Wednesday, January 4, 2012

Ikan Tilapia Bersos Hitam



Assalamualaikum~~

n3 cepat2 lagi.. asyik n3 cepat2 je skrg ni kan.. huhu.. sowi, tuan rumah agak kesuntukan masa. ni lunch semalam, masak cepat2 jugak. hihi.. smlm bila defrost ikan talapia ni, still x tau nk masak apa. sbb kiteorg mmg suka mkn talapia goreng, tp dh selalu sgt buat sweet sour dan 3 rasa. tgh duk pk nk masak apa tu, teringat kat tilapia bersos hitam yg tun tengok kt dapur kak ummi nih. alhamdulillah, simple, senang, dan sedap.

owh, buat rakan2 yg pertama kali menghantar anak ke sekolah arini, all the best buat anak masing. moga menjadi budak2 baik yg mendengar ckp cikgu ye =)


IKAN TILAPIA BERSOS HITAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor tilapia sederhana besar - cuci, tos dan kelar2.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 cm halia - dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh cuka makan
  • sedikit air (+- 1/3 cawan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 biji cili benggala merah - potong dadu  - xde
  • 1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu - xde
  • 1/2 biji lobak merah - hiris bulat
  • daun bawang untuk hiasan
Cara Memasak:-
  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. (boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar). Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!

9 comments:

Kak Sam said... [Reply]

Sian kat ikan tu, dari kuning keemasan terus tukar jadi kaler hitam.

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun ingatkan menu hari ni, rupanya menu cepat semlm, nmpak sangat sedap ikn talapia msk mcm ni. Anak akk ada darjah satu sorang tahun ni, ok je dia tadi, apa taknya dari umur 4 tahun dh masuk tadika heheh, awal2 ni nmpk semangat je tu

lyza said... [Reply]

Sedapnyaaa... ^_^
Saya pun suka tilapia dan ikan2 sungai yang lain..hasben kurang suka, so kurang le masak..hehe..

Liza said... [Reply]

salam tun...masak cmni pun dh cukup kan, xyah lauk lg dah...

Ummi said... [Reply]

Tun, tumpang makan tengahari sini laaa...akak x masak pun tghri ni..duk hentam Devil Choc Cake yg kngah buat mlm td tuk bekal dia balik pg nih...hehee.. Thanks ya Tun sudi try...apapun terpulang untuk adjust sana sini ikut tekak memasing kan.. :)

chikadakbiru said... [Reply]

sedapnye tun..kalau makan dgn nasi panas...terliuq tgk..

fatimatuzzahra said... [Reply]

kalau nk sedap lg beli tilapia sangkar sungai pahang :)

quinnie said... [Reply]

wah tun....dah cuba ek resepi kak ummi ni...kita duk salin resepi je..tak cuba lagi..hehhehe..jarang beli ikan skang ni....sampai dah lupa kat resepi ni..hehehhe

kat rumah ni kalau sekor je ikan talapia tak cukup....kita sorang je boleh perabih...hahahha

kak ijan said... [Reply]

Salam tun,
kak ijan pun suka ikan tilapia goreng. Best especially kalau dapat ratah2 gitu :)