Monday, January 30, 2012

Terung Masak Sambal


Assalamualaikum~~

selamat kembali ke sekolah buat semua chekgu ^^ budak2 mesti dgn malasnya pergi sekolah aft cuti seminggu. hehe.. tun dulu2 kalau cuti seminggu biasanya x puas cuti, tp bila cuti akhir tahun x sabar2 nk kembali ke sekolah.  wahh.. dh besar2 ni windu pulak zaman sekolah yg selalunya penuh dgn aktiviti. 

nway, xnak la masuk mode mengimbau sejarah lama yg mungkin akan membosankan sape2 yg membaca kan.. hehe.. arini nk share menu terung lagi.. yes! my new obsession is terung. haha.. tiap2 minggu bila wat groceries mesti beli terung. kali ni terguda tgk sambal terung kat dapur kak rosaliza. lebih kurang terung bakar ngan sambal belacan, tp kali ni leburkan sekali terung dlm sambal tu. mkn terung lembik2, suke! hihi.. resepi dr kakak mukah yg dlm gmbr cantik, tgk depan mata lagi cantik jelita ^^

 

Terung Masak Sambal
resepi: haSue@myr
sumber: kak rosaliza


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 2-3 Terung panjang
  • 1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • segenggam udang kering*
  • 1 sudu belacan*
  • Perasa-Garam,pak aji dan gula secukupnya
  • Limau Kasturi-Ketika menghidang

Cara-cara
  1. Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis.
  2. Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering.
  3. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahaan2 sekata.Kecilkan sedikit api..
  4. Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa..
  5. Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.
  6. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan.. SELAMAT MENCUBA! ^_^

8 comments:

Sheila Shafeareen said... [Reply]

salam..kat rmh akk pun suka lauk terung x kira lah masak apa..tp yg best sambal terung lah hehehe

Zaliedana said... [Reply]

Tun sedapnyer nmpk terung sambal tuh,kak ct pon suka kalo msk lembik2 sikit terung tuh,kalo cicah air asam pon best nih..Kak ct baru pndai mkn terung pas dah kawin nih jer,huhu..

Anna Qawina said... [Reply]

kami pon suka tun, nak2 lg somi akka ni, janji buat pedas2 kan, takpun celur je cicah sambal..yummmyyy

nuwairani ismail said... [Reply]

adeh! ternampak limau kasturi tu....sedapnya la hai.... nani pon suke makan terung. tp cik hosmate tak berapa suke...pasni nk try resepi terung bakar dengan air asam resepi kak noorsha kot..mcm sedap betol.

Ummi said... [Reply]

Assalam Tun....terung pun kegemaran akak, nak2 masak sambal berlada camni...mmg berpinggan nasi la masuk, x sedar dunia makan...huhu

cik cek said... [Reply]

Ish2...kechur lak singgah sini...bestnya terung samabal ni tun...:)

Nieza said... [Reply]

assalam dik tun,lama akak tak singgah dapur tun ni..lama tak bw juga. sedapnya tgk terung..akak suka mkn terung:)

quinnie said... [Reply]

aduss sedapnya tun...kita sangat sangat lah suka terung...pegi pasarmalam hari tu tak ingat nak beli terung...aduii aiiii