Wednesday, September 21, 2011

Tauhu Kukus


Assalamualaikumm~~

Alhamdulillah berjaya puasa 6 lg sehari. td tun berbuka dgn tauhu kukus nih. pastu goreng nasi utk my laling. berbuka ko 630, ko 6 baru laa sibuk nk mengukus tauhu dan menggoreng2.. hihi..  mmg senang buat nih, kejap je dh siap. tun kukus dalam bekas tauhu tu dulu, pastu baru tuang dalam pinggan. tun kurangkan minyak tu, ye laa, tgh diet kan.

Terima kasih kak ummi atas resepi yg senang dan sedap nih. hasben tun suka makan ^^

Tauhu Kukus
Resepi: Chef Harun, Majalah SAJI
Sumber: kak Ummi

Bahan:-
  • 2 keping tauhu lembut
  • 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar) - tun letak 1 sudu besar je
  • 1 sudu teh minyak bijan  - tun xde nih
  • 1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit
  • 5 sudu besar minyak masak- tun letak sikit je minyak
  • Bawang goreng secukupnya
  • cili merah dicincang halus
  • sedikit daun bawang yang dicincang halus - tun xde, ganti ngan daun sup
  • 1 sudu besar kicap manis- tun tambah
Cara Menyediakan:-
  1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
  4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
  5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.

close-up ^^

10 comments:

Nazrah said... [Reply]

memang menu untuk diet...

Zaliedana said... [Reply]

Assalam tun,hehe menu diet lagi eks..Tapi nmpk sedap juga tun..

Citarasa Rinduan said... [Reply]

tun..
kak ayu rindu..
singgah hilangkan sendu

aduh,.
adikku sedang berdiet.
semoga cepat2 dapat tubuh yang di idamkan ya

Sheila Shafeareen said... [Reply]

salam sdp kan tun baru minggu lepas akk buat...mmg manu utk diet ni akk akk meratah aje...

nuwairani ismail said... [Reply]

ala...nak makan tauhu jugak!!! jeles2!

Qhaifa Nur said... [Reply]

salam singgah

biasanya tauhu ni saya campur dalam sup..sesekali buat kukus sedap juga

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

Naz said... [Reply]

Wahh tun.. Ni betul2 diet ni.. Semua menu rendah lemak dan kalori ni.. Rebus2, kukus2, ulam2, bako2... Suka kak Nadz tgk..

quinnie said... [Reply]

tun dah lamanya kita tak makan masakan kukus2 nih..asyik goreng2 je....

tun_telani said... [Reply]

hihihihi... mari berdiet bersama2 ^^

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

mari berdiet.. hehehee.. nie pun akak sukaaa sgt makan... mmg sedap!! akak perlu kuatkan semangat berdiet skg nie tun... adeeh .. hari2 kena rqst kek ler.. itu ler.. diet pun dah ke laut dah.. huhuuu... tp nasi mmg akak x ambik lg... tu makan kek kukus tu? hahahaha.. lg ler berganda2 lemaknya kan.. baik ambik nasi.. hehehee...