Friday, May 18, 2012

Roti lagiii!!~~ versi mini pizza pulak ^^


Assalamualaikummmm!!!!!

tun kat miri skrg. baru je sampai ko 12 td. ni my laling gi semayang jumaat, so lepak kt bilik je la. nasib baik ada wireless dlm bilik. biasa hotel lain wireless kongsi dan sgt slow, sini wireless laju :D td ondway lalu kampung mek mukah kak haSue omey, tp kak sue xbalik kg pulak. alang2 kt miri nih, kalau ryo tu pompuan, blh gak gi kacau2, tapi, sungguh x appropriate kalau nk gi gader2 n bergurau senda dgn anak teruna orang. so, buangkan idea tu jauh2 ye :)

nway, hopefully x muak laa ye tgk roti berturut2.. tgh mood giler meroti nih. tu yg BM sampai blh rosak tu. kerja terlampau keras. tp tgk laa betapa gebu hasil roti uli mixer mata cangkuk ni ^^ so sape2 yg xde BM tu, no excuse utk x wat roti ye. tu confirm majority umah ada mixer kan.

gambar sama, angle berbeza..so nmpk kaler lain..

mmg tun kerap buat roti, tp buat sikit2 tau. biasa kalau buat separuh adunan tu dpt 10 biji. so, bahagi dua pulak, 5biji buat perasa lain, 5 biji lagi buat jenis yg berbeza. kali ni, half buat sosej roll mcm kt bawah nin, half buat mini pizza ni =) kalau nk buat 10 biji yg berbeza2 pun blh. hihi.. so xde la muak mkn mende yg sama kan.

adunan basic doh ye (refer SINI  atau SINI). topping dia basic je. tun letak resepi ye.. kalau nk tambah mix vege pun ok, tp tun x suka mkn mix vege. 

Mini Pizza Topping
resepi: tun telani

for 7-8 bun

Bahan2:
  • 1/2  bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 5 batang sosej- slice
  • 3 bj button mushroom- slice
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sk oregano <- ni paling penting!
  • sos cili dan mayonis secukupnya

cara2
  • tumis bawang besar smp layu, masukkan bawang putih dan tumis sebentar.
  • masukkan sosej, mushroom dan tomato puree. gaul2, tunggu sosej masak.
  • masukkan oregano dan gaul sebentar.
  • siap utk digunakan =)
cara buat mini pizza
gunakan 50g doh roti. roll bulat ikut kelebaran yg disukai. pastikan tepi dia lg tebal dr tengah ye, mcm ada lekuk gitu utk letak topping.
spreadkan topping pizza atas doh. picitkan mayonis dan sos. kalau ada cheese lagi sedap, tp kalori kira sendiri la ye :P
bakar dlm 8-10 minit. pusingkan dulang lepas 4minit utk pembakaran yg sekata =)

ps: paling best time bau roti dlm oven memenuhi rumah :D

18 comments:

Liza said... [Reply]

salam tun, bestnya g jalan2...akk pun suka basic dough ni, lembut je wpun dah 2 3 hari kan...mmg tak rugi la buat..akk pun sama jugak, kdg2 tu blh buat 2 3 jenis roti sekali....ihihihhii

Zaliedana said... [Reply]

Wah meeroti lagi tun,fuhh rajin sungguh..BESTNYER g miri,nak gader2 ngan kak sue lagi ke,huuuh jeles toi,dahla kita g kuching ritu xleh gader2..Erm roti nih wak bekal g miri ke tun oi..

Yana Shaiful said... [Reply]

bestnya dia p jln2..kita jer terperap dlm umah ^_^..

~Tgh menyeru mood rajin meroti Tun dtg kat k.yana nii..cian BM dh lama merelaxkan dirinya..tuannya xde mood nk meroti hihii

rostina76 said... [Reply]

salam tun....agak2 boing @Miri tu lajakkan aje ke Brunei. blh kros bwk makan ambuyat.hehe!!!

Qasey Honey said... [Reply]

wah sgt rajin...comeiii pulak tu...nmpk sedap sgt..mcm nk mintak 1 la...hihi

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply]

Salam Tun.. wah roti lagi! lepas ni dah boleh bukak kedai roti dah dik... mau tak maju kedai Tun pasti ramai yang datang.. errr kat mana tu?? nanti akak nak datang cuba..:))

FnF Simple Life said... [Reply]

alamak Tun, sama la dgn menu breakfast akak semalam... mini pizza...cuma topping akak letak mince lamb,mayonis, sos tomato dan keju...gamba tak amek...sebab lapooo...ngeee

ummiaisyah said... [Reply]

salam tun...bestnya dok otel...bole baring2 24 jam..takyah kemas rumah...hahahaha..ai mmg pemalas tun...makan je rajin!

dZana said... [Reply]

lama jugak tak mroti.. nnti bila akk rajin akk nk cuba rspi roti tun yg gebu ni..

Nieza said... [Reply]

rajinnya meroti tun...akak dok ingat nk meroti tapi tak terbuat juga lagi...:)

quinnie said... [Reply]

tun..makcik kita duk bising nak makan pizza...huhuhu..sian dia kita demam ni tak larat nak masak2...hehehhe

kak ina kl said... [Reply]

salam ziarah ...lamanya tak buat pizza..tunggu anak balik asrama baru best makan reramai

HaSue said... [Reply]

Ingatkan apa tun buat merori nih..rupanya meroti ye..akak dah lama gak rasa tak merori nih.. ingat nak merori dr aritu siap dh beli tepung rori.hihi..
kalo masa akak melepak kat kpg boleh jugak kite ramai2 melepak kat kedai bakery..hehehe

Jo-Blogger said... [Reply]

buat sendiri ke?pandai erkk..oklah sy singgah sini..nt singgah la ke blog sy plak..

http://johariblogger.blogspot.com

ummiaisyah said... [Reply]

salam tun...aritu tun tanya pasal link joy of baking tu mmg xleh link..sbb ai ambik kt buku masakan namanya Joy of Baking..harap maklum hehehe

Nuwairani Ismail said... [Reply]

pergh! pergh! pergh! gebu betul roti ni! nani uli roti pita je sebab malas nak topup stok telur. dah alang2 nak balik kampung ni makan apa yang ada je kat rumah. kalau nk makan pelik2 tu selalu order di kantin sekolah je. dengan idea kak tun uli roti pakai mata cangkuk ni la buat muscle lengan nani dah surut. huhuh...nak wat keje lain pun senang sambil2 nk tunggu doh lembut. best kan?

eiramalik said... [Reply]

wahhh...menariknya roti tu...gebu sgt...bestttt.....

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

wah tun... buat mini pizza yer... nie irfan mmg suka nie kalu nampak.. n daughter akak mmg minat kalu bab meroti gini...