Thursday, May 17, 2012

Sup Ayam Hadnyai.. again


Assalamualaikummmm~~~~

n3 cepat2 malam nih.. sup ayam hadnyai yg dh berulang2 kali tun buat. kalau tgk laporan masakan tu, 2 kali tun hntr laporan. xpenah tun hntr laporan byk2 kali nih. mmg tun suka rasa rempah2 dia. biasa tun buat pekat sikit, tp kali ni terlebih pulak air dia. tu yg nmpk mcm cair sket tu.

ramai dh cuba resepi nih, kalau tgk laporan, kak izah dan kak nor dh cuba. latest, kak ika pun buat, pastu kak Q nmpk mcm dh jatuh cinta ngan resepi ni, duk ulang2 ye kak :) aritu nmpk cheq sue pun buat sup ni gak.



cnp je la ye..

Sup Ayam Hadnyai
resepi: pyhonda@myr

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • 1) Sebelah ayam dipotong-potong
  • 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
  • 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
  • 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
  • 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
  • 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

10 comments:

Nuwairani said...

dah salin resepi ni. tapi belum buat lagi. nanti buka cuti sekolah la baru nk try resepi ni. tengok kawan2 buat semuanya tak mengecewakan.

Mas Sani said...

Hirup sup panas2 bestnyalaaaa...
Ok, akk simpan dah resepi ni...satu hari nnt nk trylah

Zalieda Zaliedana said...

Bila baca bhn2 tuh duk bayangkan msti sedap n kaww kan,coz da cili lagi tuh..REMPAH2 pon mcm2.Hirup sup panas2 mmg best nih,nak2 lak kalo xberselera mkn..

Mas said...

Assalamualaikum tun...
kak mas pun suka sangat ngan sup ayam hadyai nie...
sedapppp kan...
klu guna tulang....
perhhhh...lagi best tun...
sayang tun tak makan daging....
ehhh..betul kan...he3

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Tun.. wahh awal pagi jumaat akak singgah dapur Tun.. ternampak sup hadnyai macam best tu.. nanti akak nak cuba... tq..:))

Nampak kuah sup tu ayUUuuuu aje giteww...:))

Rohah said...

Ada nama, mesti ada rasa..
Suka akak makan sup2 macam ni, tak jemu

Amie said...

Tun,
tompanglah semangkuk kesodapan ayam sup hadnyai ni.. memang terbayang lazatnya... slurrppp...sluuurppp

Ayu said...

Assalam Tun,
aduhai baru ni lah dapat singgah dapur tun ni..dari last week sibuk semacam..sup ayam hadnyai ni dah 2x buat dah tentu sedaplah kan..akak pun actually dah masak ni lama juga tapi dah masuh bertahun masih belum berupdate..heheh..bayangkan lah tu tun..hahah

Ayu said...
This comment has been removed by the author.
MamaDaniel said...

Nak try... thanks for sharing.. :)