Tuesday, September 27, 2011

Ikan Bakar Berempah Woku




Assalamualaikummmm~~~~

ni menu buka puasa semalam.. baru nk letak n3, tgk2 kak anim pun masak ikan berempah woku ni jugak rupa2nya =)  ni gara-gara terliur nengok kak mas wat nih laa.. walaupun tun xde ikan siakap dan talapia, nk masak jugak.. guna je ikan kerisi dlm peti tu.. hihi.. kalau ada siakap lg sedap niihhh..

xleh tulis lama tau.. pas solat nk gi main badminton ngan my laling. arini x exercise lagi..


Talapia Bakar Berempah Woku
Sumber : MasDuniaku

Bahan : (akak wat sukatan untuk seekor ikan) 
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap  <- tun xde ni
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)  <- tun nyer kunyit dh blend siap2, xleh bakar
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :   tun tabur daun bawang je, pastu letak limau nipis
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) 
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur




Cara Memasak :

 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
 


ni menu tun buka puasa...

 tun makan ikan bakar ni dgn sayur pucuk paku goreng ^^   cuma goreng bawang putih dgn minyak yg sedikit, masukkan udang kering, tumis jap pastu masukkan pucuk paku dan sos tiram. pastu garam sikit.  mmg sukaaa sgt pucuk paku.. byk byk2 pun xpe..

 

10 comments:

anymz said... [Reply]

memang mabeles resepi ni kan tun.?
lain kali akak nak bakar pulak.

eh!..jgn suka sgt makan pucuk paku tu..sejuk tulang tau...hehe

Cheq Sue said... [Reply]

haaaaaaaaaaa............dua orang ni cam dah janji2 pulak ye...

♫ mokwo® ♫ said... [Reply]

mokwo belum coba lagik!nak membakar tu yg lemau..coz lepas tuh kena cuci oben!huhu...ngendeng skit!
nak bagi ptua skit..kalau orang pompuan elok makan avokado..elok utk muko n peranakan ..betul dak kak nymz??

Mas said... [Reply]

tun..kak mas pernah guna ikan kerisi...
memang sedapp sangat....
perhhhhh..ngan pucuk paku lak...
maunya menjilat jari uuuuu....

Sheila Shafeareen said... [Reply]

Assalamualaikum..yeeehhh sini pun dah sampai...x leh jadi ni masing2 kata sdp npk pun menyelerakan...esok nak g cari ikan lah hehh...sdp pucuk paku tu...

Qhaifa Nur said... [Reply]

memang menyelerakan makan pula dengan pucuk paku goreng....

Ezadlieza said... [Reply]

salam tun...sedapnya tu...awatnya makan ikan jer...diet bebenor jer tun nih...akak tgk tak ler bam bam mana pun....comei dah tu nya...

Yana Shaiful said... [Reply]

Salam Tun..Amboi diet bebenor yee hehee..K.yana mmg dh tergoda sgt nii dgn ikan berempah woku..dh rmai citer kesedapnnya..xtahan..mmg kna bt jgk hehee..

Zaliedana said... [Reply]

Tun,amboi sana sini duk tayang ikn berempah woku kan,kak ct dah pernah try lama dah,hubby ckp sedap..Owh tun suke mkn pucuk paku eks,meh nak bagi,kat dpn umah da 1pokok,selalu ambik celur utk hubby,kak ct xsuke sgt..

Wattie said... [Reply]

Salam Tun,
Akak dah pernah 2 kali buat ikan ni, memang sedap giler.....