Monday, May 30, 2011

Puding Roti Sos Kastad

Assalamualaikum ^^

wahhh... lama x meng-update.. hihi...bila blk kg mula laa x sedar diri.. sampai2 kt segamat aritu ada intenet, tp bz siapkn keje sekolah. pastu balik kelantan 3 hari, ni mmg sah2 laa xde tenet.. plan asal nk gi umah kak naz, tp kak naz balik melaka pulak... xde rezeki laa nk ronggeng2 n makan nasi umah kak naz.. hihi..

ni resepi yg dh terperam sekian lama dh ni. baru nk letak sini.. semua org pandai wat puding roti nih. me biasa main campak2 je roti, telur, gula ngn susu tuh. yg ni ada cinnamon, mmg sedap.. wangi je bau time bakar. pastu mkn panas2 ngan kastad sejuk.. sedapnyer!!

ok.. kejap2 je main tenet nih.. nk kemas-kini slides ngn tengok speech pulak..

Puding Roti Sos Kastad

Sumber: maya zakri@myr

Bahan-bahan

Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk<- tun guna 1/2 susu sejat + 1/2 air
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional) <- tun xletak
  • chocolate chips <- tun tambah
Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair<- tun tambah lg air sbb jd agak pekat
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam. (tun tabur chocolate chips)
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

letak chocolate chips byk2 lagi sedap ^^


11 comments:

izahdaut said...

masih kat kampung halaman lagi ke?

Nazrah said...

Ni dah boleh masak masak balik ker?

Kak Sam said...

Amboi sakannya bercuti..
jeles plak rasanya.

HaSue said...

lorr...x jumpa laa dgn kak naz yea?
nih mmg x sedot diri balik kmpung ni..akak nyer line tenet ok je ni haa..tp kebizian lak lately..ntah apa dibizikan tah..

cam best jek nak memuding..aritu sampai expired roti kat dapo tak terpuding2kan jugak..kebizian katekan..haha

Mas said...

hmmm..tak jumpa kak naz ke..
tak de jodoh la klu gitu..he..he..

kak mas pun suka puding roti ni..
sedappkan tun..
lama dah kak mas tak buat...

Anna Qawina said...

pesal le guna roti..dah arwah jd baja kompos dah roti kat umah akak..hahaha..

Wattie said...

Salam Tun,
Nice presentationla......akak pun suka puding ni...lemak lemak sedap sangat

Deliah's Deli said...

cantiknya gambar!sy suka sgt puding roti ni tp lebih suka yg ada raisin :)

Lieza said...

olaaaaaaa.....mek tun..masih kat kg ker???..dok wat po la ni nyo...hehehe

yuri said...

sos kastad tu, elok sejuk ke...panas2 masa nak hidang tu?

Unknown said...

ada lagi x?