Tuesday, April 17, 2012

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikumm~~

morningg!!! mee goreng mamak ni buat last week lagi. hihi.. pagi ni cuma defrost pau yg buat aritu je utk bekfes. mmg senang kalau buat kuih byk2 then frozen. kalau tiba2 ada tetamu pun xde la kelam-kabut nk hidang apa, pilih je nk defrost apa yg ada dlm fridge tu. hoho..

berbalik pada mee ni. 1st time tun buat mee goreng mamak, biasanyer kalau ada mee mesti end up dgn mee kari atau mee goreng basah. owh.. lupa pulak, mee tu tun guna air dried noodle. mmg selalu ada stok dried noodle, sbb tahan lama.

xde garnish2 pun

MEE GORENG MAMAK
resepi: Chef Hanieliza
sumber: Kak Hana , Kak Izah


Bahan-bahan
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging ) hiris nipis
  • 100 gm fish cake )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
  • tun tambah tauhu - potong nipis n goreng

Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  • Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  • Masukkan taugeh dan sawi.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

16 comments:

Mas said... [Reply]

sedapnya mee gorang mamak
tp kalo makan kt kedai mamak tak pernah lg akk jumpa mee mcm tu hihihi...

lagi sedap buat sendiri kan? pueh hati :))))

Ummi said... [Reply]

Assalam Tun, looohh akak baru nak komen kat pau tu ha...click masuk tgk ada mee goreng mamak laak...lg laaa suka, nak tumpang sarapan eh..hehe

quinnie said... [Reply]

tun tergoda kita tengok mee awak ni..suka mee jenis yg saiz besar ni..tak tau nama dia..kekekek...meamng sedap buat goreng..huhuhu

KakAsma said... [Reply]

mee goreng mamak nihkan akak pernah makan kat spore ..memang terbek..sedap sangat..time goreng kelenkang kelengkung bunyi kuali..siap..kalau makan diarang letak timun tu ada tomato sos,ada limau kasturi..cececeh..tingat2 lak..

Wani said... [Reply]

emm sedapnya tun ..dah lama x wat n x makan mee goreng mamak hihi

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
tgk mee goreng mamak nie buatkan perut akak berbunyi2 tau... sedapnya nie kalau dpt makan skg nie...

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

sib baik tengah mkn mee goreng jugak.. tapi mee akak mee segera Vits (bukan maggie yer) goreng bodo-bodo.. sbb guna rencah telur, udang kering & sayur sawi + kubis jer.. hehehe...

akak suka mee goreng mamak ni.. tambah suka bila ada campur tauhu & cucur tepong tu.. tp skrg ni kalau beli kedai mamak pun dah jarang yg nak campur cucur tepong tu... tauhu pun kedekut nak letak..

anymz said... [Reply]

mee goreng mamak ni buat pedas2 sedap kan tun?..lagi pedas lagi power lagi best..akak suka pastu minum dgn kopi o kaw panas..perghhh mau berdarah lidah..hehe
order 2 pinggan ya tun...
tun,akak ada satu lagi resepi pau..yg itu mmg lembut sgt2..tapi guna ammonia..akak dah stop guna resepi tu sbb tak tau ammonia ni halal ke tidak..nanti akak nak confirm dulu,bila dah pasti baru akak boleh postkan resepinya ya..mmg lembut giler lah tun,sedappppp..^_^

anymz said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Zaliedana said... [Reply]

Assalam tun,wah mee goreng mamak lak,erm sedapnyer,kalo kat sini mee goreng mamak letak sotong kering,tauhu,kentang rebus pastu da cucur udang,adusss tahan ayaq liuq nih...

Mama Hawa/Mama Nani said... [Reply]

Salam Tun..
arituh buat mee grg mamak versi Mas mmg sedap :P
ari nie Tun tayang mee mamak lagi... suka2 sbb spicy ... salin resipi jgk ah biar byk versi mee mamak hehehe :)

Ezadlieza said... [Reply]

salam tun..cantik ler pulak mee tu...ni kalu si muaz ni suka benor mkn mee... pedas pun mkn tu tp sambil garu kepala.,

Ezadlieza said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
zila 4ever said... [Reply]

salam tun
sedapnya..terasa2 pulak kt tekak nie..:)

Mas said... [Reply]

mee goreng mamak satu..
kasi pedassss punya...he3

Nuwairani Ismail said... [Reply]

tenet di rumah ni dah tenat...tadi dah komen, pastu mcm tak kuar pulak.hmmm...mee goreng mamak ni tak tahu @ tak ingat dah macam mana rasa. nak kene try buat la nampak gaya..