Saturday, May 26, 2012

Tauhu Poket


Assalamualaikumm~~~

terasa aura2 ceria hari ni. mesti ramai yg plan utk pulang ke kg atau dh bertolak pulang ke kg masing2.. kawan2 usrah tun pun dr smlm dr ada yg naik belon blk semenanjung. tinggal la tun kat sini.. tp xpe lah, nnti nx month nk blk jugak utk viva. GMM pun mesti slow sket meriah dia sbb masing2 berebut komputer dgn anak2 yg blk rumah ye. hihi..  nway, selamat bercuti pd yg bercuti, hati2 di jalan raya.. bawa bekal air nescafe atau energy drinks bg yg xde co-driver :) 

ok laa.. tauhu poket yg sedap ni menu lunch tun smlm. tun makan ni je dh cukup, tp of kos still masak nasik utk my laling lah. nmpk senang je, tp struggle jugak nk masukkan isi dlm tauhu tanpa koyakkan tauhu tu.. haha.. maklum laa, 'ayu' terlebih :P gmbr amik yg cantik2 je, ada yg hancur siap terkeluar filling masa goreng. muahhaha... xkisah la, yg penting... sedap ^^


tq pada kak nor yg tlh berjaya menggoda tun ^^.. mmg sedap betul ni. kalau x fikirkan goreng2 berminyak tu, mmg kompom tun berebut ngan my laling tu..

TAUHU POKET
sumber: K.Nor, tun telani
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 5 kpg tauhu
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis - tun xletak
  • sedikit garam

Cara-cara
  • Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang. <- utk elak tauhu pecah, goreng dulu sebentar tauhu sblm korek buat poket.
  • Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  • Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
  • Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....
updated!!*****
tips dr kak nor dan kak rostina, tauhu yg dipotong dua tu, goreng sebentar sblm korek buat poket. untuk elakkan dari pecah..

10 comments:

Nazrah said... [Reply]

Salam Tun .. biasa tahu kita main goreng kosong je..yg ni meriah sikit.

mokwo® said... [Reply]

hihi..musim2 cuti sekolah memang mokwo kan kira nak ber'sumo' aje dgn anak2 rebutkan pc..selalunya mokwo mennang jugak...guna kuasa veto...hihi...sedap ehh tahu nih...selalu gak buat..tapi time dah habis baru ingat nak bergambo!!

Bicara Kak Noor said... [Reply]

salam Tun,wah tauhu poket boleh try ni berkhasiat ni tauhu makan bnayak pun ok tu tak mudarat hee

rostina76 said... [Reply]

salam tun...hehe, bukan nak mengajar tapi nak share je...kalau xnak bg hancur & pecah2, lps u potong 2 tu goreng sekejap biar kulit luarnya keras skit. Barule senang nak korek. Resepi ni lebih kurang tauhu sumbat goreng yg pernah Kros buat. Harap maaf kalau salah mengajar, maklum le cikgu pencen awal ni ;)

tun_telani said... [Reply]

kak naz: tauhu kalau goreng kosong pun sedah dah =)

mokwo: haha.. kuasa veto tu mmg kene guna kan, kalau x mmg xde can la nk ber blogging.

tun_telani said... [Reply]

kak noor: haha.. makan banyak mana tuu.. kalau nk makan byk2 kene bakar ;p

kak ros: owh.... goreng dulu ye.. thank you kak ^^ next time tun goreng dulu baru x terburai ^^

K.Nor said... [Reply]

tun, aritu k.nor goreng dulu kejap tauhu yg belum dipotong hingga kekuningan atau garing sket2 bahagian luar. pastu baru belah dua dan korek isi. cara ni lebih mudah nak korek isi dan kulit dia tak hancur atau rabak.. sori tun, akak lupa nak share kat entri :)

Yana Shaiful said... [Reply]

k.yana suka sgt tauhu poket ni tp bila bab goreng tuu kna fikir 2 3 kali jgk nk bt..aduss byknya minyak..klu goreng guna air bleh jgk tiap2 ari mkn hahaaa..

Nieza said... [Reply]

Assalam tun lapar lak tgk tauhu tun ni..akak dok sini tak jumpa tauhu yg sedap mcm Msia tu.

FnF Simple Life said... [Reply]

hmmm sedapnye...selalu asyik makan tauhu sumbat je kan...kali ni versi poket pulak...