Assalamualaikum wbt =)
few days menggantung periuk. alhamdulillah, duduk di kampung mmg sgt best! pergi ke kebun, mandi sungai, n mkn durian dgn byknyer.. sekali sekala blk kg, mmg laa xkan masuk dapur.. masuk dapur utk makan je, sbb mama masak lg best.. hihi =)
hmm.. esok hari last dlm bulan Syaaban insyaAllah.. me doakan semoga tarbiyah Ramadhan kali ini dihayati dgn lebih baik insyaAllah.. selamat menunaikan ibadah puasa, dan selamat berlumba2 mengerjakan kebaikan.. me mengambil kesempatan ini utk share satu artikle dr blog favourite me, article ni bertarikh 2thn lepas, tp ilmu yg baik x lekang di zaman kan ;)
Selamat Datang Ramadhan
sumber: Ust Halim @ inijalanku
Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.
Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud, “Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”. Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.
Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
sumber: ismadhl
Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.
Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.
Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.
Ustaz Halim
~~ Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) ~~
13 comments:
SALAM RAMADHAN JUGE DR AKAK SEKELUARGA UTK TUN & FAMILY...
jmpot amik kad kat umah akak ea tun :)...
Assalamualaikum tun..
Salam Ramadan juga buat tun sekeluarga... salah n silap harap d maafkan yer..
wah seronoknya dapat mkn buah2an.. makan durian.... memang seronok kan kalau dapat balik kampung... tambah2 lg masakan tu mama kita yg masak kan tun... akak pun macam tu.. kalau mama yg masak mmg banyak makan..
Salam tun yg di kasihi, selamat menyambut ramadhan juga buat tun n suami di sana, insyaAllah semoga amalan2 kita diterimaNYA aminnnn... tun tak mkn daging napa tun? hihihi.... akak paling suke daging lembu sbb kamben akak tak makan :D
Salam Tun.. bestnya org tu..1st day pose kat kg dah..hehee
Selamat berpuasa utk Tun and Family ..:=)
kite dapat sahur je kat umah tun...berbukak entah kat mana... best kan dok kg... cheq sue esok nak mengait rambutan lak ni...
salam tun...selamat menyambut ramadhan almubarak buat tun sekeluarga..:)
salam ramadhan dari kak mas sekeluarga buat tun sekeluarga....
Salam Ramadhan juga buat Tun dan terima kasih sharekn artikel yg baik...
salam ramadhan utk Tun sklrg..
terima kasih berkongsi sesuatu y sangat2 bermakna
Selamat Berpuasa
Salam Tun,
Selamat menyambut ramadhan almubharak dan selamat berpuasa buat Tun sekeluarga. Artikel yang bermanfaat untuk semua...
Assallamualaikum tun..
Slmt berpuasa juga dari kak Naz(COSK).. Maaf atas salah dan silap akak jika ada pd Tun yer.. Salam Ramadhan utk Tun dan suami..
Kalau sempat, amik la kad salam Ramadhan dr blog akak..
Salam Ramadhan buat Tun & Suami... :)
Post a Comment