Mas said... [Reply]

tun,
resepi ayam ni dah lama masul list..
kak mas juga tak buat2 lagi..he..he..

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tu...
ermm.. x perna lg buat resipi nie.. nmpk sgt menyelerakan.. dgn asam boi lag tu.. pasti sedap kan.

Anna Qawina said... [Reply]

dah habis yer..g buat lagi...akak dtg ptg2 sikit nak makan...

Kak Rose said... [Reply]

salam tun, penag buat tp terlebih asam boi tu.... manis lak jadinya! huhuhu...

Iza Akma said... [Reply]

assalam Tun,
tak pernah buat lg ikan kukus yg ada asam boi...nampak pun sedap...suka sangat menu ikan kukus2 nie..masuk list dulu..hehe

ijayuji said... [Reply]

Salam tun!! tak jalan2 hari minggu mcm ni? :D akak jap lagi kuar, ppsst jwpn td betul :D pandaii dia!!! hihihi... tak pernah cuba masak ikan guna asam boi sbb tak de asam boi dulu2 beli abis dibuat sekrim ajerr nak beli kat siam ni pulak mcm tak nmpk byg jerrrr :D

suri solehah said... [Reply]

salam tun..sedapnya ikan kukus..akak tak puas hati kalau buat ikan kukus suami tak suka..alih2 kita makan sorang,,,geram

Wattie said... [Reply]

Salam Tun,
Hubby akak selalu suruh buat ikan kukus cam ni, tp akak tak pernah cuba lagi pun.

Insya Allah kalau ada masa satu masa nak try jugak buat. Mkan cam gini baguskan utk kesihatan, tak berminyak.

Deliah's Deli said... [Reply]

bc nama resepi pun dah kecur..blm lg dihidang atas meja..mau 2 ekor abis mkn sendiri :))))

Nieza said... [Reply]

sedapx3 akak pun suka msk gini...:)

anymz said... [Reply]

salam tun
dah lama akak tak mengukus ikan..asek kukus kuih je..hehe
sedap resepi ni kan?..esp ada asam boi tu.

nOOrsha said... [Reply]

huhuhuh..sedapnye ikan kukus...bleh kurus ke ni tun? makan x minyak2 nih? hahahaha...klo akak makin masak camni, ada masam2 lg huh makin betamba nasikk...ngeee

kak ijan said... [Reply]

syoknye ikan kukus tu.. rajin bebenor Tun masak..kejap tak datang, dah berderet menu kak ijan tertinggal ni.hehe... psst, kak ijan dah bgtau ke, dah try dah resipi upside down pizza Tun tu. best!!! mikael pun syuke :)

HaSue said... [Reply]

tunnnn..nak tumpg mkn nii..nak ikan seko!