Friday, January 13, 2012

Roti Telur Tampal


Assalamualaikum~~~

bekfes style malas ye kawan2.. kalau buat roti telur utk enchik H tun nih, yg paling penting, telur kuning perlu still runny. kalau dh ter-over done, nnti kene wat yg lain. hihi.. tun guna non-stick pan, tanpa minyak. pecahkan telur atas pan, then 'tampalkan' 2 bun atas telur. kalau xde bun, guna 2 keping roti putih. biarkan telur separuh masak, lepas tu balikkan atas pinggan. siap! ^^ kalau suka boleh tabur sedikit lada sulah.


bun ni buat 2hari lepas, smp skrg still sgt lembut. suka sgt! kali ke-4 buat basic bread yg tun usha dr rumah mamafami nih.. kan dh ckp, yg ni mmg a keeper.. suka betul dgn kejadian roti nih, bagi jat jiran2 baru, semua pun kagun sbb sgt lembut =)


Basic Bread Recipe
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami


Bahan2:


Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung
  • 1 sk garam
  • 1 sk bread softener- optional
  • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
  • 4 sk yis


Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
  • 80g margerine


Bahan D
  • Gula kasar utk tabur- tun x letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

13 comments:

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
apa plak style malas tu tun... dah rajin sangat tu bg akak.. mana lg buat rotinya... adeeh!! rajin tun meroti.. cantik gebu plak tu roti yg tun buat...

anymz said... [Reply]

nak buat lah kejap2 lagi tun..esok sabtu..boleh pelbagaikan roti ni kan?

Ezadlieza said... [Reply]

enhhh baru nak mengomen kat si lenggang kangkung bila klik kuar roti telur tampal...aishhh tgk telur kuning tu elok jer kedudukanya tun... tak lelehhh ler pulak...

Ribbon Clown said... [Reply]

tun,

thanks for the reminder..lama x buat roti ni.. hihi esok breakfast buat! yippee

izahdaut said... [Reply]

terbaik ek...roti ni
hubby akak pun suke telur gitu jugak. kalau dah keras dia kata baik buat telur dadar je. hehe

Kak Sam said... [Reply]

Lagi pening. adi kat dapur mas fikir nak buat donut kentang @ bun kentang. Sekarang ni tambah lagi satu @ roti ni. huahhh

Zaliedana said... [Reply]

Tun,mana da malas tun,nih dah terlebih rajin la,coz wat roti sendri,sedapnyer yg tampal telur tuh..Kak ct amik resepi dulu eks,nnti2 nk juga wat roti nih..Skng nih bm tuh tgh nguli pau.

nOOrsha said... [Reply]

salam tun..homemade bread lg puas makan kan..ngan telo lg, akak suke gak camni..bubuh sos byk2, sedapppp!!!~ :)

Nieza said... [Reply]

tun, akak pun suka wat roti telur gini gak..mr.hubby suka mkn telur.setiap hari pun tak pe kalau wat roti telur separuh msk utk dia.

Ummi said... [Reply]

Assalam Tun, roti mmg x pernah x laku...nak2 jenis tampal telor nih..anak2 akak laju jek sambar...hehe

nuwairani ismail said... [Reply]

kalau tengok kepada kejadiannya tu, rupa dh ala2 roti kt kfc dah...kalau ada yg rajin nk makan takpe...kalau nani buat pon mesti bawak gi sekolah jugak tu

blogresipi.com said... [Reply]

Salam Tun, wah kesan penyek kat tepi tu tak tahan tu. Memang nampak gebu ler. Kak ijan dah lama tak meroti tak sempat pulak. teringin jugak bagi Mikael makan roti handmade gini. hmmm, bak sikit mood roti Tun tu kat kak ijan. ehehe

quinnie said... [Reply]

wah tuh..tang mata kerbau dia tu cantik je kejadiannya..kalau kita mau dah terpecah ni...hehehhe..kita pun suka makan roti style gini...2 ketul baru kenyang..1 tak cukup...hehehe