Friday, May 20, 2011

Pucuk Ubi Goreng Pedas

Assalamualaikum ^^

kejap je dh hari jumaat. kdg2 tu kan, me terpikir yg kejapnye duduk kt dunia nih.
...
bagus juga kalau ingat mati ni kan.. mcm nasyid Raihan tu.. yg mana satu me x ingat dah. tp dia ckp pasal penyakit 'wahhan' = cintakan dunia, dan takut mati..
sbb arini hari jumaat yg penuh berkat, dgn hujan renyai2 diluar tu.. byk nyer rahmat yg Allah turunkan =) me share satu hadith kt sini, ye..

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

hahahaha.. the ustazah inside me is talking... nway, back to the recipe ye.. biasa me wat masak lemak pucuk paku ni, atau celur je.. bila nengok kak hana wat ni, teruja lak nk try.. hihi... alhamdulillah.. sedap =)


RESEPI PUCUK UBI GORENG PEDAS
source : kak hana@hanamemories

Bahan-bahan
  • Seikat pucuk ubi
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sejemput ikan bilis kopek - cuci
  • 10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 1 tangkai lada merah
  • minyak utk menumis secukupnya
  • garam dan perisa jika suka
Cara-cara
  • Celur pucuk ubi sehingga lembut. Toskan, basuh dan perah. Kemudian cerai2kan. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi dan juga lada merah.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan naik minyak.
  • Perasakan dengan garam dan perisa secukup rasa.
  • Masukkan pucuk ubi yg telah dicelur tadi. Gaul mesra. Biarkan sebentar. Matikan api dan siap dihidang dengan nasi putih hangat.

2 comments:

Anonymous said...

tun...pucuk ubi ja ka..ckp ka lauk byk tuh...hihihi..
mula2 ingatkan td kak hana punye..sbb tgk gambar sejibik...hihihi

tun_telani said...

hahaha.. nk mmg betul2 ikut tok guru nih.. harap xde lada merah je nk tabur kt atas tuh ;p