Saturday, February 19, 2011

Cok Bantal & Sambal Bilis


Assalamualaikum.. Tgk blog kawan2 dh masak macam2 dh arini, me baru nk letak n3 (internet lak slow cam ciput..haih..).

penat sket hari ni, pagi td pergi picnic kat Taman Awam Miri ngan kawan2 my laling (which is kawan2 me jugak laa.. sbb umah dkt2). Penat pk nk masak ape.. last2 sekali me skodeng umah kak hana n jumpa kuih yg berkenan dihati.. hehe.. pagi2 lg me bangun menguli tepung.. huhu...

Jom tgk resepi.. resepi asal dr myr, tp me cnp dr dapur k'hana jepung yg bakal pulang ke msia. tq kak..

Bahan2:

Cok bantal:
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
Sambal Ikan Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)<- me goreng garing dulu
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam) <- me x letak
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara2:

Cok Bantal
  • Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau.
  • Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh. Uli sampai sebati dan licin.
  • Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit.
  • Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka (kite potong bentuk bantal peluk =P) <- me pung!
  • Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan dan nampak garing.
Sambal Ikan Bilis
  • Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.
  • Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.
  • Tambahkan air asam, gula dan garam. (me tambah sikit kicap dan sos)
  • Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
Sedap tau cok bantal nih. walaupun nama dia pelik.. gebuuu je.. laku mcm goreng pisang panas! hehe...

Gambar2 kolam kat Taman Awam ni nk interframe. hihi.. cantik, kn~

cantik!!!
ni kt pintu masuk~

ni lak kt menara peninjau

Kalau dtg Miri, visiting this place is a must! ^^

0 comments: