Friday, February 4, 2011

Asam Pedas Melaka



Holiday lagiii~~ semalam kuar jalan2 cari bekas comel nk wat dadih.. nnti tayang gambar dia ^^ hari ni hujan dr pagi, so xkuar gi mana2.. duduk rumah tgk CSI.. hehe..

Lunch hour, ikan pari ada lg sebelah. so, ape lagi, wat asam pedas la. aritu kn dh kukus, n nk bakar xde oven or kuali leser. Arini guna resepi Jun@myresepi, saje sbb biasa msk asam pedas style sama je. tgk yg nih ada byk pulak rempah-ratus.

So, cnp je, ye..

Asam Pedas Melaka
  • 3 keping ikan tenggiri (me guna ikan pari)

Bahan kisar:-

  • 3 biji bawang merah
  • 10biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh lada hitam(me x letak)
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  • 1/2 bawang besar-hiris
  • 1/4 sudu teh biji sawi(me xde nih)
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari(ni pon xde.. hehe)


  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • 1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • garam dan gula jika suka

Cara-cara

  • panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  • biar mendidih, masukkan ikan dan air, biar mendidih. masukkan air asam jawa dan bahan2 lain.
  • masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

the use of halba n jintan really makes the taste diff from the original asam pedas. n sbb my laling nih membesar dgn asam pedas johor ori, he didnt really like this type of asam pedas.. (tp licin jugak.. hehe..)


0 comments: