Assalamualaikummm~~~
ni gambar sblm demam last week. hihi.. ada makcik cleaner bagi mangga muda 3 biji. mula2 tu mcm nk mkn colek je, pastu bila pikir2, bukan nyer senang nk dpt mangga muda nih, terasa mcm nk try masak lauk2 yg guna pelam nih. tun cuma tahu masak lemak je yang letak mangga muda, tp rasa mcm bersalah je nk mkn santan byk2. lepas tu, punya laa lama fikir nk masak apa, sampai dh lembik mangga tu.. huhu.. tengok gamba pun tau kan yg mangga tu dh nyawa2 ikan. last2 tun google 'ayam dan mangga muda', kuar la resepi kak nor ni. hihi..
tun bakar ayam tu.. kunun2 diet la kunun2nya kan.. tp rasa mcm menipu diri sendiri je. haha.. xpe la, asal bahagia. alhamdulillah.. sedap resepi nih.. tq kat kak nor, dan resepi asal dr kakak cantik kak diana skyblue =)
AYAM SOS PLUM Bersama MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
resipi olahan dari Ayam Sos Plum by Diana@Melley Mey
Bahan:
800 gm ayam ~ dipotong kecil
2 biji mangga mudah ~ disagat panjang
sedikit hirisan daun ketumbar ~ utk ditabur
Bahan Perap:
2 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu kecil garam
Bahan A:
5 ulas bawang merah ~ dicincang
3 ulas bawang putih ~ di ketuk dan dicincang
1 in halia ~ diketuk dan dicincang
3 biji cili merah ~ dibuang biji dan dicincang
5 - 7 biji cili api hijau ~ dihiris
Bahan B:
3 sudu besar sos plum ~ k.nor guna brand life
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
garam
gula
Cara:
Perapkan ayam bersama bahan2 perap selama 30 min atau lebih.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak (tp jgn sampai garing). - tun bakar 200 C, 20 minit
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Ambil sebahagian dari bahan tumisan dan ketepikan.
Masukkan ayam dan hirisan mangga muda kedalam kuali dan gaul hingga rata. (tinggalkan sedikit hirisan mangga muda utk ditabur atas hidangan nanti)
Goreng seketika supaya rempah tumisan menyerap ke dalam isi ayam.
Angkat dan hidangkan atas pinggan.
Letakkan bahan tumisan yg diasingkan tadi dan tabur lebihan hirisan mangga muda.
Taburkan pula hirisan daun ketumbar dan sedia utk dimakan.
13 comments:
hehe.. akak tayang n3 dr resipi tun, tun tayang entri dr resipi kat blog k.nor :)
Akak dah lam beli sos plum tapi tak terbuat-buat pun lagi. Nak pi cari mangga muda le pulak.
Sedap tu Tun..Masam-masam manis ya?
sedap rupa kuah ayam tu..likat je...yummyyy!!!
Tun, akak suka lauk cam ni tun.. Nak tun...
Tun, diet ke Tun??? Nak kuruskan bhgian mana tuhhhh??
Alahai! kechurnya....
kak tun...kite pon tengah demam ni...ingat nak amik MC la hari ni...sekali bos tepon, ada meeting kene attend tengah hari nanti...kalau tak pegi kang, rasa bersalah la pulak...
kak nor: hihihi.. resepi dr kak nor, semua org tayang kak.. hihi
kak sam: haaa.. cari kak, jgn x cari.. skrg musim mangga kan? ke x? lama x blk kg.
kak ros: ha'a kak.. masam2 manis. sedap ^^
kak Q: pekat sbb sos plum tu ada thickener kak ^^
kak naz: alamak kak.. habis sudahh~~ ni laik last week..
kak sari: huhu.... adoii.. ni kat peha nii lebih lemakk. kat perut lagi laaa...
cik cek: sedap sedap.. =)
nani: alahai.. mmg musim kan.. nani lagi la, penat2 tu lagi senang nk demam.. makan ubat ye. kalau x sihat xyah la gi meeting, nnti baca je minit mesyuarat tu. hihi
aii tunnn...x abis2 lg nak men diet ke?? udah2 ler tuuu..kang tinggal tulang kang haa..hihi.
org tinggi,sng laa nak kurusss kannn..eh ayat cam x pueh ati je kn.haha
nmpk sedap er buh mangga mude tu..eh ni mangga ke mempelam tun?kalo kt srwk ni mempelam lain,mangga lain..akak tgk org semenanjung panggil mempelam pun mangga gak..konfius akak.heheee
mmg nampak sedap ada bubuh mangga tu kan tun... nampak menyelerakan... rasa masam2 manis gitu... wah sedapnya
Post a Comment