Wednesday, September 21, 2011

Tom Yam Putih


Assalamualaikum~~

tun masih lg berusaha utk habiskan puasa 6. hihi.. mesti org lain dh lama raya 6, kan? tahun ni atas sebab2 yg x dpt dielakkan, me terlambat sikit. insyaAllah masih sempat lagi. sapa2 yg belum habis puasa 6 tu, mari laa puasa sama2 =) tapi kalau yg belum habis ganti puasa, baik lah di dahulukan yang wajib, kalau x sempat puasa 6 pun insyaAllah ada ganjaran yg Allah janjikan (ni yg me dengar ustaz ckp dlm TV aritu ^^ ). 

tom yam ni dh perap 2 hari dah sebenarnya. me wat sahur 2 hari lepas, pagi td sahur dgn 2 keping wholemeal bread je. tu pun mkn kosong, serba salah nk sapu butter sbb xnak saja2 tambah lemak. alang2 nk sapu butter, baik mkn kek je kan? haha.. boleh pulak camtu. esok kene makan berat sikit laa utk sahur, sbb baru ko 10 dh terasa lapar nih, sahur ko 430 td. diet2 pun, kesihatan perlu jaga, betul tak? 

kalau banding tom yam putih dgn tom yam yg tumis lada tu, tun lg suka tom yam yg tumis lada (tom yam yg kaler merah tu). yg tu mmg sedap! tom yam putih ni mmg x leh lawan laa, tp kalau cukup serai dan daun limau purut, sedap jugak. sihat pun sihat sbb main lebur tanpa tumis apa2.  

Tom Yam Putih
resepi: tun_telani

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 bj bawang besar- mayang kasar
  • 3 ulas bawang putih- ketuk
  • 3 batang serai- ketuk
  • 5 helai daun limau purut - nk lebihkan pun xpe
  • 1 sb asam jawa
  • 1 bj limau nipis
  • 1 btg carrot
  • 1 btg saderi
  • 2 bj tomato- belah 4
  • Garam

Cara2

  • Masukkan ayam, bawang putih dan serai ke dalam periuk. Rebus dgn air secukupnya.
  • Dah mendidih, masukkan air asam jawa.
  • Pastu masukkan tomato, carrot, saderi dan bawang besar. 
  • Agak2 ayam dh masak, masukkan daun limau purut. kalau x cukup bau, tambah lg daun limau purut.
  • Perasakan garam. dah tutup api baru perah jus limau nipis.
  • Siap.

ps: tun suka mkn tom yam ayam. tp boleh ganti dgn seafood pilihan =)
pps: utk sahur, tun celurkan sedikit mee kuning utk makan dgn tom yam. blh juga jadikan bihun tomyam. 


timbang arini dh kurang 1.5kg.. hihihi.... tp jauhhh lagi laa kalau nk banding dgn berat last year.. chaiyok2!!

14 comments:

Cheq Sue said... [Reply]

Wahhh...sedap tu. Kalau cheq sue lagi suka tomyam putih dari yang merah. buat yang masam2 sikit aduhhhh...

chikadakbiru said... [Reply]

salam tun..nampak gaya ..sama la menu sahur kite td..akak pun sahur dgn wholemeal bread...tp akak gagahkan jua bubuh mentega n kaya..cam tak lalu plak pagi2 makan roti kosong...

akak pun baru wat tomyam..tp tomyam merah ler..kalau tomyam putih tk pernah cuba lagi!! hihi

nuwairani ismail said... [Reply]

wah! igtkan sy je yg turun 1.5kg...hihih...seronok tak terkata bila berat dah turun ni...

Sofea said... [Reply]

Tun,sama la kita, lagi 2 hari nak kena puasa..lagi satu sama juga akak buat tomyam semalam, time berbuka celur bihun, mkn dgn tomyam :)

Kak Rose said... [Reply]

sedapnya tomyam tu... leh wat nnti tuk lauk bukak posa... kak rose pun sahur ngan roti bako jer. itu la menu yg boleh masuk masa sahur... 3 more days to go!

Anna Qawina said... [Reply]

TUN : bg kuahnya lebih yer..nak celup mee..hihi

Qhaifa Nur said... [Reply]

tom yam putih baguzz juga tu..
selalunya dok tgk yg kuahnya seakan2 oren kemerahan, mesti anak2 suka..


dah follow jom follow back

Nazrah said... [Reply]

diet yer...tomyam diet ni ok gak

Deliah's Deli said... [Reply]

esok blh la msk tomyam,lama jg x mkn msk ni...hr ni brbuka apa tun? :)

tun_telani said... [Reply]

cheq sue: perah asam limau byk2 kasi masam mmg lagi sedap tom yam putih nih.

kak CB: wah.. akak pun tgh diet jugak mcm tun ke? hihi.. tun masa diet je mkn wholemeal bread, kalau x mmg roti putih biasa laa.. hihi

nani: ptg td timbang dah turun 2kilo! weee~~~

tun_telani said... [Reply]

kak pia: sedap nyer bihun tomyam! stok bihun tun dh habis, kalau x, mmh dh celur bihun dah.

kak rose: ye ke? bagus nyer kak rose, tun kalau x diet mmg cari nasi la time sahur.

kak anna: org dh x pantang ni, mcm2 nk mkn ye

tun_telani said... [Reply]

qhaifa nur: tq sudi follow, nnti tun balas kunjungan

kak nazrah: ha'ah diet. kalau x mmg dh menumis dh. hihi

kak del: arini mkn tauhu kukus kak.. dasyat x diet tun? hihi

Rabiatun Adawyah said... [Reply]

sedapnyer..lama tak masak tomyam...sukerrrr...

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

waaah dah turun yer berat badan tun.. sukanya... tahniah tun... :)..
tomyam putih sedapnyaa... akak suka bab supnya tu.. mmg best!