Wednesday, January 11, 2012

Nasi Ayam Ipoh Hainan kak Q


Assalamualaikum ^^

yupp... i know..... gambar sgt x cantik compared ngan gambo nasi ayam org len.. tp nk letak jugak sbb rasa dia sedap. skrg tgh cintakan minyak bijan.. baru2 belajar guna minyak bijan masa buat pot chicken rice tu, terus xleh berenti guna.. hehe... sbb tu bila kak Q tunjuk nasi ayam ni, bersinar2 mata tun nengok.. hihi...

Resepi nampak sgt panjang.. tp xde la renyah sgt.. ayam dia mmg tun xleh terima kalau pucat2 gitew, so ayam dia still tun perap kicap dan bakar..



Nasi Ayam Ipoh Hainan
Resepi: Quinnie


*BAHAN NASI*

  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  •  1 sudu kecil garam 

 *BAHAN AYAM*(utk 1 org punya makan)

  • 3 ketul ayam ayam
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1-2 titik kicap cair
  • 1 sudu besar sup
  
*BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam

*BAHAN TAUGEH* (1 org punya hidangan)
  • semangkok kecil taugeh
  • 1 sudu besar sup
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 2 titik kicap cair

  *BAHAN CILI* 
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • 2 hiris halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • garam n gula secukupnya
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

*BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram 

 

*BAHAN SAMPINGAN*

  • daun sup dan bawang yg dihiris, timun yg dihiris, tomato yg dihiris,

 

Cara-cara

  1. cara utk buat air rebusan ayam...mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. ayam tu biar betul2 masak...sebab kita tak goreng dah...cucuk dgn garfu tengok kalau ayam tu dah masak ke belum..air biar betul2 didih masa masukkan ayam..biasanya 20 minit tu dah o.k dah..
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin  dalam periuk elektrik, biar ia cair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. cara penyediaan ayam, ambil 3 ketul  ayam yg telah masak dan telah di toskan tadi. kemudian...potong siap2 ayam tu biar mudah waktu makan nanti.... masukkan  kedalam satu mangkok..kemudian masukkan minyak bijan...kicap cair dan sup...kacau2 rata...kemudian boleh la hidangkan kedalam piring kecil   (tun xleh terima ayam gini, jd tun perap ngan kicap cam nasi ayam biasa, pastu bakar)
  5. cara penyediaan taugeh....masak sedikit air didalam periuk...biarkan air didih....lepas didih je air..terus tutup api..masukkan taugeh..dan terus je tos...takyah lama2 proses celor nanti taugeh layu....masukkan taugeh kedalam mangkok...lepas tu masukkan kicap...air sup dan minyak bijan...kacau rata...lepas tu letakkan kedalam piring dan hias dgn daun sup dan bawang diatas taugeh tu tadi.
  6. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.cili tu air dia tak yah byk sgt..biar pekat..sebab cili ala hainan ni pekat skit cili dia...letak 1/2 cawan air sup tu pun dah cukup.
  7. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  8. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  9. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

16 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... [Reply]

Ipoh Mali pasti sedap

norlieharumaini said... [Reply]

wahhhh.. sedapnya makan nasi ayam.. nk tapau sikit...

Liza said... [Reply]

rasa2nya hari ni karam lg kot.....tulun tulun...hihihihihi

suri solehah said... [Reply]

nampak tun post kat FB tadi teringin nak buat..sekali dtg tgk resipi..tak dak minyak bijan huhu..

nOOrsha said... [Reply]

yummmy!!~ masuk2 nampak nasik ayam..hiash langkah kanan btol.. mintak ler sket tun..akak tuko ngan omelette je ek..ahakz!~

Kak Sam said... [Reply]

Amboi turun ipoh tak habaq pun. Akak pernah buat sekali memang sedap. Tetamu yang dijamu pun makan begitu selera sekali. Nak buat lagi tapi malas sungguh le

Ezadlieza said... [Reply]

salam tun...huishhhhh...hari ni line ok..laju jer nak kaco org...hehehehe...ishhh meh ler sepinggan nasi ayam tu...peh tu apam kat bawah nih...gebuuuuuusss tuuu elok jer naiknya...

Wattie said... [Reply]

Salam dan selamat tahun baru Tun,
Gambar tak cantik takpe Tun, janji rasanya terangkat..hehehe....akak pun dh cuba nasi ni,mmg sedap...

Sofea said... [Reply]

Assalamualaikum Tun, entah dh berapa kali akak buat nasi ayam Q ni..Fav seisi keluarga ;)

Nieza said... [Reply]

sedapnya tgk nasi ngan ayam ni tun....yg versi hainan resepi Q ni akak lum cuba lagi.nanti nk terai:)

quinnie said... [Reply]

amboi tun siap bling2 mata dia bila tengok resepi nasi ayam hainan ni ye...hahhaha...elok le kalau suka..tak le penat masak..kekeke..kita pun skang ni suka yg versi hainan ni...hehehe....terasa rasa je minyak bijan tu tun..adesss!!!

izahdaut said... [Reply]

suke resepi ni. sambal kicap tu pun best.. tun.. steam pumpkin tu kalau nak dia mekar kukus dlm kertas. cantik je merkah. anak2 akak mmg suke

anymz said... [Reply]

ni lah menu yg akak belum2 cuba2 lagi..tgk mcm panjang sgt resepinya tu tun..walau apa pun suatu hari nanti mesti nak try..

cik cek said... [Reply]

Nasi Ayam Ipoh Mali 1....sedapnya...:)

Naz / Nadz COSK said... [Reply]

Assallamualaikum Tun..
Baru nk munculkan diri ni tun.. Lama sangat bercuti sampai blog pun bersawang. Si Mira kat lab diet tu pun sampai tanya kak Naz apasal blog diam jer..hehehe..

Akak kalau nasi ayam, ayamnya pun mesti nak digaul dgn kicap baru dibakar or goreng..Samalah kita Tun. So tolong masakkan utk akak hari ni yer..hihihi

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

berbunyi terus perut nie tun tgk menu nie.. sedapnya nasi ayam... suka sgt makan nasi ayam...