Tuesday, January 3, 2012

Karipap Inti Ayam dan Kentang


Assalamualaikum ^^

Menu pertama utk tahun baru, dan menu minum petang arini. baru je habis makan. hihi... tun buat karipap ni utk  makan2 @ bbq kat rumah pengarah adtec sempena tahun baru. mmg biasa wat satu adunan dpt byk, so frozenkan sedikit. karipap inti ayam mmg tun nyer feveret. tp enchik H ku peminat setia karipap sardin, jd sejak kawin mmg jarang2 buat karipap ayam. (karipap sardin refer SINI ye ^^ ).

since zaman budak2 lagi ni adalah antara menu minum petang yg selalu mama tun buat. masa tu mmg mcm2 bentuk jadinyer, sbb byk betul tangan yg mengelim. hehe... ingat lagi dulu mmg buruk beno tun kelim, antara adik2 beradik tun, tun yg tangan paling keras rasanya.. hehe.. skrg dh pandai sket. tu pun ada jugak yg x sama saiz.

resepi ikut yg mcm mama tun buat. biasa campak2 je, tp sbb nk tulis dlm blog ni, so berusaha utk tgk sukatan yg betul =)



Karipap Ayam dan Kentang
resepi: tun telani
Bahan2 (anggaran dlm 40 bj)

Doh:
  • 4 cawan tepung 
  •  2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak) 
  • 1/2 cawan minyak (panaskan) 
  •   3/4 cawan air
  •   1/2 sudu kecil garam

Inti
  •  2 keping isi dada ayam- dadu
  • 3 bj kentang- dadu
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 sb serbuk kari- bancuh dgn sedikit air
  • Sikit daun sup- optional
  • Garam
 Cara2:

Untuk doh:


panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk siket, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)

Untuk Inti:
  • rebus kentang hingga 3/4 masak. toskan.
  • tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • masukkan serbuk kari dan tumis seketika.
  • masukkan isi ayam dan tumis lagi.
  • masukkan kentang dan sedikit air, dan masak sampai kentang empuk. gaul2kan sentiasa supaya bahagian bawah tidak hangus.
  • perasakan garam dan masukkan daun sup yg dicincang jika suka.

nota tun: kadang2 je tun masukkan daun sup. sbb jarang beli, bila kebetulan ada daun sup dlm peti baru tun akan masukkan dalam inti karipap =)

14 comments:

Nieza said... [Reply]

assalam tun, dah blk umah yer..alahai ciannya sure penat lagi kan. sedap tgk karipap ni tun..jom tukar ngan blueberry tiramisu akak..hehe

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... [Reply]

katanya karipap Tun sedap akak nak cubalah...ranggup..crup..crup

dZana said... [Reply]

aslmkum tun.. akk jalan2 jer dapur tun .. lum ada mood lagi nk masak2.. tgok karipap tun yg gebu ni .. klau dpt yg panas2 mmg best..

Anna Qawina said... [Reply]

Tun..ada yg frozen kan? bg akak yer..nak goreng & makan je..hehe

NADYA ANWAR said... [Reply]

Sedapppnyerrr!!! Nak 2 ketul je, bley??? Heheheh...

quinnie said... [Reply]

wah tun..nak 5 ketul..sekutul dua tak mo..tak puas makan..kekekke...kita nak makan jugak karipap tapi malasnya nak buat inti..huhuhu

~~zAnAfAhMi~~ said... [Reply]

Resipi tun lebih kurang dgn akak, cuma akak tak rebus kentang tu, potong dadu dan masuk lps tumis rempahnya. Api biar kecil. Lain org lain caranya kan?

izahdaut said... [Reply]

dapat ku bayangkan karipap yang rangup ini tun. hehe.. hakak sukee sangat/ hari ni seharian terbayang nak buat karipap. dah keluar daging nak buat inti. tapi terbuat menda lain lak..tuko ayam ke daging boleh kan?hhe

Kak Sam said... [Reply]

Teringin sangat nak cuba resepi tun ni, tapi malaih sungguh le nak kelim2 tu nanti. hehehe yang frozen ada lagi tak?

Liza said... [Reply]

salam tun...kat umah akak ni pulak kalau karipap kena buat inti ayam or dgg, kalau sardin mmg xlaku, akak mkn srg jr la....hihihii

Nur FatIn aDiLah bT azMi said... [Reply]

sedap2. hehe tp saya suka replace doh karipap tu dgn popia. Popia berinti inti karipap. hahahahaa sedapp >.< (saya malas buat doh karipap)

Anep said... [Reply]

tengah mencari resipi untuk inti karipap dan terjumpa kat sini...tengah merebus kentang sekarang..harap menjadi..Thanks.... kak tun memang comel..hahah

nurfarid said... [Reply]

Nak cuba la resepi nih..dah potong kentang..

farhana effa said... [Reply]

Salam perkenalan.. thanks sharing this resipi... memang tengah mencari :)
jemput visit & follow me back :)
http://wwweffafarhana.blogspot.com/