Friday, January 6, 2012

Nasi Goreng Ayam


Assalamualaikum~~

pagi ni nk tayang menu yg tun wat 2 minggu lepas.. haha.. xperasan belum letak lagi.. wat masa kt kampung lagi ni. xpe la, gambar x basi kan ;p tun dh lama usha resepi ni. balik aritu baru berjaya buat.. seronok je bila masak banyak2 pastu cepat betul laku. tun skrg kalau nasi berperisa suka betul rasa dia bila masak ngan beras wangi. kalau beras basmathi tun kureng sket, rasa mcm x puas makan. hehe.. ikut selera masing2 la kan..

salasilah resepi ni panjang tau.. ramai yg dh buat.. kalau gugel kuar byk nama. tp tun copy ni dr rumah kak ika. lama betul akak ijah siam ni bercuti je.. windu nk nengok n3 baru.. cepat2 la update semula ye. dlm fb pun sunyi sket.. 

Nasi Goreng Ayam
Resepi asal: 3 hungry tummies
Olahan: cikmanggis
Sumber: kak yatie, kak ika

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam - tun xletak
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar - tun xletak. x suka bau ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

12 comments:

Liza said... [Reply]

salam tun...akak pun prnh wat nasi ni, adik cakap rasa macam nasi beriani...mmg sedap kan..

Qhaifa Nur said... [Reply]

begitu menyelerakan....mesti sedap kan..kan..

anymz said... [Reply]

wah menu yg paling akak suka masak..masak nasi sekali dgn ayam..juga suka makan..hehe

cikmanggis said... [Reply]

memang sedap Tun..anak anak suka sangat.eh tun..makcik manggis berkenan dengan roti kat bawah tu..rasanya petang ni nak meroti la pulak :)

quinnie said... [Reply]

tun..tengok tomato tu dah terasa rasa je kat mulut ni ha...lamanya tak makan ulam tomato..sejak harga mahal ni beli skit je utk buat gulai...ratah2 tak dek can...hahahha...yummyyyy!!! memang sedap makan dgn nasi goreng...sempoiiii!!!

Nieza said... [Reply]

sedapnya tgk nasi goreng ngan ayam tu tun..buat akak lapar jer ni..hehe

Yana Shaiful said... [Reply]

Salam Tun cayang..windunyaa ^^..

nnt k.yana nk cubalah..suka msk cani..xyah bt lauk lain dh.. nyumnyumm..

Anna Qawina said... [Reply]

Tun..nasi ayam 2 bungkus yer..

blogresipi.com said... [Reply]

Phew, nasi goreng ayam ai tengok malam2. sungguh menggiurkan. tolonggggg! :D

inahar ali said... [Reply]

salam rindu tun cayang..alahai terlambat sudaa!! nasi goreng ayam sure dh abihh..ingat nk tumpang lunch kt sini..huhu!

Ummi said... [Reply]

Assalam Tun..amboiii nasi ayam goreng pulak dah...roti kat bawah tu pun akak x terbuat lgk...maleeh tul nak masak..makan jek rajin :)

nuwairani ismail said... [Reply]

nak jadi adik kak tun jugaklah! rajin betol dia masak...