Tuesday, May 1, 2012

Pau Jane



Assalamualaikum...

pau ni buat last week jugak.. hihi.. sempena menyambut kepulangan my laling jugak.. hihi.. marathon memasak dgn hebatnya. skrg ni stop dulu kuih-muih ni sbb tgh diet. ada lg 3 bijik tgh frozen dlm peti tu, nnti dh kurus sket baru blh defrost. haha.. xtau la zaman bila tu. blh wat experiment berapa lama tahan homemade pau dlm peti ;P

pau ni sedap jugak, cuma x selembut pau lembut dan pau kastad yg tun buat sebelum ni. maybe kene lebihkan yis dan kurangkan baking powder, sbb texture dia byk dipengaruhi baking powder. tun letak inti sardin, sebab my laling cintakan inti sardin, pastu tun buat yg xde inti, tp letak coklat rice utk diri sendiri sbb tun mmg xleh nak telan inti sardin tu. pau tun kedut2 sket.. hehe.. terlebih kukus kot.
inti sardin
letak choc rice

PAU

Resepi: Jane Chew
Terjemahan : kak ika 
Sumber: kak Q

Bahan A
  • 300g Tepung Hong Kong - guna tepung gandum
  • 150g Susu - Q dan tun letak 1 sb susu tepung + guna 150g air
  • 50g Gula caster - letak 1 sb je
  • 1 1/2 Tbs Shortening -2 sb olive oil
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam
 Bahan B
  • 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air - xde double acting, letak baking powder biasa, xcampur air

Bahan2 Inti - letak inti sardin
  • 480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.


Cara2:
  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam). 
  • Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. - tun campur semua bahan dlm BM
    Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g. 
  • Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus
  • Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  • Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.

6 comments:

ijayuji said... [Reply]

salam tun, tak jalan2 ke arini? :D akak duk kat umah ajer sbb lepas ni nak kena g sekolah :D pau ni akak buat lembut lah pulak, kalau ikutkan byk2 resepi yg ada, betul kata org kalau tak jumpa jodoh mmg tak sesuwai :D jdnyer buatlah resepi yg dah serasi lepas ni ya :D tak ler menyesal ehehe..

Gee® said... [Reply]

Ooowww...tgh diet yer.. k.gee diet jugak tp kalau dpt pau choc rice 2 ketoi pau sadin 2 ketoi bagus gak... dah kenyang baru diet balik... heheheeeee

dZana said... [Reply]

dah lama jugak tak mgepau.. malas nk buat inti sebenonya.. rasa nk buat tortila kt bawah tu pulak...

Nuwairani Ismail said... [Reply]

kak tun! semangat! semangat! huhuh...kite pun baru nak start balik lepas darah rendah minggu lepas. menu pun kebanyakannya heavy sikit la. minggu ni dah kene pantang balik semua yang carbs tu. petang ni baru nak cari sayur2 bagai. hari tu nani ada buat pau ton. lembut jugak. dah sejuk pun lembut. tapi tak sempat snap gambar sebab dah habes dulu...huhuh...kene puasa pau dulu minggu ni.

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply]

Salam Ukwah dari kak sha buat Tun Telani yang comey.,, dik akak ni hantu pau.. yang berkedut tu ler fav akak ko tau hhehehe...

kalau dapat yang dalamnya inti kelapa peh! terus tak nampak kepala hahahhaa

quinnie said... [Reply]

tun...pau ni kalau guna tepung gandum dia kena lebihkan air tu lagi..biar betul2 lembut....rasanya minyak tu pun kena tambah lagi sesudu..hari tu kita pun buat 2 sudu je...kekekke...

sekarang ni malas betul nak buat inti...huhuhu..ingat nak buat karipap doh tun tu..tak tau la bila rajin..kekekek