Saturday, July 30, 2011

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan..

sumber wallpaper: isma new zealand

Assalamualaikum wbt =)


few days menggantung periuk. alhamdulillah, duduk di kampung mmg sgt best! pergi ke kebun, mandi sungai, n mkn durian dgn byknyer.. sekali sekala blk kg, mmg laa xkan masuk dapur.. masuk dapur utk makan je, sbb mama masak lg best.. hihi =)

hmm.. esok hari last dlm bulan Syaaban insyaAllah.. me doakan semoga tarbiyah Ramadhan kali ini dihayati dgn lebih baik insyaAllah.. selamat menunaikan ibadah puasa, dan selamat berlumba2 mengerjakan kebaikan.. me mengambil kesempatan ini utk share satu artikle dr blog favourite me, article ni bertarikh 2thn lepas, tp ilmu yg baik x lekang di zaman kan ;)

Selamat Datang Ramadhan
sumber: Ust Halim @ inijalanku

Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.

Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).


google image

Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud, “Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”. Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).

Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.

Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).


sumber: ismadhl

Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.

Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

Ustaz Halim


~~ Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) ~~

Monday, July 25, 2011

Langkah Demi Langkah: Sosej Blossom Bun


Assalamualaikumm..

n3 khas utk kwn2 me yg tanya camner nk wat sosej blossom bun nih.. so akak2 or adik yg dh pandai wat tu, berpura2 laa yg anda baru belajar nih.. kui kui.. blh guna mana2 resepi roti putih. utk resepi roti mayonis yg me guna utk wat ni last time, boleh lihat sini ye.. me malas betol nk cnp resepi lg.

Doh roti yg terhasil dibahagi2 kepada beberapa bahagian. utk resepi yg guna 300g tepung roti, me bahagi 8 atau 9.

amik satu bahagian, leperkan dan letak sosej yg telah direbus di tengah2.

gulung2

ni dah dibungkus. sosej dlm tu..

kerat 7 atau 8 bahagian. pastikan sosej terputus, tp doh roti tu jgn putus tau..


nk senang, letak dlm dulang pembakar dulu, baru buka sosej tu.. nk explain pun xreti..

yg paling hujung tu letak kt tengah2, pastu baru kemaskan.


biarkan naik 2 kali ganda, baru paipkan sos cili dan mayonis kt atas. blh juga letak cheese kalau nk lagi sedap =)

Saturday, July 23, 2011

Roti Coklat Chip


Assalamualaikumm~~~

waahh.. arini sgt bekerja keras ^^ penat2.. sepanjang pagi memasak2.. ptg ni kn tetamu nk sampai, pastu isnin me nk balik kampung. nnti laling me ni akan duk sorg2 2-3hari b4 dia gi kuching sbb me stay kt kg smp dia blk dr kuching. so me marathon masak lauk utk 2-3hari pastu frozen kan. semalam dh frozenkan karipap dan nugget. so cukup laa utk my laling nk makan. hihi..

ptg td angkut sorg kawan me dtg umah.. hihi.. thank you dear sudi dipaksa dtg. kui kui.. sementara gi pikap dia, stat menguli roti (owh.. sy cintakan BM ini ^^ ). me wat roti coklat utk mkn mlm2 =) resepi mcm biasa, cilok kat umah ratu roti, cik ros jintanmanis.


Gebus..


Bun Coklat Chip

Sumber: Ros JM

250 gram tepung roti
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu kecil yis
170ml cecair ( 70ml susu segar 100 ml air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin @ butter
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar coklat chip
1 sudu kecil bread improver ( boleh ganti dengan water roux)
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara

1. Kalau ade BM tu boleh masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.

2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic w
rap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 9 bahagian bulat kecil dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit hingga 1 jam dan gilss permukaan bun dengan sedikit susu segar dan beberapa titik madu, kemudian tabur permukaan bun dengan sedikit gula . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Sejukkan di atas redai, dan simpan di dalam plastic bersih dan di dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan kelembutanya. Selamat Mencuba.

wat dlm mapin cup jugak!

Friday, July 22, 2011

Nugget Ayam Taufu


Assalamualaikum~

Lambat mengapdate arini.. arini saya sgt berdikari. esok ada tetamu nk dtg, so arini pergi bandar sorg2 beli barang dapur. dah lebih 3 bulan duk kat bintulu, me still x familiar dgn jalan kt sini, n biasanyer me ada driver (my laling laa tu), so x amik kisah sgt pasal jalan. td beli sayur2 kt supermarket (me lg suka beli sayur kt supermarket sbb ada tanda harga), then gi pasar ikan. tp me xtau jalan ke pasar ikan dr bandar. haha.. last2 tepon gak my laling tanya direction..

balik dr pasar, siang2 ikan dulu.. pastu wat stok frozen nugget dan frozen karipap. berjaya laa jugak memenuhkan fridge. pastukan, dh nk maghrib baru me gi buang sampah. bukak je pintu tgk gelap lampu kt luar x pasang. bila turun buang sampah baru me perasan sgt sunyi sepi... uhuk uhuk... uwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! org2 yg dtg kursus kt sini semua dah balikkk!! xde org dah.. uu uuu.. umah me satu2nyer umah yg menyala lampu.. *nangis...xpe2.. berani! berani!! (sambil kunci semua pintu dan tingkap..).. petang esok ada tetamu nk dtg 2 hari, so me beli tiket blk kg hari isnin.. doakan me sorang2 yg dikelilingi hutan nii ye.. (wat muka sedih... )

ok laa.. me nk tido awal mln ni, lg lama berjaga, lg lama me takut.. huhu.. me share resepi nugget ayam frozen ni ye.. ada byk je resepi yg ok, tp me nak habiskn stok tauhu yg tinggal seketul, me wat resepi kak ros nih.. kak ros kata, dia tengok dlm rancangan masakan jepun.. tq ye..



Nugget Ayam Taufu
Resepi: Kak Ros JM

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)

  • 4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
  • 2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
  • 1/2 biji telur
  • 150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu - guna tauhu biasa yg 4segi tu. kalau x suka, xletak pun xpe
  • sedikit garam
  • lada sulah
  • 2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah) - tun tak letak
  • *Untuk Coating*
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
  • 3 cawan breadcrumbs

Cara-Caranya

1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.

2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.

3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.

4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.



ni siap utk frozen

Thursday, July 21, 2011

Cinnamon Roll

sila abaikan ke'hangus'an yg berlaku ;p

Assalamualaikum..

pagi td tgh happy2 menghitung waktu kepulangan my laling esok, tiba2 dpt phone call.. my laling ckp pengarah suruh stay kt semenanjung till next week... (uwaaaaaaa~~~~~~~~~~~~~~~~~~ me siap nk guling2 rasanyer.. uhuk uhuk uhuk.. ). minggu ni ok lagi sbb ada org tumpang bangunan ni utk penginapan urusetia kursus, dr hari selasa till jumaat, stat friday, mmg me sorang2 laa kat sini. the only people yg me jumpa setakat ni ialah makcik tukang sapu (me nmpk kot tingkap), dan jugak pakcik2 jaga yg lalu depan umah selang beberapa jam. bincang2, last2 decide utk me balik semenanjung. terus book tiket flight utk next week. wiken ni nk settlekan hal2 yg perlu disettlekan, so plg awal monday mlm baru me blh balik. turun KL dulu, pastu baru balik kemaman.. susah kan duk jauh2, dulu kalau ada hal, me terus stat enjin kete n balik umah, walaupun drive 4 jam setengah, but better than now. nway, x elok berkeluh-kesah kan.. alhamdulillah, dpt jugak blk kg utk 1st day puasa.

ok laa.. habis luahan perasaan, berbalik pd cinnamon roll nih.. walaupun terhangus sket, tp nk tepek jugak.. muahahaha.. lega sket hati rasanya bila bau harum cinnamon memenuhi rumah time bakar.. wahhhh, sy sgt cintakan cinnamon.. hihi... kalau wat apple pie pon mesti taruk cinnamon byk2.

filling dia me edit dr joyofbaking, doh dia guna resepi roti mayonis lagi =)

Cinnamon Roll

Doh Roti
Sumber: Roti Mayonis, kak yani

Bahan2
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux (refer bawah)
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung

  • masukkan semua bahan dlm breadmaker dan tekan setting doh. pastikan letak yis dan garam di hujung yg berbeza supaya tak bercampur.
  • keluarkan doh dan tumbuk2 utk keluarkan angin.

Filling

Sumber: joyofbaking

  • 80 g brown sugar
  • 16 g tepung gandum
  • 1/2 sb cinnamon powder
  • 50 g butter
  • 1/2 c kismis (kalau suka)

  • gaulkan gula perang, tepung dan serbuk kayu manis.
  • campurkan dgn butter dan gaul sebati.

Cara-cara:

  • Doh roti dibahagi dua. Amik satu bahagian dan canaikan mcm dlm gambar.

  • Letakkan bahan2 filling atas doh roti

  • Gulungkan. Kerat kepada 9 bahagian (atau mengikut ketebalan yg disukai)
susun dalam loyang. boleh susun rapat2 atau sebiji2.
  • Ulang dengan separuh lg aduanan roti
  • Bakar pada suhu 180 C, selama 15 minit.. kalau suka boleh letak icing kat atas mcm kt kedai (me xletak sbb dah manis)
ps: me wat separuh adunan sahaja
pps: selalu2 laa perhatikan oven supaya tidak hangus mcm roti yg me wat.. haha..

Resepi Icing

1/2 c icing sugar
1 sb susu segar/susu sejat

campurkan gula icing dan susu.
drizzle atas cinnamon roll yg dah siap dibakar.



Water Roux
Sumber: mamafami


  • 50g tepung gandum
  • 250g air

  • panaskan bancuhan tepung dan air atas dapur.
  • kacau sampai dia pekat. rupa dia mcm kanji yg wat gam tu..
  • sejukkan sebelum di guna.

Pineapple Panna Cotta



Assalamualaikum...

morning! pagi ni bangun tgk umah kosong lagi.. cakap dgn kucing je laa 2-3hari ni.. bertahan lg satu hari, esok my laling balik... weee~~ arini nk tido awal biar cepat sket masa berlalu.. huhu... my laling tepon smlm tanya wat keje sekolah tak? me tak wat.. huhu.. sbb xde mood. tiap2 hari duk bersedih hati je. huhu.. teruk x?

nway, org lain dah kebah demam panna cotta, me baru laa nk buat. kebetulan kawan me dtg aritu bw 2 bijik mini pineapple yg omey. siyes omey! size dia kecik je.. hihi. tp bl amik gmbr x nmpk pulak mini dia tu.. dh potong2 sebijik mkn ramai2. lg satu me puree kan utk wat panna cotta nih. punyer la mini, 1 bj tu, dapat 1 cwn lebih je isi nenas tu.

percubaan pertama me gagal dgn hebatnyer. hahaha.. konon2 nk wat lg hebat laa, me letak puree dlm gelas, pastu sejukkan (xfreezekan pon), pastu curah panna cotta tu.. after semalaman pun x beku2! haha.. membazir je.. sbb dia jd terdilute kot.. so smlm we cuba lg la.. wat biasa2 je lah, spy x membazir.

me malas nk pikir pasal resepi dia, so google kan aje 'pineapple panna cotta', kuat few recipes, tp me guna yg kak izah punye. ni pasal malas nk menaip, so nk cnp.. hoho...

PINEAPPLE PANNA COTTA
sumber: Kak Nor, Kak Izah


Bahan2:

9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket) - pastikan ada tanda Halal ye kwn2
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
*saya guna 1cawan nenas + 1 sb gula

Cara2:

1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi @ nenas keatasnya dan bolehlah dihidangkan.


jemput makan.. lembik2 goyang2 inul gituw.. hihi.. me mampu mkn sikit2 je.. sedap, tp mkn byk2 muak jugak ni. sbb dia bersusu dan rasa lemak2.. hihi.. kalau wat gelas kecik2, makan ramai2 kompom cepat laku. sesuai laa kalau nk wat bday party or time jamuan.

Wednesday, July 20, 2011

Stylish Awards dr Yana dan Kak CT ^^


Assalamualaikum..

terasa ceria je hari ni bila tgk shoutbox ada msg dr kak CT dan Yana suruh ambil award ^^

stylish blogger award ye? so skrg ni me dh jd seorang yg beutiful n stylish laa kan.. haha.. (last time kn beautiful blogger...). tgk cermin jap....
.
.
.
.
boleh laaa, beautiful tu dh ada, nk kata stylish, kalau baju kurung n jubah tu kategori stylish, layak laa kot.. kui kui...

ok laa.. kali ni award xde keje rumah.. me suka yg ada keje umah sikit2, sbb pastu blh gi baca kt semua2 org n kenal2 lagi dgn semua =) tp bila xde keje umah ni, xlaa terasa susah hati bila perlu tag org.

award ni perlu tag 8 org. hmm... nk pilih org ni yg plg susah actually.. tp me pilih yg blom ni tag ye. me tgk kak sue, kak mas, kak izah, kak nor, kak anim, kak anna, nani, dan ramai lg dh di taq..so me tag 8 org ni ye:

kak nadya
kak naz
kak nazrah
kak lieza
kak sheila
kak nur
kak sam
kak rose

sudi2 kan laa amik award ni ye =)

k laa, me nk gi tepon my laling~~

Upside-down pizza.. lagi dan lagi...


Assalamualaikum...

meh makan upside down pizza nih.. xde org nk habiskan.. huhu..

resepi tgk sini dan sini ye.


makan utk dinner n bekfes.. selagi x habis ni mmg xmsk mende lain laa.. haha..

ps: bkn kedekut nk kasi kt jiran tetangga tau, tp skrg adtec ni kosong, semua pun ada keje kt tmpt2 lain. yg ada pak guard je, xkn nk kasi kt pak guard yg muda2 n bujang tu kan.. jd mende lain pulak.. huhu...