Tuesday, January 31, 2012

Mee Bandung Simple





Assamualaikumm~~~

dh puas tgk chicken pie tu? hihi.. tu versi rajin sket.. ni menu lunch versi pemalas. buat aritu masa tiba dtg angin M membuak2. tunggu punya tunggu kak noorsha ngan kak mas anto asam  pedas x sampai2.. last terpaksa masak mee je. huhu.. 

ni 1st time tun makan mee bandung. buat ni pun x cukup bahan, xde keledek utk pekatkan kuah, tun pun bancuh sikit tepung gandum utk pekatkan. tun xtau rasa mee bandung yg betul2 camner, tp my laling ckp, better dr yg beli kt kedai2 makan.. hihi.. Alhamdulillah.. cuma enchik H tun tu ckp jugak, xleh challenge mee bandung muar. bg tun, asal kenyang sudah.. tp sbb byk udang geragau tu, sakit tekak dan sumbat idung jugak petang tu. hihi..

skodeng kt umah kak sha. kalau nk tgk versi drooling habis, sila ke dapur kak sha ye. tun udang pun xde. simple2 je.






RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE
Resepi Asal : Hanamemories
Sumber: Kak Noorsha

Bahan-bahan

1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring - jika suka.
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering- leh tmbh jika nk pedas
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
2 biji keledek saiz kecil - rebus dan blend
telur (ikut bilangan bape owang nk makan)
sawi
tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis

Cara-cara

Celur mee kuning
Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang, keledek yang dikisar dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.*rasa mee bandung manis2 pedas.
Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan....



Chicken Pie


Assalamualaikum~~

arini nk tunjuk my 1st ever chicken pie. hehe... simple dish, tp x pernah tergerak ati nk buat sendiri. the main reason is i'm not very good in making pastry. kalau ada food processor senang je kan, tp ni nk uli2 ngan tangan. utk pie pastry, kalau terlebih uli dh xjd rangup. so, kene minimizekan proses uli2.

buat chicken pie ni pun sbb ada 1 paket instant mushroom soup powder. beli masa kt KK aritu. saje2 beli sbb kalau tiba2 terasa mcm nk mkn buleh tambah air panas dlm gelas je. convenient, but not as good as the homemade one, of course.

ada byk cara nk buat chicken pie. even dlm buku resepi tun pun ada few difference chicken pie. yg ni paling simple sbb guna soup mix.



Chicken Pie
adapted from: The Complete Book of Main Courses
sumber: tun telani


Bahan2:

Pastry
  • 2 c tepung gandum
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 c @ 115g butter
  • 50g shortening
  • 4-8 sb air sejuk (tambah ais)

Filling
  • 2 keping dada ayam- dadu
  • 1 paket serbuk mushroom soup - tun guna jenama Vono
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 1 sb butter
  • 1/2 batang carrot- sagat
  • 2 btg saleri- dadu
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 c air
  • garam
  • serbuk lada hitam

Cara2:

Utk Pastry:
  • Campur kan semua bahan kecuali air dan ramas2 hingga nampak mcm breadcrumbs. blh guna food processor. 
  • masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil gaulkan. balut doh dalam plastik dan chill at least 30minit.

utk filling:
  • panaskan butter dan tumis bawang sekejap. masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak. 
  • masukkan soup mix, carrot dan btg saleri. gaulkan dan masukkan air sedikit. biarkan mendidih. 
  • masukkan tepung gandum yg dh larutkan dalam baki air. masak sampai filling pekat.
  • perasakan garam dan lada hitam. 
  • sejukkan sebentar.

roll kan pastry yg dh disejukkan lebih kurang 3mm tebal. masukkan dlm pie dish. letakkan filling, dan cover dgn baki pastry. sapukan kuning telur kt atas.
bakar 180 C, 30minit atau hinggan keperangan.

Monday, January 30, 2012

Terung Masak Sambal


Assalamualaikum~~

selamat kembali ke sekolah buat semua chekgu ^^ budak2 mesti dgn malasnya pergi sekolah aft cuti seminggu. hehe.. tun dulu2 kalau cuti seminggu biasanya x puas cuti, tp bila cuti akhir tahun x sabar2 nk kembali ke sekolah.  wahh.. dh besar2 ni windu pulak zaman sekolah yg selalunya penuh dgn aktiviti. 

nway, xnak la masuk mode mengimbau sejarah lama yg mungkin akan membosankan sape2 yg membaca kan.. hehe.. arini nk share menu terung lagi.. yes! my new obsession is terung. haha.. tiap2 minggu bila wat groceries mesti beli terung. kali ni terguda tgk sambal terung kat dapur kak rosaliza. lebih kurang terung bakar ngan sambal belacan, tp kali ni leburkan sekali terung dlm sambal tu. mkn terung lembik2, suke! hihi.. resepi dr kakak mukah yg dlm gmbr cantik, tgk depan mata lagi cantik jelita ^^

 

Terung Masak Sambal
resepi: haSue@myr
sumber: kak rosaliza


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 2-3 Terung panjang
  • 1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • segenggam udang kering*
  • 1 sudu belacan*
  • Perasa-Garam,pak aji dan gula secukupnya
  • Limau Kasturi-Ketika menghidang

Cara-cara
  1. Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis.
  2. Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering.
  3. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahaan2 sekata.Kecilkan sedikit api..
  4. Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa..
  5. Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.
  6. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan.. SELAMAT MENCUBA! ^_^

Friday, January 27, 2012

Roti Lagi!! ^^

Assalamualaikumm~~~

meroti lagii. tun buat ni utk bawa bekal perjalanan masa holiday. tau2 je jalan kt sini byk lalu dlm hutan je, tgh2 jalan kalau lapar mmg problem. kalau kt semenanjung, semua tempat pun ada kedai makan. kt sini kalau jumpa kedai makan tepi pun, status halal dia pulak yg kiteorg was2. so, better bawa je bekal, senang cerita.

kali ni still guna resepi Basic Bread. insyaAllah, tanpa bread improver dan bread softener pun akan kekal lembut 2-3 hari (kalau ramai tukang makan kejap je licin nih). resepi refer SINI ye. lepas siap uli tun bahagi 3 dan buat jenis lain2..

versi coklat chip bun

coklat chip masukkan masa nk uli kali ke2 sblm bentukkan. kalau masuk awal2 dlm BM nnti 'hancur' tergaul dlm doh =) 

yg ni just plain dough.. cuma wat kaler2 rainbow kasi cantik ^^

 bentuk retard sket. haha.. yg ni letak brown sugar + cinnamon ^^

ok laa.. have a nice weekend everyone! ^^

Bintulu to Kota Kinabalu via Brunei


Assalamualaikum ^^


kali ni tun just nk share info pasal road trip from bintulu to kota kinabalu. in case la kalau2 ada warga sarawak yg nk drive ke sabah, or Sabah-ian yg nk ke sarawak through brunei.. trip from miri to KK dlm 490 km, dr bintulu tambah lg around 180km (lebih kurang je nih). kalau ikut distance lbh kurang nk ke kuching dr bintulu je, tp sbb lalu Brunei n byk pos immigration, jd terasa jauh. perjalanan pergi kiteorg amik masa 14jam! sbb baru mula cuti dan ramai travel. perjalanan balik, sbb my laling amik cuti xtra sehari, so the journey only took us 10hours. 


ada 10 pos immigration, miri-brunei, brunei-limbang. limbang-brunei, brunei-lawas, dan lawas-sabah. kat miri kene tukar duit brunei siap2 sbb ada tol 3 dollar (tol msia 10inggit). minyak pun isi penuh, sbb kalau isi minyak kat brunei mahal.. foreign car xleh isi minyak yg subsidi kerajaan brunei. pastu buleh la isi minyak lg kat limbang atau lawas. owh, lagi satu pastikan ada dokumen kereta (panggil apa ntah, ala, dokumen yg masa beli kereta dpt tu, tulis cc bape, road-tax, n segala bagai.. sbb nnti kene isi borang utk masukkan kereta dlm brunei).

Tol masuk brunei
 nak cross Brunei ke Limbang, kiteorg guna jalan kampung, jumpa map yg org tulis kt miri portal.. refer SINI. kalau takut sesat, lalu je highway dan ikut signboard jalan. kalau ikut jln kampung save dlm 40km.

-random pic of pos imegresen-

masa cuti sekolah dan wiken, org ckp queue kt immigration sgt panjang, kdg2 sampai 3jam beratur. sbb kiteorg bertolak hari jumaat, so xde la lama sgt beratur. tp after immigration limbang nk ke immigration Brunei kene naik feri. kt sini kiteorg stuck sejam! siap keluar masuk kereta sbb bosan. hehe..

queue nk naik feri sgt panjang!


after sejam.. baru nmpk sungai nya... alahai.. sekangkang kera je sungai nye. kalau berenang 2minit dh boleh cross. rasa sgt x berbaloi queue lama2. my laling ckp kalau nk ke KK lagi, tunggu ada jambatan dulu utk cross sungai nih.


sungai yg x sampai 60 meter

feri angkut kereta

rasa2nya, tu je yg penting kot. kalau ikut signboard iA x sesat. cuma kene tau la nk tuju ke mana =)

I'm Back ^^


Assalamualaikumm!!!!

fuhhh fuhh... tiup habuk kat blog.. hihi.. hopefully ada yg sudi windu2 kt kita ;) Alhamdulillah, berjaya ber-road trip 6days 5 nights ke KK.. penat travel, tp sgt seronok. passed through 10 immigrations! hebat x? penuh cop kat passport. nnti akan buat n3 pasal journey utk panduan kalau2 ada yg nk buat road trip from sarawak to sabah melalui brunei or vice versa. 

utk warm up aft seminggu ni, tun tunjuk gambar munge2 la. suka tgk bunga2 kat kundasang. windu nk gi BW. mesti byk cerita2 yg tun ter-miss kan..


Thursday, January 19, 2012

Ayam Sambal Hutan


Assalamualaikum~~

terlambat sket mengadap lappy. tgk kat fb tu, mcm2 sesi perbincangan dh pagi ni ye. hihi.. paling x tahan tgk asam gumpal kak izah.. sungguh derhaka.. tp tun terliur sgt nengok nyer.. masuk queue lagi.. seronok bila ramai2 GMM ni, xpernah ada hari yg x tau nk masak apa, biasa nya lg panjang queue resepi dr yg mampu nk masak. hehe.. 

nway, nk tayang menu lunch 2-3hari lepas. dh lama save resepi ayam ni, tp terlupa nk buat. pastu last week tgk kak liza@intai dapur masak, tergoda lg sekali. esoknya pulak, kak diana pun masak resepi yg sama. terus tun selongkar2 dapur.. tp bahan x cukup. terpaksa tunggu wiken utk beli brg dapur. Alhamdulillah, merasa jugak resepi yg sedap nih. hasben tun dh declare dia peminat menu nih. so, insyaAllah akan ada ulangan.

Ayam Sambal Hutan
Resipi: Hjh Alijah Abdullah
Sumber : kak Ayu, kak Ita,, kak Nor,  kak Yatie, Kak Diana, Kak liza


Bahan²
1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
2 cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

2 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu teh penuh jintan halus
15 biji lada kering - tun letak 2sb cili giling
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih
2 cm kunyit hidup


Cara2:

Gaul ayam yang telah dicuci bersih( Ayu cuci dgn air asam ) dengan bahan kisar.
Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul rata.
Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata.
Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat.
Taburkan gula dan garam secukup rasa.
Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Wednesday, January 18, 2012

Banana Yeast Bread



Assalamualaikum~~~

meroti lagii.. petang semalam perasan pisang kt atas meja dh ada yg rosak. bila 2-3 biji dh lebam, cepat la yg lain pun lebam nnti. jadi tun pun mula la pikir2 nk cara utk selamatkan pisang yg banyak ni. mula2 plan nk buat kek pisang, tp enchik H ku ni bukannye peminat tegar kek pisang. lagi satu, skrg ni kalau perasan tun kurangkan kuih-muih yg manis2. plg kerap pun, seminggu sekali je buat kuih yg manis2. risau nengok enchik H ku makin bam2. hihi.. nnti balik umah PIL kene tegur lagi sbb x jaga pemakanan suami sendiri. uhuk uhuk~


punya la panjang inro nk reasonkan nape meroti lagi.. hehe.. nway, kerana sebab2 diatas, tun pun memutuskan utk menggunakan pisang2 tersebut utk jadikan roti. ada byk roti pisang, tp majoriti guna baking powder n baking soda. nk cari yg guna yis. jd, tun pun tanya enchik gugel, ada x resepi 'banana yeast bread', dan keluarkan resepi yg sedap ni.. lepas tu patut la rasa mcm pernah tgk resepi ni, rupa2nya kak izah pernah buat dulu. lepas tu kak mas dan kak naz pun pernah buat jugak. tun letak link akak2 cayang 3 org supaya korang blh tengok kegebuan roti ni. gmbr tun x bape nk jadi sbb tun amik gmbr guna matahari petang, jd kuning2 gambo. x cantik lgsg. 


breakfast td, tun grill kan kejap roti utk panaskan, buat scrambled egg, dan celur n grill sosej. dh lama x bekfes camni, sedap pulak.. roti ni sesuai juga mkn ngan jem, sbb x manis sgt. mcm bun kosong yg ada rasa pisang sikit2.

Banana Yeast Bread
souce: jkitchenlog
refer also: kak izah, kak mas, kak naz
 
200 gr bread flour
1 tsp instant dry yeast
20 gr caster sugar
150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
40 ml milk
20 gr unsalted butter
1/4 tsp salt
1/2 bj telur- tun ikut akak2 ni tambah


1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.

doh sgt2 lembik, jd tun ikut cara akak2 tambah 2 sb tepung. still agak lembik, jd tun minyakkan tangan sblm bulat2kan.

Tuesday, January 17, 2012

Ikan Kukus dan Sambal Kicap


Assalamualaikumm~~~

..........xde idea nk mengarang.. huhu.. petang2 ni, sangat ngantuk. cuaca panas terik sampai xde mood nk wat keje sekolah. pasang tv xde cerita yg best pun. biasanya kalau chanel masak2 xde yg menarik tun akan tgk national geographic. skrg kt astro byk siaran ulang2 je. byk sikit punya mahal kan, tp cerita siar yg sama je.. tp bagus jugak, kalau byk cerita best, nnti duk ngadap tv je, satu kerja pun x buat kan..

nway, tayang menu simple2 je. bila dpt ikan fresh yg sesuai, mmg sedap kukus je ikan tu. biasa tun akan kukus ikan kecik2, dan ikan pari. kali ni kukus ikan kelah batu. tun dh terbiasa makan ikan goreng, jd bila ikan kukus ni slow sket, sbb tu WAJIB buat sambal kicap sempoi nih. baru lajuu je makan nasik.



Ikan Kukus

Bahan2:
Ikan yg sesuai (tun suka kukus ikan kelah, ikan kembung, dan ikan pari)
asam jawa- utk basuh ikan
1/2 inch halia- hiris
2 ulas bawang putih- ketuk
1 btg serai- hiris halus
1 bj limau nipis
garam

Cara2:
Rendam ikan yg dh dicuci bersih dengan air asam jawa lbh kurang 15minit.
Basuh bersih, dan gaul dgn halia, bawan putih, serai dan garam.
perahkan asam limau dan kukus sampai masak.




Sambal Kicap

Bahan2:
1 bj bawang besar/ 2-3 bj bwg merah- mayang halus
1/2 c kicap manis
3-4 bj cili padi- hiris halus

Cara2:
Gaul sebati semua bahan. Biarkan sekurang2nya 15minit supaya air bawang meresap dalam kicap. hidang bersama ikan kukus atau ikan bakar.

Pajeri Terung



Assalamualaikum~~~~

Morning!!! how's everyone today? tun Alhamdulillah, pagi ni bangun awal, sempat goreng mee utk bekfes b4 enchik H gi kerja. hari ni nmpk gaya bakal panas terik lagi. so, perlu minum air masak byk2 supaya x sakit kepala mcm semalam.

pajeri terung ni tun buat utk mkn ngan nasi halia semalam. 1st time tun makan pajeri terung. sedap sgt! lepas ni mmg tak buat dah pajeri nenas. haha.. babai pajeri nenas ;p..  ada byk resepi pajeri terung yg tun jumpa, kali ni tun guna resepi cikmin. tp tun buat versi pemalas. hoho.. tun skip rempah kasar dan hanya letak serbuk kari, sbb hasben tun xsuka kalau rasa rempah terlampau kuat. udang kering pun tun xletak sbb biasanya kalau tun buat pajeri nenas tun x letak udang kering.



Resepi Pajeri Terung
Resepi: cikmin

Bahan-bahan:
3 biji terung yang besar-belah dua
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar udang kering-ditumbuk - xletak
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar *
2 cm halia*
kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga - xletak
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar kerisik
Asam jawa sebesar ibu jari,ambil airnya.
Garam dan gula-secukup rasa
Santan kotak kecil - tun letak separuh kotak
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

bahan bertanda * dikisar
Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan bertanda * bersama rempah ratus sehingga naik baunya,
masukkan rempah kari dan cili kering sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan terung,bila terung agak separuh masak,masukkan santan dan udang kering.
Bila terung dah cukup empuk masukkan garam,gula dan kerisik.Masak seketika dan siap untuk dihidangkan.

Monday, January 16, 2012

Nasi Halia (versi kaler maler ;p )


Assalamualaikum~~

petang ni tun sakit kepala pulak tiba2.. agaknya sbb 2-3 hari ni panas terik betul, dan kurang minum air masak. bila sakit kepala ni, apa lagi.. tun menidurkan diri la.. ni baru bangun.. huhu.. nasib baik ada karipap yg tun frozen dalam fridge, kalau x, hasben tun balik nnti xde la minum petang utk dia. 

nasi halia ni tun buat jumaat lepas. biasa hari jumaat mmg nk masak special2 sket.. pk2 nk masak apa, teringat kat nasi halia yg tun kakak chantek sorang ni pernah buat. terasa sihatt je bila makan nasi ni <- excuse buleh makan lebih sket. hehe.. walaupun tun skip letak kiub ayam tu, tp tetap sedap sgt! rasa ala2 nasi minyak, tp lagi wangi sbb ada penggunaan halba. suke! mmg akan iA pasti ada ulang tayang nasi ni. tun makan dgn pajeri dan ayam goreng serai. mmg masak lebih nasi sbb tau hasben tun pasti makan bertambah2 =)


Nasi Halia
resepi: kak Diana SkyBlue

Bhn²
  • 2 cawan beras wangi _ cuci dan toskan
  • 2 inci halia _ d tumbuk bersama kulitnya
  • 1/2 tsp halba
  • 2 ulas bawang putih _ d hiris
  • 150 gm mentega
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan _ d siat dan d simpul
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan


Cara²

  • Panaskan mentega... Tumis halia, halba, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.
  • Kemudian masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi.. Tutupkan api.. Ketepikan.
  • Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan air secukupnya seperti sukatan memasak nasi biasa.
  • Setelah itu.. masukkan bahan yang d tumis tadi ( No.1 ) bersama kiub pati ayam dan garam secukup rasa ke dalam rice cooker.. Gaul rata.
  • Masak nasi seperti biasa.
  • Setelah nasi masak... Biarkan seketika sebelum d gembur²kan.
  • Sedia d hidang dengan lauk kegemaran masing².

Bingka Kacang Merah


Assalamualaikum~~~

kembali bersua di pagi isnin.. wiken mmg tun jarang tengok blog. ada la dlm 2-3minit jenguk2 intenet, in case la kan ada org tanya apa2 yg perlu dijawab =) sabtu, mcm biasa la.. hari mengemas dan bershopping. bukan shopping apa pun, beli groceries je yg lebih. penuh kan stok2 dapur. ahad, masa utk usrah. lepas tu gi rumah kawan. saje jalan2 lama x jumpa set2 cikgu ni sejak cuti sekolah. 

bingka ni tun buat utk bawa ke usrah. terjakun tengok kak yatie wat bingka kacang merah ni, terus tun rendam kacang merah.rasa2nya kalau kacang hijau pun boleh jugak. satu adunan dpt banyak jugak, dh bawa gi usrah separuh, separuh lagi bagi2 kat jiran tetangga.. hoho.. sukanya daku ada jiran tetangga skrg ^^

letak sikitt je kaler merah, so still nmpk warna asli kacang

Bingka Kacang Merah
resepi: kak yatie

Bahan-bahan.
  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
  4. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.
NOTES!!!: utk steps ke 3 tu, tun panaskan kejap je pun dia dh start berketul2. so tun x teruskan panaskan sampai berwap tu. lepas tu tun blend sekali lagi supaya hilang ketul2 dia tu. next time nk skip terus.

    Friday, January 13, 2012

    Roti Telur Tampal


    Assalamualaikum~~~

    bekfes style malas ye kawan2.. kalau buat roti telur utk enchik H tun nih, yg paling penting, telur kuning perlu still runny. kalau dh ter-over done, nnti kene wat yg lain. hihi.. tun guna non-stick pan, tanpa minyak. pecahkan telur atas pan, then 'tampalkan' 2 bun atas telur. kalau xde bun, guna 2 keping roti putih. biarkan telur separuh masak, lepas tu balikkan atas pinggan. siap! ^^ kalau suka boleh tabur sedikit lada sulah.


    bun ni buat 2hari lepas, smp skrg still sgt lembut. suka sgt! kali ke-4 buat basic bread yg tun usha dr rumah mamafami nih.. kan dh ckp, yg ni mmg a keeper.. suka betul dgn kejadian roti nih, bagi jat jiran2 baru, semua pun kagun sbb sgt lembut =)


    Basic Bread Recipe
    Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
    Sumber: Mamafami


    Bahan2:


    Bahan A
    • 500g tepung roti
    • 100g gula
    • 30g susu tepung
    • 1 sk garam
    • 1 sk bread softener- optional
    • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
    • 4 sk yis


    Bahan B
    • 250ml air
    • 1 bj telur- pukul sedikit


    Bahan C
    • 80g margerine


    Bahan D
    • Gula kasar utk tabur- tun x letak


    Cara2:

    1. Gaul sebati bahan A
    2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
    3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
    4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
    5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
    6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
    7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

    atau

    1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
    2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
    3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
    4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
    5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

    Thursday, January 12, 2012

    Kangkung Goreng Belacan


    Assalamualaikum~~~~

    Petang2 ni rajin pulak mengapdate... otak berasap nengok data yang perlu di buat correction.. masa submit punya la confident dh buat dgn perfect, sekali tgk penuh correction. huhu... semalam idea dtg mencurah2, arini terstuck kat page ke 6. belakang pun dh lenguh duduk sepanjang hari.. rasa2nya lepas ni jari2 je yg kurus, bahagian lain semua bam2 sbb x bergerak. huhu...

    kangkung ni xtau la yg bape lama duk dlm folder tu. huhu.. tun jarang mkn kangkung sbb angin. kalau makan masa perut kosong mesti bergelodak dlm perut.. kalah betul ngan kangkung nih. tp kalau beli kangkung wajib goreng belacan nih.. dh sinonim, mcm kailan ikan masin jugakkan. kalau masak cara lain dh rasa kurang sedap. ni lauk feveret uncle tun. ingat dulu2 nenek tun selalu goreng kangkung pedas2 utk uncle tun bila dia balik dr uni (masa kecik2 tun duduk ngan atuk n nenek..  Al-Fatihah utk arwah tok dan tokki tersayang..).

    resepi biasa2 je. tp kesian tgk n3 sayur seciput je.. huhu.. so arini misi menaikkan nombor kat label 'sayur' ;p 

    Kangkung Goreng Belacan
    resepi: tun telani

    Bahan2:
    Seikat kangkung- asingkan daun dan batang.
    2 bj bawang merah @ 1/2 bj bawang besar- mayang
    3 ulas bawang putih- tumbuk
    1/2 inch belacan- bakar
    1 sb cili giling
    sedikit sos tiram
    garam

    Cara2
    Tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi.
    masukkan cili giling dan tumiskan sampai nmpk berminyak. Masukkan belacan yg telah ditumbuk. Gaul2.
    Masukkan sos tiram dan batang sayur kangkung. Masakkan sebentar.
    Masukkan daun kangkung, gaul.
    Perasakan garam.

    Acar Timun Masak


    Assalamualaikumm~~~

    tuan rumah xde apa nk tunjuk selain acar masak ni.. huhu... 2-3 hari ni x terambil pulak gambar lauk-pauk yg di masak. xde lauk pauk special pun, masak lauk biasa2 je. mostly yg dh ada dlm blog nih.. acar timun ni tun buat wiken aritu dah, masa tu wat makan2 kt rumah utk sambut jiran baru 3 orang.. ye! saya dh ada jiran, Alhamdulillah.. xde la cuak sgt kalau my laling xde kat rumah. Syukur juga sbb sorang jiran ni perempuan melayu, dh siap berbalas2 kuih dah pun.. suke! suke! hihi... 

    acar masak ni ganding ngan nasi serai, ayam masak merah dan ikan 3 rasa. xde gmbar sbb siap je letak makanan kt meja jiran sebelah dh sampai, segan la nk amik2 gambr.. acar ni je dh amik gmbr awal2. tu pun cahaya x cantik. my laling siap tanya, 'eh, x amik gambar ke?' ;p

    resepi kak yani, skodeng kat myr.  nmpk kt laporan masakan, kak hana, kak izah dan kak noorsha pun dh try nih.. tun xde biji sawi, jd kurang meriah sket. lg satu, nape tun nyer kaler merah, org lain x kaler merah?? tun letak 1 sudu dah cili giling tu.. agaknyer tun letak sesudu membumbung kot.. huhu

    Acar Timun Masak
    resepi: kak yani@myr

    Bahan-bahan ( 4 orang )

    • 1 batang timun
    • 1 batang lobak merah- tun letak separuh je
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 bawang besar
    • 3 sudu besar cuka
    • garam
    • gula
    • 1 cawan air
    • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu besar cili giling
    • 1/2 sudu kecil biji sawi- xde stok

    Cara-cara

    1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
    2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
    3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
    4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
    5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
    6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

    haa... pastu kan.. ce teka mende nih???


    hahhaha.. ni la penangan citer korea.. teringin sgn nk makan jajangmyun @ black bean noodles. dulu2 tengok citer perfect couple, sedap betul tgk heroin dia makan nih.. ada je black bean paste kat bahagian import2 kt supermarket tu, tp xde yg ada tanda halal. so tun beli fermented black bean dan buat paste dia.. sbb xtau rasa yg betul dia mcm mana, so x berani nk letak resepi kt sini.. takut rasa dia jauh lari dr yg sepatutnya.. hihi... yg tun buat ni termasin sket sbb fermented black bean tu masin ya amat.. dh rinse 2-3 kali dah.. nx time nk try soak lama2 dulu, tgk jadi ke x.. 

    len kali kalau jd sedap sket tun share resepi dia ye..

    Wednesday, January 11, 2012

    Nasi Ayam Ipoh Hainan kak Q


    Assalamualaikum ^^

    yupp... i know..... gambar sgt x cantik compared ngan gambo nasi ayam org len.. tp nk letak jugak sbb rasa dia sedap. skrg tgh cintakan minyak bijan.. baru2 belajar guna minyak bijan masa buat pot chicken rice tu, terus xleh berenti guna.. hehe... sbb tu bila kak Q tunjuk nasi ayam ni, bersinar2 mata tun nengok.. hihi...

    Resepi nampak sgt panjang.. tp xde la renyah sgt.. ayam dia mmg tun xleh terima kalau pucat2 gitew, so ayam dia still tun perap kicap dan bakar..



    Nasi Ayam Ipoh Hainan
    Resepi: Quinnie


    *BAHAN NASI*

    • 4 mug beras
    • 4 1/2 mug air rebusan ayam
    • 2 inci halia*
    • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
    • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
    • 1 sudu besar minyak bijan
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 helai daun pandan
    • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
    •  1 sudu kecil garam 

     *BAHAN AYAM*(utk 1 org punya makan)

    • 3 ketul ayam ayam
    • 2-3 titik minyak bijan
    • 1-2 titik kicap cair
    • 1 sudu besar sup
      
    *BAHAN SUP*
    • air secukupnya
    • 4 bawang putih diketuk
    • 3 inci halia di hiris
    • 3 helai batang bawang
    • 1 biji sengkuang dipotong dadu
    • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
    • garam

    *BAHAN TAUGEH* (1 org punya hidangan)
    • semangkok kecil taugeh
    • 1 sudu besar sup
    • 2-3 titik minyak bijan
    • 2 titik kicap cair

      *BAHAN CILI* 
    • 10/15 biji cili burung
    • 6 biji cili merah
    • 2 hiris halia (ambik dari rebusan)
    • 5/6 biji bawang putih
    • 1 biji limau kasturi/nipis
    • garam n gula secukupnya
    • 1/2 bawang besar
    • 1/2 cawan air rebusan ayam

    *BAHAN KICAP*
    • 5 biji cili burung
    • sedikit halia (ambik dari rebusan)
    • 4/5 biji bawang putih
    • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
    • air rebusan ayam secukupnya
    • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
    • 2 sudu besar sos tiram 

     

    *BAHAN SAMPINGAN*

    • daun sup dan bawang yg dihiris, timun yg dihiris, tomato yg dihiris,

     

    Cara-cara

    1. cara utk buat air rebusan ayam...mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih. 
    2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. ayam tu biar betul2 masak...sebab kita tak goreng dah...cucuk dgn garfu tengok kalau ayam tu dah masak ke belum..air biar betul2 didih masa masukkan ayam..biasanya 20 minit tu dah o.k dah..
    3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin  dalam periuk elektrik, biar ia cair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
    4. cara penyediaan ayam, ambil 3 ketul  ayam yg telah masak dan telah di toskan tadi. kemudian...potong siap2 ayam tu biar mudah waktu makan nanti.... masukkan  kedalam satu mangkok..kemudian masukkan minyak bijan...kicap cair dan sup...kacau2 rata...kemudian boleh la hidangkan kedalam piring kecil   (tun xleh terima ayam gini, jd tun perap ngan kicap cam nasi ayam biasa, pastu bakar)
    5. cara penyediaan taugeh....masak sedikit air didalam periuk...biarkan air didih....lepas didih je air..terus tutup api..masukkan taugeh..dan terus je tos...takyah lama2 proses celor nanti taugeh layu....masukkan taugeh kedalam mangkok...lepas tu masukkan kicap...air sup dan minyak bijan...kacau rata...lepas tu letakkan kedalam piring dan hias dgn daun sup dan bawang diatas taugeh tu tadi.
    6. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.cili tu air dia tak yah byk sgt..biar pekat..sebab cili ala hainan ni pekat skit cili dia...letak 1/2 cawan air sup tu pun dah cukup.
    7. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
    8. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
    9. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

    Tuesday, January 10, 2012

    Steamed Pumpkin Muffins



    Assalamualaikum~~

    morningg!!! pagi ni cuaca sejukk je.. tapi x hujan, cuma nmpk mendung. bila sejuk2 ni mula la rasa mcm nk tido, tp berusaha utk tidak menidurkan diri. steamed pumpkin muffins ni tun buat 2 hari lepas dah. nama nyer mapin, tp bila kukus rasa dia mcm apam. saje2 defrostkan pumpkin yg tun dh puree, pastu xtau nk buat ape. rasa mcm dh lama x mengukus, tun pun gugel 'pumpkin + steamed', dan keluar la resepi wendy nih. resepi ni dh lama tun usha2, awal tahun lepas lagi wendy buat, tp time tu xde stok labu.

    patutnya muffin ni mekar ye. tp sbb tun maleh nk alas ngan paper cup, dia malu nk senyum. hihi.. rasa lemak2 manis, sedap! tp hasben tun ckp kalau ada filling lagi sedap. maleh la tun nk tambah2 gula dan lemak dlm badan, so wat plain je. kalau nk wat filling kene wat jem labu kot. hehe..

    wat kecik2 dpt banyak jugak
    Steamed Pumpkin Muffins
    Adapted from Aunty Yochana
    Source: wendy 
    Yields12 steamed muffins (I used egg tart pans)

    125gm steamed pumpkin flesh
    1 egg
    120gm sugar
    100gm evaporated milk or coconut milk (tun letak 50 g milk, 50g santan)
    30gm corn oil

    180gm cake flour
    20gm rice flour
    1.5tsp baking powder

    1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
    2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
    3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
    4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
    5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.

    Monday, January 9, 2012

    Finally!! my 1st kek puding karamel..



    Assalamualaikum ^^

    hoho.. finally tun berjaya buat kek yg teramat sangat glemer ni.. dulu2 x confident nk buat, tp sejak pandai buat slice cheesecake, xde la gigil2 sgt nk buat ni. sbb guna teknik yg sama, kaup-balik meringue. ada byk resepi kek puding karamel ni, lagi2 sejak kek ni gelmer kan.. tp sbb tun dh lama simpan resepi kak yani ni, tun cuba nk la. lagi pun, bagi resepi ni paling ringkas n tun senang faham. 

    kalau ikut tips2 yg akak2 lain bagi, masak guna api bawah n cara bain-marie/water bath. tp sbb oven tu xleh buka api bawah sahaja, so tun guna api atas bawah.  dh dpt kelulusan otai2 GMM kt fb ttg api atas bawah ni, baru stat wat projek. hihi.. tq kak Nor SG, kak anna, kak izah, kak noorsha, kak CT dan nani yg berkongsi ilmu =). kalau nk tgk tips buat ni blh tgk dapur tokey kek karamel kak anna ye..



    ni kek versi amatur ni.. x sama rata pulak lapisan kek dia. hehe..... pastu agaknyer tun terover bake, kek tun terasa sedikit dry.  sbb sukatan bahan2 yg betul, dan teknik kaup-balik tun rasanya okay dan tak terover mix, so maybe terover bake la. tgk review orang lain buat ok, so bukan salah resepi, insyaAllah.. kek ni sedap sbb lapisan karamel dia tebal ^^ 


    Kek Puding Karamel
    resepi: kak yani

    Bahan-bahan ( 20cm)- loyang 8"

    • Karamel
    • 60g gula
    • 1 sudu besar air
    • 2 sudu besar air
    • Puding
    • 4 biji telur
    • 500ml susu segar
    • 70g gula
    • sedikit esen vanila
    • Kek span
    • 70g tepung gandum
    • 60g gula halus
    • 2 biji telur
    • 20g mentega- dicairkan 
    • 1 tsp vanilla- tun tambah

    Cara-cara

    1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
    2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
    3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
    4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
    5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
    6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
    7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
    8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
    9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
    10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
    11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
    12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.