Monday, February 7, 2011

Nasi Goreng Ikan Yu Masin



Hohoho... dahsyat x nama nasi goreng nih? actually nak wat nasi goreng ikan masin je. pastu last time gi umah kwn kt sini, godek2 dapur dia tgk ada ikan yu masin (teruk x, gi umah org selongkar dapur? ish ish..). dia blom beli peti, so ikan masin is crucial (apart from ikan sardin..huhu). xpenah lg jumpa ikan yu masin, kt sarawak ni je kot ada. so, bila pergi supermarkat, ape lagi.. treasure hunt laa cari.. mahal gak ikan masin nih. 22inggit sekilo. beli sepeket yg plg kecik sekali. takut x sedap. nk tgk rupa dia? haa.. ni laa..


dia kerat kecik2. rasa ikan yu nih liat2. x macam isi ikan biasa. texture mcm isi ayam sket2.. kalau nk guna utk masak me recommend basuh 2-3kali, sbb masin ya amatt.. (for my taste laa).

nasi goreng ikan masin ni byk versi jugak actually. this time me wat letak telur.

bahan2 (2org):

  • 1 mangkuk nasi
  • 4-5 ketul isi ikan yu masin- kerat kecik2
  • 2 ulas bawang putih - ketuk hancur
  • 2-3 bj cili api- me suka tumbuk, tp xde lesung kt sini, so hiris halus
  • 1 tbsp kicap cair (light soy sauce)
  • carrot
  • kailan@sawi@ any sayur hijau yg ada
  • sebiji telur
  • garam

Cara2:

  • tumis ikan yu masin dlm kuali. lenyek2 sket ngan senduk kasi hancur sket.
  • masukkan bawang putih ngan cili api. masak till naik bau.
  • masukkan sayur2 ngan kicap cair. tambah sikit air kalau rasa2nyer nk hangit. hehe..
  • bila sayur dh agak masak, masukkan nasi. gaul2.
  • rasakan nasi, kalau xcukup masin baru tambah garam.
  • wat lubang kt tengah2, pecahkan telur. biar telur masak sket baru gaulkn nasi.
  • gaul sebati.
  • done!



2 comments:

mood@yemen said... [Reply]

ikang yu mana bolih makang ... protected species ... kesiang ke yu tu dah dia ambek shark fin ada orang buat ikang yu masing pulop ... ha ha ha ... arini goreng ayam masak kicap badwee style ....rumah dah sunyi budak2 dah balik semalam ... matbong gi rumah tokma....

Qurrata A’ayun said... [Reply]

hahhaha.. dh org dh amik shark fin, dari membazir baik isi dia guna wak ikang masing..
kat umah ni sunyi sokmo..