Monday, January 16, 2012

Bingka Kacang Merah


Assalamualaikum~~~

kembali bersua di pagi isnin.. wiken mmg tun jarang tengok blog. ada la dlm 2-3minit jenguk2 intenet, in case la kan ada org tanya apa2 yg perlu dijawab =) sabtu, mcm biasa la.. hari mengemas dan bershopping. bukan shopping apa pun, beli groceries je yg lebih. penuh kan stok2 dapur. ahad, masa utk usrah. lepas tu gi rumah kawan. saje jalan2 lama x jumpa set2 cikgu ni sejak cuti sekolah. 

bingka ni tun buat utk bawa ke usrah. terjakun tengok kak yatie wat bingka kacang merah ni, terus tun rendam kacang merah.rasa2nya kalau kacang hijau pun boleh jugak. satu adunan dpt banyak jugak, dh bawa gi usrah separuh, separuh lagi bagi2 kat jiran tetangga.. hoho.. sukanya daku ada jiran tetangga skrg ^^

letak sikitt je kaler merah, so still nmpk warna asli kacang

Bingka Kacang Merah
resepi: kak yatie

Bahan-bahan.
  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
  4. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.
NOTES!!!: utk steps ke 3 tu, tun panaskan kejap je pun dia dh start berketul2. so tun x teruskan panaskan sampai berwap tu. lepas tu tun blend sekali lagi supaya hilang ketul2 dia tu. next time nk skip terus.

    17 comments:

    anymz said... [Reply]

    sedap ni tun..:)

    izahdaut said... [Reply]

    kerak tu yg mempersona... ada gak tu kcg merah kat gobok. bila la nak diusahakannya. hehe

    EmbunRosaliza said... [Reply]

    Assalam tun sedapnya nampak tang kerak tu, suka2.

    KakAsma said... [Reply]

    nampak ady pun buat gak ari nie..hehehe..cam sedap ajer tu tun..ada kerak2 gitu..

    Mas said... [Reply]

    resepi yg dalam list....
    sedappnya tengok tun.....

    Yatie said... [Reply]

    tq sudi mencuba, akak pun geram je tngk keraknya tu..

    Cheq Sue said... [Reply]

    DAH BERKURUN RASANYA AMEK RESEPI NI TAPI X SERU LAGI NAK BUAT... MINTAK SIKIT..

    Kak Rose said... [Reply]

    glup!!! telan air liur tengok kuih bingka ni... sedapnya. tengok kerak tu lg mengancam!

    CT Delima said... [Reply]

    As'salam Tun

    pagi tadi singgah blog Ady S'pore pun dapat merasa bingka kacang merah ni. Masuk sini dapat lagi. memang rezeki betul k.ct ni kan..hihi

    Zaliedana said... [Reply]

    Assalam Tun,msti sedp n lemak2 kacang tuh terasa kan,kak ct suka tang kerak2 tuh..Tun kalo kak ct wat kuih talam bagai yg kna kacau smp berwap n pekat cikit tuh,mmg blend balik ler,sbb slalu berketul,adeii..Nih nk rebus kacang smp empuk yg bercinta tuh kan..

    Wanieyra said... [Reply]

    Salam Tun...

    Rindu kat tuan rumah ni, maklumlah lama tak singgah sini. Lagipun dapur kita dah lama tak berasap...

    Liza said... [Reply]

    salam tun...akak pun suka tang kerak tu, bila la nk try buat ni...tergoda sudah....hihihihi

    nOOrsha said... [Reply]

    salam tun...smlm nmpak kat umah k yati...cepat tul virus tersebar..menggoda ngan kalernya yg merah2 nak kesamaran n keterangan tu..eh ape yg akak huraikan ni..haha..ntah, tak reti nak describe...tp nyumnyum mmg nmpak sedap :)

    IZA AKMA said... [Reply]

    assalam tun,
    rasanya baru sehari dua hari lepas yatie tayang..hari ni tun dah n3..cepatnyer..kalau dah kcg merah sure sedap kan tun..
    nampak gayanya iza lambat la lg la tun, rakyat kat umah ni tak minat bingka2 nih..kalau buat gak..alamatnya iza sesorang jer yg habiskan..kiv dulu lah

    Nieza said... [Reply]

    sedapnya tgk bingka ni tun...hari tu akak buat talam kacang merah pun dah terasa sedap ni kan pula mkn kacang merahnya saja.

    Naz / Nadz COSK said... [Reply]

    Assallamualaikum adik Hawa aka Tun..

    Nasi halia kaler maler yer.. Cam nasi hujan panas lak dah.. Boh le nama nasi halia hujan panas..ceh..ceh.ceh.. Pepandai jek kan.. Dah le resepi org..hehehe..

    Tun, writting dah finish ke?

    quinnie said... [Reply]

    tun..nak jadik jiran tetangga boleh? boleh ngendeng kuih selalu cam gini...hehehe...rajin nya rebus kacang merah sendiri ke?