Saturday, June 11, 2011

Bun Lembut Osaka



Assalamualaikummmm~~~~~~~~~

I'm back~~~ ^^ susah betol nk mengatasi perasaan malas meng-update ni.. biasa laa, dh lama sgt berholiday. hihi... ni baru je mengemas2 beg, ada sikit lg brg2 yg sepah atas lantai bilik (mengemas is NOT my specialty.. siyes.. plg x suka mengemas..).

apa2 pun, kita warm up dulu dgn bun lembut osaka resepi ratu roti nih.. ni resepi ke 3 yg tun try dr buku e-Book yg kak ros hadiahkan.. (faveret setakat ni is Roti Putih Harum Vanilla, pastu tun dh wat bun kentang jugak ^^). masa wat ni, pas uli tu, doh dia agak lembik.. tun tambah tepung sikit lg, but still lembik jugak.. huhu.. last2 tun minyakkan tangan, pastu wat bulat2. nk tambah tepung byk sgt takut keras pulak. tp, kejadian dia sgt laaa lembut dan sedap =)

bau roti yg br kuar oven mmg terbaik!

tun copy dr e-book ye..

Bun Lembut Osaka
Sumber: e-Book Ros JM

Bahan-bahan: (Untuk Doh)

  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum <- tun tambah sikit lg sbb doh jd lembik
  • 2sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam

*untuk gliss*

baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux (5sb)

25 gram tepung gandum

125 ml air

Cara-cara

  • 1. masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,
  • 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  • 3. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
  • 4. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.

9 comments:

izahdaut said...

resepi ros ni mmg best!!!
tun ole ole?

Love2cook Malaysia said...

That's a truly soft and fluffy looking bun! Wish to have some now for teabreak ;)

ijayuji said...

Salam tun! eh? tun ni adik eak? ingatkan sebaya baru berangan angan nak jadi adik hihihi... bun2 gini sedapnyer dgn air panas2 gituuu pastu buat cicah2 pun sedap niii, resepi ross yg ni akak lom try nanti nak try jugak :D

Mas said...

kak mas pun suka roti ni...
memang best..
tengok roti tun pun lembut gebu jerkkk...

Unknown said...

suka sangat2 bila hasiknya menjadi..
gebu gitu...
tun.....

aduh.. bila nak buatkan utk kak,, dik ooooii.

Nadz Nazharzan said...

Aik??? baru balik dah meroti tun.. Rajin sungguh adik ku ini..hehehe.. dah datang ker mood tu??:))

tun_telani said...

kak izah: haa.. tu dh bui ole2 tu..order2 =)

love: yup! its really soft and fluffy =)

kak ika: hahhaha... yayyyy!!!!!! maintain muda! tun muda 3tahun dr akak =)

tun_telani said...

kak mas: tu laa.. kak ros nyer resepi roti mmg sedap

kak ayu: meh dtg bintulu.. tiap2 ari tun masak utk akak ^^

kak naz: mood dtg slow2 nih..hihi

kak ijan said...

Salam Tun,
Kak Ijan pun suka sangat dengan Resipi Ros JM ni..memang lembut dan best lah roti2 dia... adunan tu memang lembik sikit tau tp tak perlu tambah tepung. terus je menguli lebih kurang 10min, doh tu akan jadi lebih kenyal. kak ijan ada jugak pengalaman p tambah tepung sebab rasa lembik, last2 roti jadi keras :)