Tuesday, October 11, 2011

Spagetti Lemak Pedas dan Simple Roast Chicken



Assalamualaikumm~~~

hmmm... tuan umah mood ke laut.. uuu uuuuu~~~ nk kata pms x pms pon.. ni rasa2nya, salah satu penyebabnya ni, sebab dh lama x bangun qiam..sejak 2 menjak ni kesihatan terganggu sket, nk bangun awal pun susah.. kdg2 tu dekat2 pukul 6 baru la terkial2 nk bangun (subuh sini awal ye, ko 620 tu dh dekat nk imsak tuu).

k laa.. n3 cepat2 sbb xde mood.. ni kali ke 2 try spagetti lemak pedas ni. simple dan sedap! tun wat kosong je sbb nk gandingkan dgn ayam bakar tu. ayam tu pun campak2 je.. yg penting, licin! 

Spagetti Lemak Pedas
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu - xde
1/4 bahagian green capsicum, dadu - xde jugak
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu - ni pun xde.. haha
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu - x letak
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

tun tambah carrot dan kobis yg di sagat halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
  3. Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

ayam ni di alter dr resepi yg penah wat sebelum ni.. tambah situ sikit, sana sikit, jd laa resepi baru yg sedap! mmg xpuas makan ayam bakar ni.. cukup rasa, dalam pun moist dan lembut je.. jgn over bake ye..


Simple Roast Chicken
adapted from: Easy Garlic Broiled Chicken@allrecipe
Sumber: tun_telani

Bahan2:


  • 6 ketul ayam (lebih kurang 500 g)
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia- tumbuk
  • 1 sk butter
  • 1 sb dried parsley
  • 1 sk garam
  • 2 sb kicap pekat manis
  • sedikit serbuk lada hitam(tun guna lada hitam AJIOSHO)

Cara2:

  • Cairkan butter dan gaulkan bersama bawang putih, parley, garam dan kicap manis - tun masukkan dalam microwave 1 minit.
  • Perapkan ayam dgn semua bahan at least 15 minit. Tinggalkan sikit bahan perap utk sapu atas ayam masa bakar.
  • Alas loyang dgn aluminium foil.
  • Bakar pada suhu 200 C, selama lebih kurang 45 min. balikkan setiap 15 minit. 

14 comments:

Zaliedana said... [Reply]

Tun cayang,kak ct terliur ngan ayam roast tun tuh..Nmpak sodap..NAK BAKAQ2 AYAM JUGA LAH ESK LUSA,ARINI DAH SIAP PERAP NAK GORENG BEREMPAH JER..

chikadakbiru said... [Reply]

amboi tun...tayang spageti plak...adess..tergoda!!

Nazrah said... [Reply]

sedap nya tun

cik cek said... [Reply]

Alamak!...biru mata hitamku...makan spageti ....he he he...lama tak buat ...teringinla pulak nak makan..:D

Yana Shaiful said... [Reply]

sedapnya..k.yana mmg xleh tgk spageti..kna buat jgk nii hehee

Mas said... [Reply]

tun..kak mas dah bersila ni..
meh 1 set spagetti ngan ayam tu..
jngn lupa teh o suam yerk..kikiki

Sari Yusa Ibrahim said... [Reply]

MAK AIH! Tun.. spagheti mkn ngan ayam tu, kalu akak terus lenap.. hehe..

nuwairani ismail said... [Reply]

kite pon makan pasta hari ni..tibe2 rasa nk makan pasta...

tun_telani said... [Reply]

kak CT: tun skrg mmg lagi suka bakar ayam. kurang sket lemak2 dia. hihi.. ayam pun mmg habis buang segala kulit dan lemak..

kak CB: sekali sekala kak.. stok spagetti ni berbulan dh, tak habis2. hihi

kak naz: mmg sedap nii ^^

tun_telani said... [Reply]

kak cek: hahaha.. jgn xtau, pakai contact lense kaler biru masa makan nii ;p

kak yana: buat laa kak.. jarang2 mkn spagetti kt umah ni. sekali sekala mkn, rasa sedap je.

kak mas: teh o siap!! teh je kak, spagetti dh habis. hehe

tun_telani said... [Reply]

kak sari: hihi.. nk makan saje mcm kurang menarik, wat ngan ayam bakar, mmg berselera mkn ^^

nani: tu laa.. sesekali teringin kan..=)

Nieza said... [Reply]

wahh...sedapnya!! order mai sepinggan tun..hehe

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
sedapnya... x tahan tgk ayam tu tun.. mngoda betul.. hehehe

quinnie said... [Reply]

gabungan yg menarik..kita memang suka spageti...ayam lak bakar...lagi menambah makan...hehhehe