Wednesday, December 7, 2011

Creamy Chicken Soup



Assalamualaikum~~~

hopefully berjaya menggoda orang dgn Garlic Roll tadi.. hihi.... dh ada garlic roll, satu kemestian juga utk ada mushroom soup or chicken soup ala2 pizza hut kan.. sbb tun xde stok cendawan butang, so tun menggugel dgn hebatnya utk mencari resepi creamy chicken soup.. alhamdulillah, jumpa resepi yg berkenan di hati.. tun edit sket2, sbb resepi asal perlu buat chicken stok.. kat umah ni barang2 dapur dh kering sbb esok nk balik kampung, so guna je la apa yg ada. hasilnya.. fuhh.. mmg xleh berenti makan. siap my laling tanya lagi, ni yg instant ke buat sendiri?.. hihi.. bangga jap wife dia...  mmg lepas ni x payah dah beli sup campbell ^^


 


Creamy Chicken Soup
adapted from: mohd roslan
sumber: tun telani


Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam

Cara2:
  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

 update: tun lupa nk masukkan step masukkan susu sejat tu. baru edit. 1155pm 071211

    Garlic Rolls (Without Egg)


    Assalamualaikum~~

    tadaaa!!! pantas x? pantas x? semalam tgk kak madihaa buat ni, terus terbayang2 depan mata, sedar2 dh masuk semua bahan dalam BM.. kui kui.. tun sgt2 suka makan garlic bread, hihi.. so semalam berbuka dgn garlic bread and creamy chicken soup.. 

    xyah nk describe la mcm mana lembut dia kan.. tgk pun dh tau sgt light... yet kenyal2 bila gigit.. tengok la yis dia tu.. 1 sudu besar, bila sukat, sepeket yis guna tau.. mmg naik tinggi masa proff dan bakar tu. nyaris2 legam kat atas. nasib baik sedar, pastu letak kat bahagian paling bawah dalam oven.. utk garlic spread tu tun guna oregano, mmg dh biasa buat garlic bread letak oregano.




    Sape2 yg suka makan garlic bread kt pizza tu, roti ni mmg wajib cuba! siyes nih.. my laling xleh berenti makan.. haha....  mkn ngan mushroom soup or chicken soup. kalau malas nk buat beli je yg Campbell tu.

    Tq kak Madihaa sbb berjaya menggoda tun utk buat roti yg sedap nih.. also to the owner of the recipe ^^

    Garlic Rolls (without egg)
    Recipe : Suhaina
    Source : Umm Mymoonah, Kak Madihaa

    Ingredients: (makes 8 rolls)

    3 cups Plain Flour  MaDiHaA guna tepong roti (next time boleh tambah dalam 2 ~ 3 sudu besar tepong lagi sebab doh agak lembik) - tun guna tepung roti, doh tun ok je utk secawan air.
    1 cup Warm Water
    1 tbsp Yeast
    1 tsp Salt
    2 tbsp Sugar
    2-3 tbsp Extra Virgin Olive Oil - tun guna minyak masak biasa je
    Garlic Spread (refer below)

    Method:

    * Mix everything together except oil with warm water and knead until you get a smooth dough.
    * Add oil and knead until the dough springs back when you press with your finger.
    * Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
    * Make the garlic spread.
    * Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
    * Grease a baking pan or loaf tin with butter.
    * Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
    * The rolled out dough must be at least half inch thick.
    * Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
    * Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
    * Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
    * Repeat the same procedure for the remaining dough.
    * Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer.
    * Sprinkle sesame seeds (optional)
    * Allow to proof for another 20 minutes.
    * In the mean time preheat the oven to 180 degree C. (MaDiHaA guna suhu 170C)
    * Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread..
    * Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.

    Sangat2 lembut!


    * The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
    # I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too. MaDiHaA uli menggunakan BM & gunakan sukatan seperti arahan & dapati doh sedikit lembik agak sukar untuk mencanai & menggulung. So next time.. akan tambah sedikit lagi tepong. - tun letak air separuh dulu, pastu tambah sikit2, tp air tun cukup2 je secawan tu.









    GARLIC SPREAD
    Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.

    Ingredients:
    50 g Salted Butter
    3 Garlic- grated
    2 tbsp Coriander leaves  (chopped)  - tun letak oregano

    Method:
    Bring butter to room temperature.
    Mix everything together.
    Can be stored in the chill tray for up to one week.

    Tuesday, December 6, 2011

    Doh Asas Roti Manis

    tambah coklat emulco utk wat roti coklat

    Assalamualaikum~~

    Alhamdulillah.. pasti ramai yg berpuasa sempena hari Asyura arini ye.. semoga amalan kita diterimaNya insyaAllah. buat sahabat maya tersayang yg akan menjalani rawatan penting hari ini, semoga semuanya berjalan lancar, semoga sentiasa tabah menghadapi ujianNya.. insyaAllah.. kalau tun duduk dekat2 blh pergi melawat, tp skrg doa je yg blh tun kirimkan.

    arini tun nak share resepi doh asas dr kak ros JM pulak. tun suka try byk2 resepi roti utk cari yg mana paling senang dan berkenan dihati.. ye laa, lain org lain taste-bud kan. masa buat ni berlaku accident sket.. huhu.. dah siap bibik ku menguli baru laa teringat yg lupa letak telur! huhu.. ye la, sbb buat 2-3 mende sekali time tu, sambil2 letak barang dlm BM, letak jugak dlm blender utk wat bekfes, last2 letak telur dlm blender je xletak dlm BM. tp alhamdulillah, elok je kejadian dia. lembut jugak, maybe sbb tun letak bread softener kot. tun suka sbb doh xlembik dan melekat2. so next time bila letak telur maybe tun akan kurangkn sikit air utk dapat doh yg senang dibentuk mcm ni.



    Doh Asas Roti Manis
    Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

    Bahan-bahanya

    300gram tepung roti
    50gram tepung gandum
    2 sudu besar susu tepung@skim milk
    3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
    1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
    2 sudu besar butter@marjerin
    180ml susu suam@air suam
    2 sudu kecil yis
    1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux - tun letak bread softener
    ** tun buat roti dgn coklat filling, jd tun tambah 1 sk chocolate emulco dlm doh

    * untuk gliss*
    baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu - tun guna susu pekat

    *untuk topping*  xletak, tun letak filling chocolate
    sosej yang telah direbus
    sedikit gula
    mix vegetable dan mix cheese


    Cara-caranya ( Doh Roti)

    1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.  (tun akan letak 150ml air dulu, pastu bila BM dh start menguli baru tambah air sikit2 jika perlu)

    2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

    3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

    4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
    5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

    Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

    Monday, December 5, 2011

    Nasi Lobak Merah @ Nasi Carrot



    Assalamualaikum~~

    bersua kembali pada hari ini, 9 Muharram.. Alhamdulillah, mesti ramai yg berpuasa sempena hari Asyura kan.. kalau sapa2 yg terlepas tu xpe, boleh puasa esok dan lusa.. hari asyura 10 Muharram, tp utk bezakan amalan kita umat Islam dgn kaum Yahudi, digalakkan utk puasa sehari sebelum dan/atau selepas 10 hb juga (9 & 10, atau 10&11 Muharram.. kalau tiga2 hari lg banyak pahalanya). kalau dh angkat bendera merah tu xleh wat apa la kan.. huhu

    kalau xde idea nk masak apa utk berbuka blh la cuba nasi lobak merah ni.. sedap! menu lunch semalam ni, dh kali kedua buat, 1st time x sempat nk amik gambar dh habis licin.. hihi.. dah lama simpan resepi dr dapur kak ika.. lama betul mek siam ni bercuti, line tenet masuk air banjir ke kak? hihi...

    resepi asal dr chef hanieliza.. alhamdulillah, menepati selera.. tun gandingkan dgn ayam yg di grill dan sambal. sedap! tun buat 1/3 dr resepi ni je.. pandai2 la adjust ye.

    Nasi Lobak Merah
    Resepi: Kak Hanieliza
    Sumber: Kak Wana, Kak Zai, Kak Ika

    Bahan

    6 caw beras bathmati....basuh dan toskan - tun guna beras perang je
    2 caw carrot [potong dadu kecil] - tun sagat halus
    1/2 caw susu cair
    8 caw air
    1 kiub ayam knorr - x letak, tun rebus sekali ayam
    1 s/k gula
    garam

    Bahan Tumis
    2 s/b rempah kurma
    5 ulas bawang merah.]
    3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
    2 cm halia ]
    3 s/b minyak sapi - tun guna marjerin
    2 cm kulit kayu manis
    2 kuntum bungka lawang
    5 biji bunga cengkih
    2 biji buah pelaga
    1 tangkai daun ketumbar.....mayang
    daun pandan........simpulkan

    Cara
    1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
    2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.  - tun masukkan ayam dan rebus sekali
    3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
    4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. - tun keluarkan ayam sebelum masukkan beras
    5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
    6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

    ** ayam yg tun masak sekali dgn rempah td, tun sapu dgn kicap manis dan grill kan =)

    Sunday, December 4, 2011

    Roti Benggali


    Assalamualaikum~

    "Dari Ibnu Abbas ra, bahawa Rasululullah SAW setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Baginda SAW bertanya kepada mereka "Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?". Mereka menjawa "Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa". Rasulullah SAW bersabda "Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu". Lalu Rasulullah SAW berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang islam yang lain juga berpuasa." [HR Bukari dan Muslim]
    refer Ust Halim

    Mari sama2 puasa sunat Hari Asyura, 9 dan 10 Muharram, esok dan lusa (Isnin Dec 5, Selasa Dec 6) ^^

    ~~~~~~

    bertemu kembali di hujung minggu. pelik x? mmg tun jarang2 tgk blog hujung2 minggu camni. xtau nape arini rajin pulak nk mengapdate.. melayang mata yg ngantuk, cuaca mendung je, kalau dpt tido best nih.. tp mata xnk lelap pulak.  hujan2 ni, kalau dpt mkn roti panas2 cicah ngan kopi mmg best! rasa mcm duk kat kampung je. biasa panggil roti bantal jugak kan.. hiris tebal2 sapu marjerin pastu panaskan jap. sedap jugak.. owh, lupa pulak nk cerita, tiba2 terasa nk buat ni sbb tgk mokwo nyer roti benggali yg gebus.. cicah roti cap badak lagi ye mokwo.. hihi.. tun xpernah jumpa lagi kopi tu. kopi cap kapal api ada la ;)

    tun dh pernah buat roti ni sblm ni (kat SINI), masa tu xde BM lagi.. uli ngan mixer mata cangkuk je.. jadi gebu jugak. kali ni buat kecik2 sket.. senang nk makan.. sumber resepi berbeza dr mokwo, tp resepi dia sama.. huhu.. xtau la sape yg mula2 share resepi nih. mokwo bg link kak yani, tp link ke blog lama dan xde terus ke resepi. resepi tun amik dr myresepi. terima kasih pada tuan resepi yg asal whoever you are.

    tgk laa, lembut je
    yang dlm cup ni ada coklat chip
    Roti ni rasa2nya lg sesuai kalau cicah kari ke, sardin ke.. kalau mkn ngan jem tu kurang sket nikmat dia...

    Roti Benggali
    Sumber: Sofinar@myr

    Bahan-bahan ( 4 orang makan )

    Bahan A
    350g tepung roti
    1 sudu besar shortening
    secubit garam

    Bahan B
    120 - 160 ml air suam
    1 sudu makan yis serbuk
    2 sudu makan gula castor

    Cara-cara
    Bahan B digaul bersama
    Semua Bahan A digaul sebentar
    Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
    Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
    Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
    Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
    Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.


     nota tun: tun campurkan semua dalam BM. masukkan 120 ml air dulu, pastu masa BM tgh menguli masukkan baki air sikit2 sampai nmpk doh yg mula bergumpal.

    Friday, December 2, 2011

    Telur Masak Kicap Lada Hitam


     Assalamualaikum~~~

    tiba2 terasa mcm nk makan telur.. dah lama betul x masak lauk telur, sbb enchik H tun nih, kalau masak telur perlu ada lauk lain jugak. bila dah masak lauk lain tu, dh malas pulak nk msk telur. tp smlm tun masak daging utk my laling, sbb tun x makan daging tun masak la telur ni utk diri sendiri. ingat nk masak sambal tp cili giling dh habis. maleh nk buat cili giling baru. godek2 dapur kak ummi, jumpa telir masak kicap nih.


    cara masak sangat simple, tp hasilnya.. sgt sedap! 2 hari berturut2 tun masak ni. hehehe.. masak utk diri sendiri, tgk2 my laling yg makan lebih2.. hehe.. terima kasih kak ummi utk resepi yg simple tp sgt kene ngan selera kiteorg.



    TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
    Resepi: Kak Ummi @ HSH

    Bahan:-
    • 3 biji telor
    • 1 labu bawang besar - hiris kasar
    • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
    • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
    • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
    • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar sos cili
    • 1 - 2 sudu besar kicap masin
    • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi
    • 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
    • 1 biji tomato - dibelah 6
    • sedikit garam (jka perlu)
    • sedikit air
    • minyak utk menumis
    Cara-Cara:-
    1. Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
    2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
    3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
    4. Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
    5. Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
    6. Tutup api dan hidangkan.

    interlude lagi?



    Assalamualaikum~~

    bertemu kembali dgn hari jumaat, penghulu segala hari. dh tahun baru hijrah, xlama lg tahun baru masihi pulak.. tiba2 terasa risau dgn umur yg meningkat, tp arah tuju hidup masih x menentu dan tak byk achievement yg blh dibanggakan.. uu uuu.. sedih pulak rasanya.. kdg2 terlalu byk penyesalan dalam hidup, tp menyesal kemudian tiada gunanya.. betul x? semoga lebih bijak membuat keputusan yg mendatang. even takdir Allah pun boleh berubah dengan usaha, jadi teruslah berdoa semoga menjadi orang yg tidak cepat berputus asa, dan pada masa yg sama tetap redha atas apa jua ketentuanNya.

    erk.. mode tazkirah kah? sebenarnya hati x menentu dgn ujian yg datang. kdg2 terpikir 'kenapa aku?'... astaghfirullah.. ujian blh mendekatkan diri padaNya, tp kalau termakan hasutan syaitan, blh jadikan manusia itu futur. moga dijauhkan. pagi ini juga bertanya khabar sahabat maya yg sedang juga ditimpa ujian.. bak kata kak anna, semoga dia kembali pulih.. sama2 mencari kekuatan utk terus redha, insyaAllah.



    hmm.. nway, xde resepi utk dikongsi.. udang galah ni ada orang bagi (semoga terus murah rezeki kamu). 1st time makan udang galah. besar2 udang dia. nk bersihkan pun mcm terkial2, last2 my laling yg buatkan semua.. me tumiskan je dlm kuali.. masak sambal semua pandai kot. mcm ayam masak merah je.. isi sgt padat! tp me lagi suka makan udang yg biasa tu. 

    ok laa.. masa utk membuat kerja sekolah. dh akhir tahun pun, dah xleh delay n malas2. 

    Thursday, December 1, 2011

    Talapia Masak Sos




    Assalamualaikumm~~~

    fuhh.. setengah jam cuba utk uplaod gambar. last2 satu ni je yg berjaya di-upload.. sejak 2 menjak ni intenet agak lemau.. sbb hujan kah? tp smlm x hujan pun. biasanya streamyx umah ni laju je. xtau la apa masalah dia kali nih..

    apa2 pun, n3 laju2 sbb tuan rumah x masuk dapur lagi nih. duk ngadap journal dr tadi smp lupa nk defrost lauk. ni tgh duk defrost ayam, letak n3 lauk 2 hari lepas. ikan talapia ni beli yg frozen kat supermarket, murah dan fresh. kdg2 beli kt pasar dapat yg x fresh. sedih je bila dh semangat nk makan talapia, bila masak terasa x fresh dia. jd skrg talapia me beli kat supermarket je. lepas dieorg tangkap je ikan ni, terus frozen dan hantar ke supermarket. setakat ni, alhamdulillah, ikan talapia yg beli kat supermarket semua fresh. 

    kalau talapia dan siakap mmg me suka goreng garing2 pastu wat sweet sour, 3 rasa atau masak sos nih..lebih kurang je semua. ikut mana yg berjaya dicampak dlm kuali.. hehe... yg penting, sedap! sekor ikan ni sempat utk lunch kami 2 org je. dinner masak lain.

    Talapia Masak Sos
    sumber: tun telani

    Bahan2:

    • 1ekor ikan talapia, saiz sederhana- goreng garing dgn garan & kunyit
    • 1 bj bawang besar- separuh dadu, separuh potong bulat2
    • 2 ulas bawang putih- tumbuk
    • 1icnh halia- tumbuk
    • 1 bj cili merah- hiris
    • 2 bj cili api- tumbuk
    • 2 sb sos tiram
    • 1/4 c sos cili
    • 1/4 sos tomato
    • garam
    • sedikit air

    Cara2:
    • Tumis bawang besar yg didadu, bawang putih dan halia sampai wangi.
    • masukkan cili merah dan cili padi, tumis sebentar
    • masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. masukkan sedikit air ikut kepekatan yg disukai.
    • masak sampai mendidih. masukkan bawang besar yg dipotong bulat.
    • perasakan garam. curahkan atas ikan yg digoreng garing.