Monday, April 25, 2011

Apam Gula Melaka



Assalamualaikum ^^

n3 apam lagiiii... gara2 terliur nengok apam kak izah pagi td.. duk berkira2 nk wat talam sagu jugak, last2 berjaya mengawal nafsu, wat sejenis kuih je utk berbuka td.. hihi.. mmg x rugi cuba.. sedap sgt!! walaupun masa perap tu adunan xnaik smp 3 kaliganda (2kali ganda pun x, naik sikit je..sbb arini mendung kot..) tp tetap lembut.

ok lah, xnk ckp byk2 sbb nk gi BW. jarang dpt online 2 kali sehari nih. sementara line tenet sihat, baik gi jalan2 luaskan pandangan.. jln2 msk blog org laa maknanyer.. hihi..

resepi terliur kt dapur kak izah, tp me cnp terus dr cheiza@myr, tq ye =)

Bahan-bahan ( satu family )
  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara
  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

8 comments:

anymz said...

wow!sedapnya nampak apam tu..dah dua hari mengapam ya..ada lebih tak tu?..bagi akak 5 ketul..baru puas makan.hehe

Mas said...

amboiii...rajinnya adik sorang ni mengapam...
cantik la apam tu....
meh seketoi.....

Sheila Shafeareen said...

cini pun ada dah yee..sdp mkn gan kelapa rasa lemak gitu

Unknown said...

pon3,,,
post pada kak ayu 2 ringgit yer tun

Nazrah said...

jom tukar ngan Akak...apam pisang

kaksu said...

tun...apamm memang fvret akak...tapi lama tak buat coz buat masa ni terpaksa elakkan yis, mr hb ada masalah gastrik, kesian pulak kalau dia cuma tgok je tapi tak boleh makan huhu...

tun_telani said...

kak anim: haha.. tu laa, tun x tahan godaan.. tgh org wat rasa mcm nk wat jugak.. tu yg mkn kembang cm apam nih..kui kui..

kak mas: hihi.. x serajin kak mas laa.. sila2, makan puas2..

tun_telani said...

kak sheila: ha'ah..kalau xde kelapa tun slow sket mkn apam nih.

kak ayu: orait! siap bos!

kak nazrah: nak! nak! xpenah wat apam pisang lg.. kene try dulu..

kak su: oo... kalau gastrik xleh mkn mende ada yis ke?? baru tun tau.. dh xleh mkn roti jugak ke?