Sunday, February 13, 2011

Bihun Goreng


Morning ^^ hari ni internet still slow.. camner laa me buleh habiskan 5GB nyer quota nih.. huhu.. time2 camnih sy sgt merindui streamyx di kampung. me agak tertekan sket sbb nk book flight ticket to Bangkok nih, sbb internet slow prob bila nk bayar. tau2 je laa bila book airasia nih harga berubah2. nnti lambat sket dh mahal. nk book flight ticket dr kuantan to KL gak (nnti nk balik kg xde org nk hntr ke KL. dh laa xde airasia, so kene laa book MAS. alhamdulillah ada ticket murah, RM150 je ^^. yg ni last2 abah yg tlg book kan.. toche2..)

Pagi ni goreng bihun biasa2 je. skrg jarang masak bihun, sbb my laling ni xsuka sgt makan bihun (selalu ckp his least choice). dan sebab main reason me masak is utk bg dia makan (time dia gi outstation me mkn roti ngn oat je, kate nk diet kan..), so me kurangkan masak bihun nih. ni pun sbb dh lama sgt terperap bihun ni, takut nnti bersawang lak. hihi..

walaupun menu biasa2 n semua pandai masak, me nk letak jugak.. sbb dh ter-addict ngan meng-update blog (ish.. bahayanyer..kui kui)..


Bahan2 (2 orang)

  • 1/4 paket bihun (~1oog)
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 ulas bawang putih - kerat halus2
  • 2 tbsp cili giling
  • 3 tbsp kicap pekat manis
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 tsp gula
  • 1 tsp garam (atau secukup rasa)
  • isi ayam
  • fish cake
  • 1/2 cwn air
  • sawi
  • taugeh
  • 1 bj telur

Cara2:

  • rendam bihun dlm air sejuk sampai agak lembut. toskan.
  • Tumis bawang besar n bawang putih sampai wangi. masukkan cili giling, tumis lagi.
  • masukkan gula, tumis jap. tambah kicap, sos tiram, n isi ayam, masak jap.
  • tambah air, fish cake, garam, n sawi. biar sampai mendidih.
  • masukkan bihun n masak sampai agak kering.
  • campurkan taugeh. gaul2 jap.
  • buat lubang kt tengah2 bihun, pastu pecahkan telur. biar telur agak2 berkental baru gaul2 ngan bihun.
  • perasakan garam.
  • siap!

ps: bihun goreng nih tiap2 kali masak pon mesti ingredient dia berbeza.. ikut apa yg ada kt dapur je.. yg penting habis makan ^^


0 comments: