Thursday, February 17, 2011

Nasi Ayam

xcantik pulak gmbr nih.. xpe lah..hihi

Assalamualaikum..

Dah nk malam dh, baru nk letak n3 baru. arini cuba utk focus wat keje sekolah. risaunyer, xsiap2 lagi.. nway, sbb baru nk active blogging nih, at least ada 1 n3 sehari, kn =)

Nasi Ayam nih mama yg ajarkan. Ingat lagi zaman sekolah dulu, ni laa nasi set yg me mula2 belajar buat ^^ maybe semua org ada cara masing2 wat nasi ayam, tp xpe laa.. wat rujukan adik2 me yg selalu tepon mintak resepi nasi ayam nih =)

Bahan2 (4-5 org)

Sup

  • ½ ekor ayam dipotong ikut suka
  • 1 biji bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- ketuk
  • 2 cm halia- hiris/ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 jintan
  • 4 bunga cengkih
  • Garam
  • Daun sup

Nasi

  • 2 cwn beras
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia- hiris halus
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk hancur
  • Sup ayam secukupnya
  • sedikit garam.

Bahan perap ayam

  • 2 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • ¼ cawan kicap pekat manis

Sambal kicap

  • 5 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ¼ cawan kicap manis
  • 1 sudu asam jawa- bancuh dgn sedikit air

  • Tomato
  • Salad
  • Timun

Cara2:

Sup

  • Tumis bawang, bawang putih, halia, dan rempah-ratus sampai wangi.
  • Masukkan ayam dan air. Biarkan mendidih seketika. Perasakan garam.
  • Keluarkan ayam dan masukkan daun sup.

Ayam

  • Toskan ayam dan perap dgn bahan2 perap selama 20 minit.
  • Goreng hingga garing

Nasi

  • Tumis bawang putih dan halia dengan butter hingga wangi.
  • Masukkan beras dan sup ayam.

Sambal kicap

  • Blend semua bahan. Tambah air ikut suka. Hihi..

me memang makan nasi ayam dgn sambal kicap je. xde 2 jenis sambal, blend semau sekaligus..


2 comments:

chikadakbiru said... [Reply]

wow beshhh...awai masak ari nih

tun_telani said... [Reply]

eh.. kak CB.. ni n3 semalam laa.. hihi... ni baru pas masak nih, lauk ayam jugak..