Showing posts with label menu open house. Show all posts
Showing posts with label menu open house. Show all posts

Thursday, October 27, 2016

Menu Makan-makan Breakfast



Assalamualaikum :)

n3 yg ditulis semata2 utk hidupkan blog ni.. huhu... last 2weeks punya cerita dah ni..  ada buat makan2 kat umah sempena riadah ikhwah. menu rasmi tun mmg mee kari. tiap2 kali ada makan2 kat umah, mmg ni menu wajib.. kih kih.. senang dan tun confident masak. alhamdulillah setakat ni licin sokmo kalau mee kari.

Gambo kelabu asap amik guna handphone. mana ntah kamera.


Letak n3 jugak kot2 la membantu sape2 yg cari idea nk hidang apa kat tetamu utk bekfes. menu tun kali ni (klik menu utk resepi ye):
- Mee Kari
- Puding Jagung
- Cheewy Gooey Brownies
- Puding Coklat dan Jagung (beli yg Happy Grass je)
- Teh O ice
- Siap Ice


Puding jagung ni laku kerass.. haha.. harith pon makan dgn banyaknya..

Puding Jagung
Resepi: F&N@myr
Sumber: tun_telani

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung kastad- tun tambah lg 1sb supaya senang potong
  • 1 cawan jagung manis(*kalau guna cream corn lagi sedap)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 2-3 tbs pes minuman jagung - tun tambah

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 

Saturday, January 23, 2016

Menu Makan2 Breakfast


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga meng-update blog tahun ni. walaupon dh nk hbs bln january, better late than never kn ;)

Alhamdulillah, pagi td buat makan2 sket kat umah, utk budak2 yg join qiam smlm kat surau dpn ni. menu ringkas2 je, sbb nk mkn awal kn. kalau msk byk2 utk breakfast tun prefer menu mee berkuah mcm ni, jd kuah dia blh prepare mlm sblm. kat sini subuh pkl 5 lebih, bgn pagi cuma celur mee n potong apa2 yg patut. kuih2 pun pilih yg blh buat awal, pg just keluarkan dan susun2 je :) pkl 6 lebih dh siap semua dan blh mkn.

Menu tun pagi td:
- Mee Kari
- Cream Puff
- Puding Belang
- Air Teh O panas
- Air Kopi O panas

Gambar tak cantik sbb amik gambar pkl 6 pagi. hehe


takde gambar mee kari dlm mangkuk pulak. licin kuah seperiuk besar ^^

Resepi yg tun duk ulang2 dh bertahun dah.. gandakan utk jumlah yg byk.

Mee Kari
Resepi: kak Hanieliza
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 kg mee kuning
  • 1/2 kg ayam- potong kecil
  • 2 btg serai*
  • 1 inch halia*
  • 1/2 inch lengkuas*
  • 5 ulas bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih* (bahan * dimesin)
  • 2 sb cili giling
  • 3 sb rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air asam jawa - tun xletak asam jawa
  • 200g udang
  • 1 paket fish cake/ ball - potong nipis
  • 5 cwn santan (1 bj kelapa) <- 200ml="" air="" guna="" kotak="" li="" santan="" secukupnya="" tun="">
  • Tauhu goreng
  • 2 bj kentang- potong 8
  • garam
Bahan tabur:

  • Daun bawang & daun sup
  • Cili merah
  • Limau kasturi
  • Taugeh <- dlm="" kuah="" li="" masak="" suka="" tun="">
  • Sawi - tun tambah, letak dlm kuah jugak
  • Telur rebus- belah dua
Cara2:
  • Tumis bahan mesin bersama cili giling hingga garing dan wangi. Masukkan rempah dan goreng hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, fishcake, kentang dan santan dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan sawi dan tauhu goreng.
  • Perasakan garam.
  • Hidang bersama mee yg dicelur dan bahan tabur.
kalau nk buat mkn2 pagi. kuah siapkan mlm sebelum. telur pun rebus siap2. pagi bangun cuma panaskan kuah, celur mee kuning, dan potong2 telur, limau nipis, dan lada :)


ni kuih yg mmg confirm mendapat sambutan. dua kali re-fill tray. haha... dh byk kali buat resepi yg sama.

Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:


  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.

Custard Filling  (buat 2 adunan)
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla
Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Puding paling senang, buat utk memeriahkan meja dan juga nk rasmi silicon mould yg baru. beli kat mr.DIY kat kl time blk kg aritu..

Puding Belang Strawberry dan Coklat
Resepi: kak Jun@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8inch )

  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning - tun letak kaler merah
  • tun tambah 1sk vanilla
Cara-cara
  • Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  • Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  • Masukkan butter. tun tambah juga vanilla. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  • Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko. 
  • Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  • Sejukkan dan hidangkan. 

Tuesday, August 27, 2013

Menu Open House Aidilfitri kami :)

Assalamualaikummm :D

2-3 hari ni bintulu sangat2 panas.. /sweat  dh rasa mcm sauna dh kat umah ni.. huhu... jemur kain 2-3 jam je dh kering, agak2 kalau duk jemur lama2 blh rapuh je kain nih. hehehe... 

arini nak tayang menu open house kami hari ahad weekend yg lalu. 1st time buat open house yg jemput semua family staff kt opis my laling dan few of my friends and students. students tu ajak2 ayam je sbb uni jauh dan dieorg xde transport nk dtg. tp terharu bila ada yg sewa kereta semata2 yg dtg open house tun /please 

 mmg semput rupanya wat open house ni. selama ni mmg biasa wat makan2, tp xpernah jemput seramai kali ni.  ye la, tukang masak nyer sorang je.. nasib baik la my laling jenis yg rajin mengemas. rumah bersinar2, dr lap kipas, lap perabot, susun kerusi meja, mop lantai, semua dia yg settlekan.. tq laling! :x pagi2 celik2 mata dh masuk dapur. nasib baik juga open house kami xjadi wat tengahari, wat mlm instead, so ada full day utk siapkan semua. plg lama is bab menggoreng ayam tu.. mmg stress goreng ayam byk2 nih. xterkira berapa trip goreng. len kali perlu pastikan lauk tu jenis yg lebur semua dlm kuali.

here's my menu utk siapa2 yg nk rujukan. n also for my reference in the future. skrg dh pandai sket nk budget makanan utk jumlah yg ramai :)  klik gmbr utk resepi ye..


nasi arab gambar dr tong nasik terus. haha... 1st batch x cukup rempah sbb rempah lama xbau rempah sgt. masak 2nd batch suruh my laling beli rempah fresh, pastu gaul dua2 batch. maaf atas kekurangn.



ayam kicap berempah harum. dh biasa tu wat ni.. cuma kali ni tun tambah kerisik kat dalam :) 6 ekor ayam utk menu nih.. kecut tangan2 duk basuh ayam.. kui kui... 


Set mee kari favourite tun. tp xsempat nk merasa dh habis.. hihi.. kuah habis dulu dari mee.. huhu.. insyaAllah pasni dh pandai sket nk estimate kuah mee kari.


Sushi ni enhik laling tun yg suruh buat.. so ptg lepas siap masak semua, duk la ngadap sushi nih.. stress ooo nk menggulung n mengerat semua sbb kan beras dia melekat, jd perlu selalu basahkan dan lap pisau lepas mengerat few slices.. 


wat juga yg mcm ni. tp x byk sbb struggle nk wat byk2. huhu.. yg ni buat dlm 2 bekas tupperware kejap je habis.


tun cuma sempat buat 3 biji kek..
- eggless chocolate cake
- caramalized banana cake
- kek span  - yg ni guna resepi kek span pandan tp guna vanilla essence pastu wat belang2 nmpk cantik sket.. hihi


puding trifle base dia guna resepi kek span kat atas.. pastu campak2 je jd xde resepi.. hehe..


the only biskut raya yg tun sempat.. nmpk resepi Bebola Mentega Kacang kt blog kak Qaseh Honey semua bahan ada keecuali cornflakes, jd tun tukar cornflakes ngan rice cereals :)