Assalamualaikum ^^
bukan n3 menu ye.. saje nk share artikel yang baru di baca, karangan 
Prof.  Madya Dr. Zainur Rashid  Bin  Zainuddin =)
Apa istimewanya 27hb Rajab ini?
 
Detik  ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh  dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu  peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang  disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya  bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).
 Firman Allah SWT bermaksud: “Maha Suci Allah SWT yang sudah  menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram  (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati  sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.  Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk ayat 1).
 Apakah yang dikatakan Israk Mikraj itu?

 - Israk:      Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul      Maqdis di Palestin.
- Mikraj:      Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa  di Baitul Maqdis      menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi  iaitu Sidratul Muntaha.
Apakah peristiwa penting yang berlaku sebelum Israk Mikraj ini?
 1-     Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji  dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi yang telah banyak  membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri  tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
 2-     Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang  disayangi semakin bertambah apabila berlakunya penolakan dakwah oleh  penduduk Taif.
 Nabi telah ‘dihiburkan’ oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan  seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina  Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina  kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.
 Kenapa Israk Mikraj dikatakan sebagai ujian keimanan?
 Peristiwa Israk Mikraj ini telah menyaring keimanan serta keyakinan  umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah  Rasulullah s.a.w.
 Orang kafir pada ketika itu telah menjadikan peristiwa Israk Mikraj  ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan  yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.
 Umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat
 1-     Ada yang terus membenarkan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq
 2-     Ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi  melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam  Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut
 3-     Ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.
 
Ini  berlaku semata-mata kerana peristiwa ini sangat menongkah arus akal  manusia. Inilah juga gambaran yang akan berlaku apabila umat yang keliru  akan meletakkan akal sebagai sumber rujukan hidup yang mengatasi sumber  al-Quran dan Sunnah.
 Apakah pengajaran pertemuan Rasulullah bersama para Anbiya di langit sebelum menjadi Imam kepada semua mereka di Masjid al-Aqsa?
 
(Di sinilah tempat yang bersejarah apabila Rasulullah telah dipilih untuk menjadi Imam kepada semua para nabi yang terdahulu)
 Perjalanan itu adalah perjalanan yang menghubungkan akidah tauhid  yang besar sejak Nabi Adam, Ibrahim, Nabi Ismail, Musa, Isa dan  lain-lain sehingga kepada Rasulullah saw yang merupakan penghulu dan  penyempurna kepada risalah kenabian.
 Dr Yusuf a-Qardawi juga telah menyatakan bahawa peristiwa ini  merupakan detik pengisytiharan umum tentang perubahan kepimpinan dunia  daripada para anbiya sebelumnya kepada Rasulullah saw.
 Peristiwa ini telah menolak hujah sebahagian manusia yang mengatakan  bahawa Isa a.s adalah pengasas agama kristian dan juga di kalangan orang  Yahudi yang mendakwa bahawa Musa adalah nabi yang paling mulia.
Kenapa mesti dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha?
 
Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.
 1-     Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah.
 2-     Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi
 3-     Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam
 4-     Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang  bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya”  yang menggambarkan  keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.
 
(Masjid Qiblatain di Madinah ialah saksi hidup terhadap pristiwa perpindahan kiblat)
 Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah  dan dikuburkan sehingga Imam Syafi’e (yang dilahirkan di Gaza) pernah  berkata pada suatu ketika dahulu, “Saya sangat suka beriktikaf di Masjid  al-Aqsa ini lebih daripada mana-mana sekalipun.” Ketika ditanyakan  alasannya, beliau menjawab, “Di sinilah tempat berkumpul dan  dikuburkannya para Nabi.”
ps: bersempena dgn Israk Mikraj ini, marilah sama2 menghidupkan malam dlm qiamullail ^^
pps: artikel penuh boleh dibaca di laman web 
ISMA dan Blog 
Dr.Z ye =)