Sunday, February 13, 2011

Tilapia Bersos Tomato Pedas


Lunch today~ xtau nk masak ape. enchik H suruh goreng je tilapia nih. godek2 dlm peti tgk kesian pulak kt tomato puree yg dh lama duk dlm bekas ni. aritu guna sikit je wat nasi tomato. me xsuka sgt guna sbb masam, lagipun xreti sgt guna tomato puree ni except for pizza base ngan spagetti.

so wat resepi campak2 lagi. hihi~ ala2 masam manis gitu, tp me saje letak cili giling (cili giling umah ni pedas btol, sbb tu letak sesudu je).

Bahan2:

  • Seekor Ikan tilapia- goreng garing with garam kunyit
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2-3 hirisan nipis halia
  • 1 tbsp cili giling
  • 1 tsp gula
  • 1 tbsp tomato puree (jgn letak byk, masam!)
  • 2 tbsp sos cili
  • 2 tbsp sos tiram
  • 1/2 c air
  • 1-2 biji lada merah- hiris
  • carrot- potong dadu
  • garam

Cara2:

  • tumis bawang dan halia sampai wangi. masukkan cili giling n gula. tumis lagi.
  • masukkan tomato puree, sos cili, sos tiram, air, lada dan carrot. renehkan (didih 2-3minit)
  • perasakan garam.
  • curahkan atas ikan tilapia.
ikan nih dia pemalu, muka dia nk sembunyi... (padahal huduh beno bila goreng.. me pun xtau kenapa jd camtu.huhu~)


0 comments: