Monday, October 24, 2011

Apam Mentega yg tak jemu di makan..


Assalamualaikummm~~~

kembali ke dapur maya selepas berehat sepanjang weekend.. biasa laa, bila weekend mmg ada byk agenda. apam ni me wat utk bekal ke usrah semalam.. (finally! buat jugak akhirnya.. haha.. resepi dh nearly 2 tahun rasanya.. kui kui...). memang sedap, kalau kecik2 tu, sebijik2 sebijik masuk mulut.. haha.. jadi, beware, kalau x ramai tukang makan, sila wat separuh atau suku adunan untuk menyelamatkan ukuran pinggang dan berat anda.. hahaha.. me wat separuh adunan. tu pun dpt banyak..

me pun xtau la kenapa susah betul me nk buat apam nih.. duk tangguh2 je. sampai laa masa makan kat umah kak lieza (refer SINI).. fuhh.. memang xleh berenti makan. haha.. nasib baik time tu kak lieza bg tapau.. kalau x, xlena tido agaknye teringat kat apam mentega.. kui kui..




Jom tengok resepi.. resepi dr kak Sofea. kak pia juga dh share kr myresepi. ramai dh cuba.. kalau berjaya nnti tun hantar laporan ye.. (sejak 2 menjak dia susah nk send laporan kat myr, tunggu loading dgn lamanya pastu error :/ )


Apam Mentega
Sumber: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......

21 comments:

Naz / Nadz COSK said... [Reply]

assallamualaikum tun..
Tembam2 dan montel2 je apam ni tun.. Sedap ni.. Akak nak tun.. Nak satu setiap bentuk yg tun buat..hehehe

EmbunRosaliza said... [Reply]

assalam tun, sedap nmpk apam, lembut je, tak pernah cuba buat lagi ni, mesti sedap harum gula hangus tu

quinnie said... [Reply]

wah tun macam2 bentuk...jeles daku melihat acuan iteww..hehhe...ni belum lagi pegi daiso..kekeke..

kita pun suka apam mentega kak fiza ni..tapi memang dah lama betul tak buat kuih ni...:)

nuwairani ismail said... [Reply]

kalau nani buat ni mesti 1/4 adunan je. kang tak pasal2 ukur lilit pinggang jadi berganda2...hihih...suke jugak makan apam...

Cheq Sue said... [Reply]

phewwww...setelah direfresh sebanyak 26 kali...baru dapat komen. adeeeehhh sesak napas tu camni.

cheq sue pun tengah buat apam ni (gula hangus). guna resepi dr myr, yang kak pia ni guna susu pulak... nanti la baru cuba..

iva @inmykitchen said... [Reply]

mashallah, sedapnyer nampak. teringin pulak nak buat apam bentul love heart ni. btw, saya baru jumpe blog akak and will be following sbb sgt impress with the recipes. thanks for sharing

Iva

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... [Reply]

Kak Ros belum pernah cuba buat apam ni.Nak try la jugak.

Liza said... [Reply]

Salam tun..sedapnya kalau mkn apam ni tuk breakfast...bak 2 ketoi...hihihi

cik cek said... [Reply]

Selalu dah tgk resepi ni...cuma lum sampai seru nak buat nya lagi...sedap ek Tun...ni yg tak tahan ni....

Kak Rose said... [Reply]

kak rose ni sama macam cik cek, x sampai seru lagi... amik tun punya dulu la.... ngap!

Sofea said... [Reply]

Tun sayang..dh sampai pun seru nak buat apam mentega akak nii..tahniah, cantik kejadiannya..:)

Sue @ Nenie said... [Reply]

Salam..wahhh..apam gula hangus..Sue pun pernah cuab resipi dari kak sofea ni..memang berbaloiiii

Anna Qawina said... [Reply]

alalalala....malasnya nak buat..bagi 15 ketul ye tun...

Ida,Japan said... [Reply]

apam ni mesti sedap kan tun...lum pernah lg k'ida buat ni...

Lieya said... [Reply]

Salam menyinggang.. rajinnye mengukus...

tun_telani said... [Reply]

kak naz: hahaha.. ada 3 bentuk.. tp semua pun dh habis di ngap.. hoho

kak rosa: sedap kak.. lembut, lepas 2 hari pun lembut lagi.. (nmpk sgt buat banyak x padan ngan 2 org je makan. hihi)

kak Q: hohoho.. tgk laa, nnti tun borong byk2 mould kat daiso.. huhu

tun_telani said... [Reply]

nani: suku pun dpt banyak.. haha.. kene makan 4-5 org. kalau x mmg bam bam ;p

kak sue: hihi... tq kak. walaupun kene refresh byk kali tetap hntr komen =)

iva: thank you for dropping by..

tun_telani said... [Reply]

kak ros: wajib try ni =)

kak liza: alamak, hasben tun baru habiskan the last one.. sowiii..

cik cek: goda dia.. goda dia.. hihi

tun_telani said... [Reply]

kak rose: hehe.. nk kene goda jugak la ni ;p

kak pia: thank you atas resepi yg sedap ^^

kak sue: sedap kan =)

tun_telani said... [Reply]

kak anna: buleh2.. tp bg tun kuih bakar dulu. nk yg byk kerak ye ^^

kak ida: sedap kak....

lieya: erk.. salam ape? hihi.. jemput2 singgah..

Nieza said... [Reply]

apam ni memang sedap kan tun, akak pun dah buat...cantik apam lap u lap me ni...hehe