*** n3 ini akan menggunakan bahasa yang kurang rojak, harap maklum.. hihi~~ **
Alhamdulillah, masuk jumaat minggu ke 2 di bulan Syaaban. Terima kasih kepada kak nor yg mengingatkan semua ttg nisfu syaaban. nyaris2 sy terlepas puasa sempena nisfu syaaban hari ini (tersilap kira hari dan menyangka nisfu syaaban jatuh pd hari ahad- sy sudah bercadang utk puasa hari sabtu).. alhamdulillah, ada roti dlm bilik hotel ni utk saya bersahur mengalas perut utk perjalanan hari ini. iA hari ini akan pulang ke Bintulu setelah 5 hari berkampung di Miri.
owh, pasti ada yang hairan kenapa saya berbahasa agak baku.. hihi.. masih didalam mood memperkasakan bahasa melayu setelah merenung bait-bait pantun selama beberapa hari (saya tidak merenung laptop saya sepanjang hari ye..).
Selain sains, saya juga meminati bahasa (selagi tidak berkenaan dgn sastera klasik yg memeningkan kepala saya).. walaupun dizaman sekolah, markah bahasa melayu saya agak kurang berbanding bahasa inggeris (mama saya cikgu bahasa inggeris). Tetapi, dr segi puisi, pantun, dan apa sahaja yg seangkatan dgn nya, mmg saya minat. walaupun bagi saya mengarang serangkap 'poem' adalah lbh mudah dr serangkap 'puisi'.
dah besar2 ni, baru saya tau mengarang serapkap pantun tdk la semudah yg dijangka. biasanya, bila saya mengarang pantun, saya hanya akan memilih rima yg sama dihujungnya. selepas membaca tips2 dr blog uncle AL, baru saya sedar yg perkatan di tengah2 jua memerlukan rima yg sama! selain itu, utk menyedapkan pantun, sy gemar memilih pembayang yg indah2 dan bersifat positif.. rupa2nya, ini jua satu kesilapan! (sy agak terkejut ttg ini..hihi..). rupa2nya, kalau pantun itu bermaksud negative, pembayang juga harus laa negative.. Ooo.. faham ke? nnti akak2 boleh la mengajar anak2 ttg cara yg betul utk menggubah pantun yang baik =)

ok laa, kembali kepada pantun yg ingin di beli dr uncle AL di blog KomenSen ( <- apakah maknanya ini? ).
ini adalah pantun yang dijual;
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
saya beli ye uncle;
Menggulai sepat di dalam kawah
Disimpan jua pada kekanda
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk berjasa usah dilupa.
Hinggap merbuk di atas dahan
Jeratnya mahu namun tak sampai
Kayu mereput jadi tambatan
Hanyut perahu dilanda badai.
Bunga di taman tidak dibaja
Sudah suram pudar warnanya
Bila iman tipis di dada
Halal haram mudah dilupa.
Disimpan jua pada kekanda
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk berjasa usah dilupa.
Hinggap merbuk di atas dahan
Jeratnya mahu namun tak sampai
Kayu mereput jadi tambatan
Hanyut perahu dilanda badai.
Bunga di taman tidak dibaja
Sudah suram pudar warnanya
Bila iman tipis di dada
Halal haram mudah dilupa.
ok x? boleh laa tu kot.. ada rangkap yg sy rasa blh diperbaiki, tp sbb tarikh tutup esok, dan sy takut tak sempat nk hantar, jd saya pertaruhkan jawapan ini =)
ps: terasa mcm bahasa indonesia je yg sy tulis... ye laa, kali terakhir mengarang bahasa melayu masa SPM. masuk matrix dan uni mmg bahasa inggeris memanjang. huhu..
pps: dapur akan kembali berasap malam nnti.. beberapa hari ni dh bertambah list menu dlm queue. windunyer nk masuk dapur...
16 comments:
Wahhh.... rasa emosi sampai kat tepi sawah dah tun... tengah jual beli pantun... :) tahniah...
terima kasih kerana sudi memeriahkan pertandingan yang uncle anjurkan. tak sangka rupanya masih ramai yang meminati pantun.
dan tak sesia juga uncle buat panduan ringkas itu rupanya !
uncle dah senaraikan penyertaan awak di no. 22.
Salam tun! akak mmg bab2 pantun mmg fail, eh? akak org sastera tauu! hihihi...kelakar tau dulu2 masa belajar sastera mcm kena kejutan sikit tapi lama2 best! masa akak naik tingkatan 4 sastera akak TAK BERAPA BAIK keputusannyer, mcm giv up gituuu kan, rasa nak tukar aliran lain tp aliran PD akak tak suke, sains? LAGIIII tak suke wakakakaka... Pastu tak de pilihan lain ambik sastera, akak kan mcm slumberr jerr jer bab2 ayat2 niii sampaikan satu hari dapat markah segan nak citer hihihi.... tp naik tingkatan 5 akak serius sikit, lama2 bila tgk soklan2 dia ni seronok! buat kita rajin membaca :D alhamdulillah SPM kuar dia punyer result akak tgk sastera dulu, alhamdulilah dpt A1 hihihi... aduhhh serabut kepala dgn sastera ni tauu huhuhu...tp skrg dah lupa dahhhhh :P
adeh bila tgk pantun tun teringat2 hari tu si ijahdaut jual pantun kat akak sampai skang akak tak beli2 lagi..huhu..sah2 bila dia baca ni harus akak di pok2 pale lutut..
meh nak bagi pantun kat tun pulak
Uda dan Dara makan sedulang
Sambil di intip olek mak nani
Apakah resepi istimewa setelah pulang?
sebagai meraikan majlis hari ni?
adus....ada bkat terpendam rupanya...sy ni konfem la fail bab mereka2 pantun ni...takde bakat langsung!
p/s : dapat hadiah besday ape ye? (sempat lagi nk mengorek)
As'salam Tun
kak ct bab2 pantun ni suka gak. maklum lah dolu2 masa main2 surat cinta ada gak main2 pantun segala. sekarang ni kalau nak karang pantun tu boleh jer cuma kena cari ilham dulu lah.. hihi
Assalam tun,uii tun pandai gak berpantun ek..
Tuh kak nim dah jual,xsabaq nak baca yg tun beli,hikhik..
assalamualaikum..
tun..
pandai awak membeli pantun..
kak ayu nak join gak, insyallah...
tun..
selamat berpuasa ya
dan............ SELAMAT HARI LAHIR..
assalam tun...
cayalah tun...memang pandai berpantun...hope ade harapan menang hihihi!!
Tun....
Kak cek dtg bwk cuupies ni..sambil tu nak wish Happy bithday kat Tun...he he yg keberapa ek...
Doa kak cek semuga pjg umur...murah rezeki...sihat...bahagia...happy sentiasa....sukses dalam hidup...Insyaallah.....
Assalamualaikum tun...
wah berpantun2 lg gitu yer.. ehhehehe... akak datang nie nak ucapkan Selamat Harijadi..
Moga d panjangkan umur... sihat tubuh badan... d murahkan rezeki... bahagia bersama keluarga tercinta serta sentiasa d bawah lindungan Allah S.W.T... Amin..
salam tun... hepi besday tun!~ moga sentiasa dirahmati perjalanan sepanjang kehidupanmu didunia ini dan diakhirat.. moga berjaya dalam ape jua yg tun ceburi... seronok dapat kawan ngan tun.... moge silaturrahim berpanjangan.. aminn...
psstt.. pandai cik adek berpantun.. akak malas pantun2 ni.. dulu skola rajin ler benda ni sume... skang x masuk dah.. hehehe
amboi tun berpantun lak dia...akak suka bahasa sastera ni tapi dulu sekolah tak masuk kelas sastera pula..hehe
selamat berbuka puasa tun...nanti jgn lupa baca yasin 3x lepas solat maghrib:)
salam tu...
berpantun kita hari ni...
selamat berpuasa dan berbuka posa... dan satu lagi.. Selamat Hari Lahir...
Semoga panjang umurnya... dimurahkan rezeki dan berbahagia.. bersama insan2 yg disayangi...
salan tun..
akak bab2 pantun ni memang agak fail jugak ni.. tak reti nak jawap spontan.. hehe..
hebat jugak nih.. macam payah je saya nak menang. hahaha..
good luck!
Post a Comment