Monday, May 30, 2011

Puding Roti Sos Kastad

Assalamualaikum ^^

wahhh... lama x meng-update.. hihi...bila blk kg mula laa x sedar diri.. sampai2 kt segamat aritu ada intenet, tp bz siapkn keje sekolah. pastu balik kelantan 3 hari, ni mmg sah2 laa xde tenet.. plan asal nk gi umah kak naz, tp kak naz balik melaka pulak... xde rezeki laa nk ronggeng2 n makan nasi umah kak naz.. hihi..

ni resepi yg dh terperam sekian lama dh ni. baru nk letak sini.. semua org pandai wat puding roti nih. me biasa main campak2 je roti, telur, gula ngn susu tuh. yg ni ada cinnamon, mmg sedap.. wangi je bau time bakar. pastu mkn panas2 ngan kastad sejuk.. sedapnyer!!

ok.. kejap2 je main tenet nih.. nk kemas-kini slides ngn tengok speech pulak..

Puding Roti Sos Kastad

Sumber: maya zakri@myr

Bahan-bahan

Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk<- tun guna 1/2 susu sejat + 1/2 air
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional) <- tun xletak
  • chocolate chips <- tun tambah
Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair<- tun tambah lg air sbb jd agak pekat
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam. (tun tabur chocolate chips)
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

letak chocolate chips byk2 lagi sedap ^^


Tuesday, May 24, 2011

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum....

huhu.. ni laa perangai org yg x sedar diri keje sekolah x siap.. blh lagi duk keletang-keletung kt dapur.. huhu... ni semua sbb tiba2 jd blank bila nengok journal tu. keje last2 minit jd gini laa.. so menenangkan pikiran dgn membaca resepi.. dh nengok resepi tu, tau2 je laa kan.. terasa mcm nk masuk dapur pulak.. maka terjadi laa ayam panggang ni.. kui kui..

dh siap2 makan ayam yg sedap baru la bersemangat nk wat sambung keje sekolah kan.. ada lagi 2 jam setengah b4 pergi airport nih. hihi...

tengok ni kat umah kak ummi, pastu kak mas pun, seperti biasa mengalahkan tun dlm lumba2 marathon resepi di dapur.. ;p

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
resepi: Che Mid
Sumber: Kak Ummi

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)<- ayam me dh dipotong 4

Bahan-2 untuk "make up"(perap) ayam : -

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- Hana gune gula perang (*akak pun) <- tun xletak, tp lebihkan sikit madu
  • 2 sudu besar herba campuran (akak xda ni, letak campuran dried parsley, oregano + basil) <- tun ada oregano dan parsley je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara:-

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- Hana perap semalaman (*akak perap 3 jam)
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )
ni nk kasi kt kawan my laling

tgk laa, xde hias2 langsung..hehe.. me habis kan semua stok ayam. ye laa, dh blk kg lama, nnti dh x elok. sbb ada byk, so bahagi2 kt jiran tetangga =)

okies....... selamat bercuti kt diri sendiri. iA nx time online dh kat segamat.

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken


Assalamualaikummm~~~~~~~~~~

arni me stress sket.. huhu... mlm ni flight balik semenanjung.. biasanya senyum sampai telinga dah tiap2 kali nk blk kg.. tp kali ni stress... nape? sbb apa lagi... keje sekolah x siap laaa..... uwaaaa~~~~~ terasa sgt teruk. huk huk.. kene hntar journal ni 2 Jun.. tp tau2 laa, bl dh blk kg ni, byk travel.. nk blk johor lg, pastu nk blk kg me kt kemaman, then nk gi lawat sedara kt KB.. me kene berusaha siapkan hari jugak, kalau x mmg x sempat.. patutnya dh siap... cuma me duk bermalas2.. padan muka..

nway, kalau stress pun keje xkan automatik siap, kn? baik tenang2kan diri ngadap blog jap (sempat lagi tu... ish ish...). ok laa, mari tgk resepi yg senang dan sedap nih..me dh lama jeling2 resepi ni kat myr, tp nunggu org len buat dulu baru ada drive nk wat. hihi... so, tgk je kak izah wat, terus teruja nk wat.. (tp biasa laa, dh kalah dgn kak mas.. me baru nk tgk bahan2 kt dapur me, tgk2 kak mas dh tayang kat dapur dia.. hihi)..

me cnp ye..

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken
Sumber: kak Izah, tulip@myr

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2<- tun ikut kak izah goreng dulu
  • 3sb gula
  • 2sb minyak masak
  • 3sb sos ikan
  • 3btg serai - ketuk
  • 1sb cuka
  • 1sb sos tiram
  • 1bj bawang besar - potong dadu
  • lada merah & lada hijau - potong menyerong<- tun guna lada hijau + cili padi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
  2. Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain & gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  3. Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.
ps: me rasa me terletak kicap jugak, tu yg kaler jadi itam sikit tu.. hihi...

Okay.... masa utk wat keje sekolah. chaiyok2!!! nk wat discussion ngan conclusion je nih...

Monday, May 23, 2011

Apam Pisang Coklat

Assalamualaikum ^^

Semalam x sempat nk meletak n3. pagi me gi dengar kuliah kat Kidurong, ada perbentangan hadith 40. walaupun dh byk kali dgr hadith niat ni, tp bagus jugak refresh2 memori =) pastu ada halaqah. gembira jumpa kawan2 baru.. weee~~ me dh ada kawan kt Bintulu ni.. hepi! hepi! ^^ tq my laling yg contact2 kawan2 dia utk cari kawan2 kt me.. hihi.. semua cikgu2 yg di posting ke sini. me sorg je bukan cikgu.. haha.. nasib baik penah jd teacher setahun pas grad, blh gak sembang kencang. kui kui..

pastu lunch gi mkn kt luar. me mmg x berapa suka mkn kt luar nih. tp dh lewat sgt, so mkn je la kt luar.. me order ayam paprik. me selalu order nasi goreng ayam paprik kalau xde makanan yg me berkenan kt kedai tu, sbb me tahu paprik sgt senang wat wat. just tambah2 sos ngan serai+daun limau purut. so chances utk x sedap tu kurang laa.. tp bila sampai makanan, sgt disappointed! daun limau purut xde, serai pun xde. dan sgt x sedap =( tertekan betol... siap sebu perut lg bila mkn. me bila perut rasa semacam mmg xleh wat keje dah.. blk umah tu tido je. nway, moral dia, makan laa dirumah. masak sendiri lg best. betol x?

nway, ni me wat utk gi halaqah semalam.. pas solat subuh godek2 apam ni.. me usha semua resepi apam kak anna, berkenan kat yg ni.. hihi.. nasib baik ada pisang lg dlm fridge. me mmg biasa beli setandan, pastu yg x hbs guna me frozen kan. so tahan lama, n tak perlu marathon resepi pisang sbb nk habiskn pisang.. =)

tp kan, tgk laa apam me nih.. me dgn harapan yg menggunung tinggi mengharap dia kembang mekar. bukak api plg besar masa kukus.. dh siap tengok2 sumbing lak senyum dia.. *kuciwa* huhu.. naik kembang dgn hebatnya, tp sebelah je. tu yg jd senget2 tuh. haha.. tp kan, walaupun rupanya sedikit cacat, tp sedap.. me sgt suka ^^ kuar2 dr kukusan terus makan 2bijik! haha..

apam with lopsided smile.. huhu

me salin resepi dia kt sini, ye =)

Apam Pisang Coklat
Sumber: kak Anna Qawina, kak Ros JM
-menghasilkan 10 biji apam (acuan apam saiz biasa)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
  • 3 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya

1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder. -> tun ayak tepung, baking soda, baking powder, dan serbuk koko

2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.

3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.


tengok tuu.. semua pakat kembang sebelah2 je..

Saturday, May 21, 2011

Digi WWWOW Awards.. bkn blog ni punyer ye.. hihi

Assalamualaikum..

xde n3 masak, ye.. kepenatan nih. dinner masak sardin je.. pg2 dh bertolak gi Miri, gi ILP jap. then pusing2 kedai beli barang letrik, sbb sini xde pilihan sgt. lagipun my laling mmg biasa beli kat Sen Heng, rugi je redemption points kalau x guna. ptg terus bertolak balik Bintulu.. me mmg cepat penat, walaupun dh tido dlm kete, sampai rasa mcm terus nk tido.. huhu.. tp memandangkn x dinner lg, masak laa jugak nasi. malas nk pusing ke bandar Bintulu cari kedai mkn.

nway, me nk mengajak kawan2 vote di Blog yg me sgt2 suka usha roti =) roti yg me wat majoriti semua nyer resepi akak ratu roti ni..hihi.. skrg me tgh berusaha membuat semua roti dalam eBook resepi roti yang kak Ros Jintan Manis hadiahkan kat semua pembaca blog BSM =)

kalau sapa2 yg x kenal lg blog Bukan Sekadar Masakan, blh tgk sini ye.

1st time ada award blog


rajin2 laa mem-vote ye ^^.. blh tgk kat blog JM sini, or terus gi digi sini

cuma perlu ada akaun FB ye..xde sebarang bayaran. sebelum 20 June.. ada lg sebulan utk vote..

to kak ros, all the best ^^

Bun Kentang inti Kastad


Assalamualaikum ^^

pagi ni nk tunjuk bun kentang me yg wat 2 hari lepas. hihi.. baru nk letak kt sini. org lain wat semua naik gebu je, me wat x berapa nk naik kali ni. ni laa bun yg lepas me duk uli2 tu, tiba2 mendung dan hujan lak.. xleh nk jemur biar naik 2x ganda. pastu mauripan me x cukup masa tu, me pun tambah ngan jenama ntah apa2 yg me beli masa awal2 pindah sini aritu, sbb time tu xde mauripan kat kedai. me dh agak dh akan ada prob, last time me wat guna yis tu pun roti me x berapa nk gebu. pasni nk buang terus.

roti kentang kan biasa ada kastad kt atas, tp sbb me suka mkn kastad, me wat byk2, letak jd filling.. sedapp!! ce teka ce teka filling kastad guna resepi mana...
....
ni ada yg teka x nii? hehe.. guna resepi custard tea cake yg sedap tuu... hihi.. puas ati mkn kastad dlm bun nih ^^ tp me wat separuh lg kosong sbb me nk mkn ngan bubur kacang merah =)

spt biasa laa, resepi from kak ros JM, ratu roti no 1, ratu roti no 2 me kasi kat kak mas. hihi.... cnp dr myr ye =)
Bun Kentang
sumber: onigiri@myr

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-12 bun kecil )

  • 250 gram tepung roti/tepung high protein
  • 70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
  • 120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin
  • 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)

(untuk bancuhan sos kastard ) ** me guna resepi kt bawah
  • 2 sudu besar tepung bird custard
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula

kastad filling

2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/2 cawan susu segar (me guna 1 c susu sejat + 1/3 c air)
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara-cara

  1. -Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.* me x letak dlm piping bag
  2. kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  3. klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .** me letak kastard dlm bun
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...
  6. Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung punbuleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.
ps: sbb doh ni agak lembik, me sapu tangan ngan minyak dulu, pastu baru bulat2kan dan isi kastad.

ni yg ada kastad.. sedappp..

ni cicah bubur kacang ^^

Friday, May 20, 2011

Bendi Goreng

Assalamualaikum ^^

Dah nk maghrib dah duk ngadap lappy lagi. arini sgt x productive, dr pagi cuma taip 1 perenggan je.. huk huk :( bila idea xde, mmg rasa sgt tertekan.. gambatte!! chaiyok2!!! harap2 mlm ni idea byk sket dtg.. esok nk gi miri ada hal yg perlu di buat. me ngikut je my laling nih.. rabu depan nk blk kg.. yayyy!!!! iA, kalau jd, nk balik kelantan jugak few days. sejak kawin, my laling ni x penah lg blk ke kg mama me kt Bachok nun.. nnti iA ada rezeki blh jumpa kak naz kat KB, kalau kak anna blk kg masa tu blh serang umah kak naz sama, mesti best ^^

nway, dh nk maghrib ni, kene taip cepat2.. mlm nnti sambung berusaha tulis paper. kene hantar satu journal b4 balik kg nih.. moga dipermudahkan, iA.

me nk share 1 resepi sayur yg sedap. kiteorg dua org mmg hantu bendi. sekali hadap je 1 pinggan sayur bendi nih. bila dh masak camni, siap blh wat ratah2 sambil tgk tv. hehe.. resepi dr myr, ramai dh cuba nih. terima kasih ye..

Bendi Goreng

sumber: yatiezaini@myr

Bahan-bahan ( 2 - 3 org )

  • 15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telor - dipukul
  • Bahan kisar
  • 2 - 3 cili merah dibuang biji<- tun guna cili hijau + 1 cili padi
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • * sedikit garam & perasa
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
  3. Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
  4. Siap utk dihidang.. senangkan

Pucuk Ubi Goreng Pedas

Assalamualaikum ^^

kejap je dh hari jumaat. kdg2 tu kan, me terpikir yg kejapnye duduk kt dunia nih.
...
bagus juga kalau ingat mati ni kan.. mcm nasyid Raihan tu.. yg mana satu me x ingat dah. tp dia ckp pasal penyakit 'wahhan' = cintakan dunia, dan takut mati..
sbb arini hari jumaat yg penuh berkat, dgn hujan renyai2 diluar tu.. byk nyer rahmat yg Allah turunkan =) me share satu hadith kt sini, ye..

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

hahahaha.. the ustazah inside me is talking... nway, back to the recipe ye.. biasa me wat masak lemak pucuk paku ni, atau celur je.. bila nengok kak hana wat ni, teruja lak nk try.. hihi... alhamdulillah.. sedap =)


RESEPI PUCUK UBI GORENG PEDAS
source : kak hana@hanamemories

Bahan-bahan
  • Seikat pucuk ubi
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sejemput ikan bilis kopek - cuci
  • 10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 1 tangkai lada merah
  • minyak utk menumis secukupnya
  • garam dan perisa jika suka
Cara-cara
  • Celur pucuk ubi sehingga lembut. Toskan, basuh dan perah. Kemudian cerai2kan. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi dan juga lada merah.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan naik minyak.
  • Perasakan dengan garam dan perisa secukup rasa.
  • Masukkan pucuk ubi yg telah dicelur tadi. Gaul mesra. Biarkan sebentar. Matikan api dan siap dihidang dengan nasi putih hangat.

Thursday, May 19, 2011

Pari Bakar Berempah Harum

Assalamualaikum ^^

Tadaaa... dh siap dh ikan pari bakar tun ^^ tq kat kak nor dan kak anna di atas tips2 yg diberikan utk bakar ikan nih.. walaupun xde stok daun pisang, tp bau dia besstt je =) ni 1st time me bakar ikan pari, biasanya kalau beli ikan pari, wajib wat asam pedas atau kukus. ni sesekali tukar selera lak. yg penting my laling mkn bertambah2, maknanya sedap laa tu =)

resepi asal dr kak dayang guna ikan siakap, me guna ikan pari ikut kak nor. terima kasih wat dua2 sumber resepi yg sedap2 ^^

SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan) <- me ikut kak nor guna ikan pari
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara :
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
  • Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian bakar ikan sehingga masak. <- dlm 10-15 minit =)
me ikut kak nor jugak, perah limau nipis atas ikan b4 makan.. sedap!

meh, siapa nk join me lunch kat umah =)

Wednesday, May 18, 2011

Ayam Sos Plum


Assalamualaikum ^^

Dah lama me usha2 resepi ayam sos plum nih. tp last time me wat rasa dia pelik.. bkn salah resepi ye, salah me yg malas baca resepi dan tuang sesuka hati sos plum tu dlm kuali.. kui kui.. nway, lepas nengok kak mas n kak anna wat dgn jaya nyer, me pun wat laa lg sekali, kali ni ikut resepi betul2 ye, eventho me malas nk gaul2 tepung jagung goreng ayam tu ;p. mmg x rugi cuba resepi nih. sedap ^^ resepi asal dr kak nor dan kak diana.

Ayam Sos Plum
Sumber : Kak Anna, Kak Mas,

Bahan:
  • dada ayam - dipotong kecil
  • sedikit lada putih, garam dan tepung jagung
  • 3 biji kentang - potong dan goreng kejap
Bahan A :
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 3 biji cili merah - dikisar
Bahan B:
  • 3 sudu besar sos plum - kak Mas n kak Anna guna brand life, me guna brand ape ntah.
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kiub ayam

Cara memasak :
  1. Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. <- me pemalas goreng ngan garam n kunyit je ;p
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
  3. Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air ( agak2 yerk nak kuah byk mana ), garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar. Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.

Tuesday, May 17, 2011

Apam Pelangi


Assalamualaikum ^^

wahh.. terasa lama x update blog. my laling bw kamera gi opis, amik gmbr defect kt bangunan rasanya. me try amik gmbr ngan hp, semua nmpk teruk.. kui kui... nk kata hp cap ayam pun x jugak. maybe sbb dh lama kot hp ni, kamera dia dh x elok. hp SE me ni dh kat nk 3tahun umur dia. skrg semua duk nk pakai blueberry laa blackberry laa.. me nyer blueberry dlm peti ais.. hihi.. asal blh pakai tepon ngan msg, kn =) x baik membazir, byk lg mende blh beli.. baik beli mapin tray ke, microwave ke, breadmaker ke. ye x?? ni kata-kata org yg gila masak shj ye..

nway, td me wat apam ^^ baru je kerat2 nih.. comey x? comey x?? sila kata comey ye.. me sgt berbangga kejadian apam ni yg byk layer.. kui kui... tau2 je laa kan, tangan keras cam kayu, kalau blh nk tuang je semua dlm tu pastu kacau2.. hihi...

apam ni me wat sbb nk kasi kt pakcik2 jaga kt sini. sbb kawasan ni dikelilingi hutan belantara kan, pastu pulak x ramai org. mlm2 ada 9 org pak guard ronda2 smp pagi. masa letrik xde mlm aritu, selang 2-3 minit dieorg ronda2 depan umah ni. bagus x pak guard kt sini? time kasih ye pakcik2 semua.. walaupun ada yg xde rupa pakcik.. huhu..muda2 pak guard kt sini.. n sbb pak guard muda, my laling la yg gi kasi kuih kt dieorg ye, me tukang buat je.

sedap mkn apam ni, sambil minum air teh ngan tgk tv. hihi.. resepi me google td, me cari apam yg guna baking powder. kuar apam ni kt umah kak anim =).. kak anim pulak amik dr umah kak hana.. pastu me dh xtau dh link dia yg mana, huhu.. kak hana tulis resepi dia mcm resepi apam indon kt myr, tp me tgk sukatan dia xsama.. wallahua'lam..

Apam Pelangi
Sumber: kak anim, kak hana

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - Hana dan akak cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

sebelum dan selepas

Cara-cara :

  • Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yangg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis (atas loyang dh dh disapu minyak/margerin) sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

me x sapu minyak/glis, so dia agak melekat kt loyang.. huhu...


Monday, May 16, 2011

Spaghetti dengan Daun Bay


Assalamualaikumm ^^

nampak nya hari ni dh rancak semula yer dapur2.. semalam slow lagi. hihi.. nengok semua org duk tayang menu yg sedap2, me pun jd bersemangat. x sabar nk gi nengok kak anna nyer choc cake ni.. taip2 cepat2 b4 gi BW.

owh, sebelum tu, nak ucap Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia.. utk my lovely mum also, selamat hari guru.. semoga terus mencurahkan bakti mendidik anak bangsa ^^

ok, kembali pada spaghetti me nih. nk menu dinner masa blog demam.. arini iA puasa, ada lg beberapa hari ni ganti ni.. huhu... nasib baik my laling puasa gak, kalau nk bgn sahur sorg2 malas jugak. Spaghetti biasa2 je nih, semua pandai wat rasanyer. cuma me duk nengok chef dlm tv guna daun bay, jd curious pulak camner rasa daun bay nih. kebetulan time gi bakery arini me jumpa.. so mari bereksperimen ^^

Spaghetti dengan Daun Bay
by: tun_telani

  • 1/2 paket spaghetti
  • 1 bj bawang- potong dadu
  • 3 ulas bawang putih- tumbuk halus
  • 1 keping dada ayam/daging- kerat kecik2 atas kisar, ikut kegemaran masing2
  • 3 btg sosej
  • 1/2 tin cendawan butang- potong agak nipis
  • 3 sb tomato puree
  • 1 sb oregano
  • 3 keping daun bay kering- kalau fresh guna 1 je, tp xpenah jumpa yg fresh
  • 1 btg carrot- potong panjang
  • 1 bj capsicum- dadu besar2
  • Garam

Cara2
  • Jerang air yg mencukupi dan rebus spaghetti bersama sedikit garam.
  • Dlm kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sampai layu. Masukkan ayam/daging dan tumis sampai masak. masukkan sedikit air jika perlu.
  • Masukkan sosej, cendawan, daun bay, dan tomato puree. masak sebentar.
  • Campurkan carrot dan capsicum.
  • Toskan spagetti yg telah masak, dan campurkan dlm kuali ketika masih panas2. Gaul segera.
  • Masukkan oregano dan garam. Gaul sebati.
  • Perasakan garam.
  • Siap ^^


ps: daun bay tu biasa org buang sblm serve dlm pinggan ye.. hihi..

Sunday, May 15, 2011

Sambal Mempelam Muda Goreng

Assalamualaikum ^^

Sejak blogspot demam nih, tuan dapur pun nk jangkit demam jugak.. tp ni dpt virus M sbb time blogspot demam byk kali sgt dtg jenguk2 dia. sejak nengok kt umah mek sue dan mek sha, mmg sgt terliur nih. aritu gi pasar tiba2 nmpk org jual mempelam nih. kalau kt kg mmg byk pokok mempelam kecik2 ni keliling umah. kdg2 byk sgt smp x termakan. mama me biasa bw gi sekolah, pastu wat sambal colek. pakat mkn dlm bilik guru. hehe.. ni me beli ni, 3 biji 4inggit!! tergezut me masa makcik tu ckp 4inggit. nasib baik me x amik penuh satu plastik. ingatkn murah. huhu..

nway, sbb virus M masih lg menular dlm diri, me cnp je laa resepi nih.. huhu..

Sambal Mempelam Muda Goreng
Resepi: HaSue, Noorsha

Bahan2:(tidak terhad)
  • 3 biji mempelam muda(yg bijinya masih lembut)-kupas,buang biji dan potong kecil
  • 2 tangkai Cili merah + cilipadi(letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • Segenggam ikan bilis kupas*
  • 1 sudu belacan*
  • Sedikit garam dan gula/perasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis(lebih krg 2 sudu bsr)
Cara2:
  1. Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
  3. Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!

mkn dgn ikan bakar ngan sayur labu air.. perghhh.. mmg naik 2 kilo mkn nyk ngat ;p

Wednesday, May 11, 2011

Sambal Belacan dan Bayam Sayur Air

Assalamualaikum ^^

n3 cepat2 sbb tgh marathon keje sekolah. nx week doctor nk gi umrah, so nk hntr abstract ngan slides utk dr check b4 gi umrah. tp skrg ni teramat sgt laa panas, nk wat keje sekolah pun x selesa, duk peluh2 je walaupun kipas full blast.

nway, arini nk tayang sambal belacan. ni kalau famili me nengok ni, sure pelik. selama ni me x mkn belacan, mmg bersin 3-4 hari kalau tersalah mkn apa2 yg ada belacan. awal2 pindah sini dulu, ada akak tu bw gi mkn nasi lalapan, belacan dia satu mangkuk! tp sbb org dh belanja kan, me pun makan je laa. tunggu jugak rasa sakit2 kepala ngan bersin, tp xde lgsg! mmg teruja je me rasa. hihi.. sejak tu laa me sesuka hati mkn belacan.. ni pun nk citer gak ke? tp kalau gi kedai, my laling akan rasa dulu sambal belacan dia, kdg2 ada kedai yg guna belacan yg dh lama atau low quality, maybe buat dr udang yg x fresh kot.. belacan yg cam gini kalau me makan tanpa antihistamin mmg cari nahas.. walaupun x jadi sesak napas mcm bila tersalah mkn ketam, tp blh demam 2 hari.. so kalau belacan2 ni, my laling akan try dulu laa, bila dia kata ok, baru me makan.. hihi...

alamak, apa yg me merepek2 nih.. sorry laa kalau yg dh terbaca sampai sini, ye.. duk jeling2 keje sekolah kt tepi meja ni sambil menaip laju2.. me cnp resepi ni dr myr.. resepi kak hana masa dia duk kt jepun lg nih.. kak hana kata, resepi ni dia letak atas permintaan kak nor.. owh, mek jah pun dh wat rupanya.. =)



SAMBAL BELACAN
sumber: hana@myr

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • satu mangkuk kecil chili padi
  • 3-4 biji bwg merah
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • limau kasturi - hana xde limau kasturi so lemon jek yg ada. tp dcadangkan lagi sedap ngan limau kasturi

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.


sbb kak hana kata best mkn ngan sayur air.. me pun wat laa bayam sayur air nih.. fuhh... mmg sedap betol makan ngan ikan bakar.. kompom abih nasi seperiuk.. hehe

Bayam Masak Sayur Air

  • 1 ikat bayam
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 bj Bawang Besar- mayang
  • Lada hitam- jika suka
  • Garam

Cara-cara

  • Tumis bawang besar sampai agak layu.
  • Masukkan air, bayam, ikan bilis, dan lada hitam.
  • Perasakan garam.

ni cara mama me masak. mmg sgt simple.. me suka kalau letak lada hitam sket, tp my laling x suka.. so ikut atas kesukaan masing2 laa, ye..

ok.. wat keje sekolah sekarang ^^

Tuesday, May 10, 2011

Roti Benggali


Assalamualaikum ^^

haa... ni laa hasil Roti Benggali ku.. pasni org benggali kompom xleh cari makan.. kui kui.. err,, org benggali tu dr negara ape ek?? nway, tima kasih wat mereka2 yg telah melayan solan tun kat fb td dgn jawapan2 yg bernas.. kak nor, mek sue, kak CB, dan kak mas, ehh, lupa, kak anna juga =)

makan roti ni sgt mengenyangkan! lembut dan sedap. bahan2 pun sikit je yg guna.. k, xnak ckp byk la.. me duh usha2 dr umah kak mas, tp me cnp dr myresepi nih. ramai dh dh cuba ^^

xsempat nk wat kari.. kuar oven terus mkn ngan kaya ^^


Roti Benggali
Sumber: Sofinar@myr

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Bahan A
  • 350g tepung roti
  • 1 sudu besar shortening
  • secubit garam
  • Bahan B
  • 120 - 160 ml air suam
  • 1 sudu makan yis serbuk
  • 2 sudu makan gula castor

Cara-cara

  1. Bahan B digaul bersama
  2. Semua Bahan A digaul sebentar
  3. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut. - tun campur dua2, pastu uli ngan mixer mata cangkuk =)
  4. Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
  5. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  6. Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
  7. Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

ni bentuk bulat kecik2.. hihi

yg ni makan ngan jem strawbery je.. ada lg separuh, kalau rajin bekfes esok nk cicah kari atau sardin =)


Ikan Goreng Rangup Dengan Sambal Bunga Kantan



Assalamualaikum ^^ Morning!! arini letak n3 awal sbb pasni nk pulun keje sekolah (smlm xwat keje sekolah sbb habiskan baca novel.. FBI Thriller yg sgt best!! tp rasa sgt bad girl bila tgk buku2 yg x disentuh.. uuu uuu... )

nway, ni bkn msk pagi ni tau.. pg ni mkn mihun goreng. ni lauk yg x sempat nk letak n3. kui kui..Resepi me dh lama save dr dapur
AlongRoz. tp nengok kak nor n mek sha tu pun dh wat nih.. kalau nk tgk ikan yg cantik2 blh laa ke sana.. hehe..


IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN

Recipe By: Roz@HomeKreation

Hidangan 5 orang

BAHAN2:
  • 1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat)
  • Tpg Jagung
  • Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak)
  • 2 biji Cili Merah*
  • 2 biji Cili Hijau*
  • 1/2 biji Bwg Besar*
  • 2 ulas Bwg Putih*
  • 1 btg Serai*
  • 1 btg Bunga Kantan* (* blender)
  • 1 Tomato - potong2
  • Garam

CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (Refer umah AlongRoz).
RAtakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.
Masak sebentar sehingga bwg layu.
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

tgk la ikan me melekat kt kuali sket.. huhu

kalau nk rasa kelainan masak ikan blh la try nih.. me x berapa minat sgt, tp my laling mkn lajuu je. hehe

Monday, May 9, 2011

Ikan Celup Tepung??

Assamualaikum ^^

fuhhh.. arini panas betul.. smlm susah nk tido sbb riuh bdk2 ni tgk bola MU vs Chelsea.. ( my laling tgh hepi laa sbb MU menang 2-0). arini dua2 pun bgn lmbt..kui kui... smlm wat pizza utk bdk2 yg memenuhi umah. siap wat air ngan piza, me hidang kt luar then terus masuk blk. bgn pagi ni, semua dh kemas.. sayang nyer laa kt my laling ni.. ko 2 pagi bdk2 tu semua blk, dia sempat kemas semua b4 tido.

nway, ni menu minum ptg. baru je siap mkn.. tgk kak paty buat semalam. ingat nk wat utk bdk2 ni tgk bola smlm, tp enchik H me nk ckp dh cukup la pizza tu. so me wat utk minum ptg. tgh cuba kurang2kn kuih manis2 utk ptg. tp ni byk minyak, so 2 kali 5 je laa kot. huhu..

xtau nk letak nama apa. kalau ikan celup tepung tu, duk terbayang2 ikan selar kuning celup dlm tepung goreng pisang tu laa pulak. kui kui.. me letak nama fish fritters laa. kalau goreng pisang, banana fritters kot omputih, kn. hehe..

ni versi kalau xde tepung KFC tu. kalau ada, me just celup dlm tepung kepci tu je..

Fish Fritters

  • 1 fish fillet- me guna ikan dory, senang dan murah
  • 1/2 c tepung gandum
  • 1 sk kecil garam
  • 1 sk serbuk lada hitam AJIOSHO
  • 1 bj telur- pukul
  • Breadcrumbs secukupnya

Cara-cara

  • Kerat fish fillet panjang2 dan gaul dgn garam.
  • Dalam satu mangkuk yg agak besar, gaul tepung dgn serbuk lada hitam.
  • Gaulkan fillet ikan dlm tepung dan biar sekejap
  • Celupkan ikan satu per satu dlm telur, kemudian dlm breadcrumbs.
  • Goreng dgn hati sederhana sampai perang.
  • Tos minyak, dan hidang dhn sos.

fillet ikan dory yg me beli ni agak besar. satu fillet blh dapat 11 fritters. kalau ada yg xpernah beli ni, fillet ikan dory ni kt frozen department supermarket. me buat fish and chips pun guna ikan ni jugak =)

nyumm! rangup di luar, lembut di dlm (kalau x hanguskn.. hihi..)

okies.. nk gi nengok menu minum ptg kt dapur semua org.. td nmpk cam kak mas kuarkan labu besar.. pastu mek sue tu sure x msk kuih sbb excited nk masak ikan byk2. ye x? hihi... owh.. welcome back kak izah... windu nk gi skodeng n3 baru ^^

Sunday, May 8, 2011

Cheesy Chicken Roll


Assalamualaikummmm!!!


dh petang baru nk bukak lappy nih.. smlm kuar smp ptg bershopping2. arini gi taman tumbina, pastu singgah kedai beli dada ayam. aritu tgk iklan yg TLC, ada laa sorg TV host ni duk mkn ayam goreng dgn cheese yg meleleh2 kuar. my laling sibuk suruh me wat.. haha.. me tgk iklan tu seimbas lalu je, nmpk mcm dia deep-fry ayam tu, then tgh2 ada melted cheese. mmg nmpk sgt sedap! so, sbb 4-5 kali my laling duk sebut tu kan, me pun bereksperimen laa kt dapur. try pound dada ayam tu jd leper, pas tu letak cheese kt tgh2.. tp susah nk gulung n mmg kompom bila goreng abih terkeluar cheese tu. nk salut ayam tu ngan breadcrumbs wat style nugget pun x jd gak.. last2 me teringat kt chicken roll yg me penah mkn kt restoran, dia balut guna tauhu kering. so jadi laa chicken roll nih.. me godek2 sesuka hati je nih, tp my laling mkn dgn laju nyer. siap ckp 'pesal wat sikit sgt?' hehe..

ni tauhu kering yg me guna. mcm fucuk tu, tp keping2 lembut

Cheesy Chicken Roll
by tun_telani ^^

Bahan2:

  • 1 keping dada ayam- boneless
  • 3 keping tauhu kering (potong lbh kurang 15x20 cm)
  • 1/2 cwn breadcrumbs
  • 1 sk serbuk lada hitam AJIOSHO
  • 1 sk parsley
  • 1 keping slice cheese- bahagi 3
  • sedikit garam

Cara-cara

  • Dada ayam di dadu kecil atau di kisar
  • Gaul ayam dgn lada hitam dan garam.
  • Campurkan ayam dgn breadcrumbs dan parsley. Ramas2 dan bahagi 3.
ni rupa ayam yg dh gaul
  • letak adunan ayam kt hujung tauhu, pastu letak cheese kt hujung.
  • Gulungkan spy cheese duk tgh2 ayam. Basahkan sikit kat hujung spy agak melekat (dia mmg xkan melekat mcm popia ye)

  • Goreng atas api yg sederhana. Letakkan bahagian lipatan kt bawah masa mula2 goreng supaya xterbuka nnti.

  • Goreng smp keperangan. angkat dan toskan.
  • Boleh dimkn dgn sos cili dan mayonis.

nmpk cheese dh meleleh tuu.. mkn panas2 sedap weyhh...


mlm ni MU lawan Chelsea.. kawan2 my laling nk dtg umah tgk bola. huhu.. nmpk gaya me berkurung dlm blk la mlm nih.. xkn nk wat muka xtau malu join tgk bola pulak kan.. hehe.. tgh pk nk masak ape.. brp org yg dtg pun x sure. kalau 3-4 org blh wat pizza sebijik. kalau 10 org?? payoh gak nih.. apa yg senang, cepat, dan sedap utk dibuat? dn sesuai dimkn smb tgk bola??

Saturday, May 7, 2011

Ikan Tongkol Goreng Kicap


Assalamualaikum ^^

weekend kembali.. me expect nnti mesti sunyi je dapur2 nih, kn. hihi.. me pun nnti nk kuar jalan2 =) owh, smlm me hantar 1 abstract baru ke supervisor.. alhamdulillah, semangat sikit utk teruskan kerja bila ada progress.. then conference yg akan me attend hntr email offer utk publish full paper presenters. hopefully me sempat siapkn paper tu b4 ke Bangkok. bestnyer bila ada semangat wat keje sekolah. hihi.. masalah nyer semangat dan idea dtg sekali-sekala je.. huhu

Ok laa.. ni nak tayang lauk yg simple, tp sekali sekala mkn ni rasa mcm sedap laa pulak. ikan yg direbus, bila goreng ni mmg xtra sedap sket. teringat masa kecik2 dulu nenek kt kampung selalu rebus dulu ikan, pastu goreng. perghh.. sedap btolll.. tp mmg malas betul nk wat nih, sbb kompom dh meletup2 dlm kuali tuh.

nway, me share resepi dr makyong ni yg tlh diubai sesuka hati oleh mek sue, n me duk terliur2 kt dapur si mas nuh..

Ikan Tongkol Goreng Kicap
resepi: makyong@myr
sumber: haSue, Mas


Bahan-bahan ( - )

* >>Bahan untuk rebus
* 5 keping ikan tongkol
* 3 sudu makan asam jawa(yang masih berbiji) - tun guna 2 asam keping
* 2 cm halia atau lengkuas(hiris) - tun guna lengkuas
* 1 sudu teh garam
* sedikit manisan/gula melaka

* >> Bahan untuk goreng kicap
* 1 labu bawang besar-hiris
* 2 ulas bawang putih- hiris
* 5-10 cili padi- hiris(ikut tahap kepedasan)
* 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
* 2 sudu besar(atau secukupnya) kicap
* 2 sudu besar(atau secukupnya) sos tiram

Cara-cara

1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
3. Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas


ok.. selamat berhujung minggu.. bg yg ada anak2 tu, sekali-sekala bw laa gi mandi pantai ke, picnik kt air terjun ke.. hihi... windu nyer nk blk kg.. nk konvoi beramai2 dgn pak sedara n mak sedara gi air terjun..

hv a great wiken! me nk wat keje sekolah jap, then kuar dating ngn my laling~

Friday, May 6, 2011

Crsipy Potato Wedges


Assalamualaikum ^^

n3 pantas ni. sbb nk siapkan abstract baru utk supervisor. bila dh siap abstract blh laa dgn senang hatinyer ke library pinjam novel. my laling izinkan pinjam novel dan baca time weekend je. hehe..

kali ni nk tayang Crispy Potato Wedges nih. biasa beli je, ni terajin pulak nk buat. hehe.. resepi dr mek sha.. hehe... me usha resepi ni kat myresepi, pastu google la jugak cr link kt blog.. sedap nih.. pastikan rebus kentang betul2 empuk baru sedap.

apa2 pun, tq wat kak noorsha.. me lap you!

cnp sini ye..

Crispy Potato Wedges
by Noorsha@myr, Noorsha.blogspot

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.- tun buang kulit
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.